25 December 2012

Generasi keempat keluarga Hj Musa>>>

Syukur alhamdulillah penantian lebih 2 minggu adik ipar saya tah & akmal di jepun lahirlah baby sizuka yg sangat cute....

ikutkan date 12.12.2012...memang dah ngam kan date..
dan date tue jgklah kalau ada rezeki kami(tk mo ckp cite sedey  lagi cuma teringat je)..
tapi baby sangat seronok duduk dalam perut umi nya..

hinggalah...

25 Disember 2012..
jam 4.41 petang waktu jepun..
dengan berat 3.25kg


semua ahli keluarga tumpang gembira..especially umi sbb itulah cucu sulung dalam keluarga kami..


tahniah tah & akmal..
moga puteri ini menjadi puteri solehah
puteri penenang dan penyejuk jiwa..
amin..
moga selepas ini ada rezeki utk kami jua (^.^)
insya allah bakal menyusul adik ipar saya yang kedua pula(skrg tgh pregnant).....

dalam 3 minggu lagi kami akan fly ke fukui utk jumpa baby sizuka..tk sbrnya...haik..haik..haik

Berkongsi Ilmu !

Jom kita berkongsi ilmu…isi ilmu adalah dari ceramah Tuan Hj Nazmi, Pegawai Psikologi dari Kementerian Pelajaran Malaysia..


Sangat humble walaupun knowledge nya sangat tinggi

Apa yang diceramahkan membuka diri..meresap ke jiwa

Ada yang bergenang air mata…

Inilah yang kita perlukan..sesekali teguran yang menyentap jiwa..

Manusia ni kena hantar service supaya minda,jiwa,tingkah laku di polish ke arah positif..

Macam kereta jugak..tak hantar servis mulalah buat hal dan perangai…

Pointnya adalah

Doakan untuk semua. Jangan kedekut doa.

Jaga emosi. Emosi stabil. Organ akan sihat. Contoh penyakit breast cancer. Hakikatnya kanser yang berlaku adalah di dalam minda.Bukan di breast masing-masing.

Keluarkan segala emosi negative, barulah badan akan ringan.Apa yang berat adalah bebanan emosi…Kesejahteraan emosi amat penting..Jangan berdengki,Jangan Marah,Jangan Khianat

Ilmu the Law of Attraction-buatlah kebaikan walaupun sedikit…Kita selalu solek muka tapi jarang sekali solek hati..

Strukur Tubuh Manusia:pastikan kandungan air dalam badan cukup..badan perlukan alkali yang sangat tinggi…boleh google kajian professor dari jepun tentang kuasa air..Masaro Imoto..

Air sama seperti mana kita letak bila nak baca yasin..air ada kuasa ion positif jika diucapkan perkataan-perkataan yang positif..untuk keharmonian suami isteri..Tuan Hj minta letak bekas air dalam bilik tidur..bacalah istighfar(3x), alfatihah(1x),3 qul(3x),selawat shifa..bila terjaga dari tidur suami dan isteri minumlah air tersebut sebelum mandi.

Untuk mendapatkan kandungan oksigen dalam tubuh yang paling segar dan tidak tercemar dengan udara lain…pukul 4 pagi kalau terjaga bukalah tingkap dan hiruplah udara dengan kiraan nafas 8..tahan…dan lepas….itulah udara yang segar dan nyaman..mampu menguatkan dan membersihkan paru2 kita..kata tn hj..sebab tu la air embun turun pada waktu tu kan..

iNilah sikit sebabnya point ceramah dari tuan hj yg kita boleh amalkan dan kongsi dengan rakan-rakan lain…=)



26 November 2012

stress!!

stress!!
semua orang pernah stress kan..ada yg tak stress...
nak tahu siapa?
orang yg tak waras je..
hidupnya simple..pagi cari makan kat tong sampah
lepas tu kutip baju kat mana-mana tempat orang buang..
kalau lapar singgah mana2 mintak makan
naik bas free
leh jalan2 macam pelancong
boleh tidur kat mana-mana tempat yang suka..
macam tuelah kan pusingan kehidupan org tak waras
sesekali kita kena melihat
dimensi sisi kehidupan manusia yang lain
sama ada yang waras atau tidak
kerana mereka,kita dan orang lain adalah hak milik ALLAH S.W.T
kita yg waras ni
kena bersyukur kan
sebab kita ada stress
stress mendorong kita
mengawal kita
mendesak kita
untuk apa?
supaya kita mengubah sesuatu keadaan
HIDUP TAK SEMESTINYA AKAN MANIS MACAM ASKRIM
KITA AKAN MENANGGUNG BEBAN..TAPI ENDINGNYA
TETAP AKAN MANIS..
teringat kata2 seorang kaunselor yang sangat dihormati pegangan dan ilmunya
STRES ADA DUA DISEBABKAN
::KITA BOLEH MELUPAKAN TETAPI TIDAK BOLEH MEMAAFKAN
::KITA BOLEH MEMAAFKAN TETAPI TIDAK BOLEH MELUPAKAN
jom muhasabah diri (^.^)


09 August 2012

pengisian di bulan Ramadhan..

alhamdulillah kita dah sampai 10 akhir bulan Ramadhan..

syukur Ramadhan kali ini saya dapat kesempatan join tadarus Al-Quran..tanpa segan silu inilah pertama kali saya dapat peluang menyertainya di organisasi tempat mencari rezeki..sebelum ni tiada peluang tapi kali ini dah diberikan peluang..
dan tanpa diduga saya telah dilantik menjadi ketua kumpulan..tanggungjawab yang dirasakan berat..
masa dapat email tu tengok nama di ranking ketua kumpulan..rasa macam alamak kenapa nama aku ada kat situ plak..rasa tak yakin diri mula melanda diri ini..huhu
tapi istiqamah balik cakap dengan diri inilah tanggungjawab yang diberikan supaya diri sendiri dapat memperbaiki diri ke tahap yang lebih baik..
saya rasa kekurangan diri mungkin tak sehebat rakan-rakan lain yang baik dari segi taranum,tajwid dan tafsiran..disebabkan rasa kekurangan itulah mendorong saya untuk memahami tafsiran ayat al-quran dengan lebih baik..
group saya diberi nama Kumpulan Hafsah oleh Jawatankuasa Surau..kumpulan kami diberikan surah As-Syua'ara hinggalah ke Surah Al-Ahzab(mengandungi 8 juzuk surah)..
kumpulan saya terdiri daripada 5 orang ahli yg on dan off..biasalah orang perempuan kan..
tapi alhamdulillah hari ini kami dah menghabiskan kesemua surah yg diberikan..
dan saya mencari inisiatif sendiri berkongsi dengan ahli kump kelebihan surah yang dibaca..paling terkesan di hati saya adalah sural al-Naml  dan al-Luqman..

Surah AL-NAML
bermaksud semut..di dalam Al-Quran tertulis bagaimana kelebihan Nabi Sulaiman boleh bercakap dan memahami bahasa haiwan..dikisahkan bagaimana kerjasama,komitmen,kegigihan,keazaman, semangat, strategi menghadapi kecemasan yang ditunjukkan sifatnya oleh semut-semut ini boleh diserap ke dalam jiwa kita..semut hanyalah binatang kecil..yg kita manusia ni naik rimas bila dia hurung makanan..especially yg manis-manis kan..tapi kecilnya semut itu memiliki jiwa yang sangat besar..contohnya mudah je..kalau ada seekor semut mesti akan ada geng dia lagi kan..semangat kerjasamanya untuk mengangkut makanan2 manis tu..rezeki yg ada dikongsikan bersama..kita??kalau ada rezeki lebih berkongsikah kita dengan yang lain?? Adakah kita menghargai setiap nikmat yang kita dapat itu?? Tinggikah komitmen kita pada ibadah, kerjaya dan keluarga?? Sejauh mana keazaman dan kegigihan itu tertanam di dalam diri kita?? wallahualam...sama-samalah kita muhasabah diri kita masing-masing....

Surah AL-LUQMAN
mengisahkan sabahat Rasulullah S.A.W menyampaikan wasiat kepada anaknya..sangaterkesan di hati saya...selagi ibu ayah di muka bumi ini saya cuba untuk menjadi anak solehah utk mereka..moga Allah berikan petunjuk dan kekuatan kepada saya..saya bersyukur menjadi anak Puan Aminah dan Encik Ismail..=)
kawan-kawan boleh baca di link ini..sama2 lah kita aplikasikan pada anak-anak kita sejak di dalam kandungan lagi....
http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/wasiatluqman.htm

Hari Isnin minggu depan diadakan Majlis Khatam Al-Quran..Moga program sebegini diberkati oleh-Nya..jom kita tambah pengisian lagi sempena Ramadhan Terakhir ini

27 July 2012

blog dibiarkan bersawang...~~~grrr apa nak jadi!!!

hurmmm....banyak story yang berlaku..
tak tahu mana satu nak tulis..kalau dah boleh menulis rasa semua nak menulis..
hohoho tamaknya...
dah lama tak menulis di blog ini
dibiarkan bersawang dan menyepi tanpa berita..

sejak berpindah ni..kehidupan semakin busy...hohoh
komitmen semakin tinggi kan..
selamat berpuasa buat seluruh umat Islam..
sekarang dah masuk seminggu kita berpuasa kan..
dalam tempoh menjalani ibadah puasa..
mashi dah menyambut hari lahir yang ke 27 tahun..
rasa macam tak caya je kan...hihihih
semua cakap masih riang dan ceria..
alhamdulillah dikurnikan rezeki dan kesihatan yang baik..
actually utk besday saya tahun ini di tempat baru dan bersama suami tercayang..
saya tak sangka yang saya punya rakan2 baik disini
biarpun keceriaan saya dah kurang sedikit di tempat ni disebabkan faktor2 luarang yang perlu di teeeettttttttttt..
saya terima ucapan hari lahir dan kad besday dari email dan fb,.n something amazing saya dapat coklet ferrero rocher dari kak razi..thanks kak bagi coklat n kad comel...sungguh tak sangka..hihih...suka seketika..terhau sangat-sangat.....
saya tak kisah semua itu..
yg penting menginjak usia ini..saya ingin melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik
tutup kisah HARI LAHIR SAYA pada 24 Julai...

25 Julai.
pembuka bakat terendam di zaman sekolah.hihihi..ingatkan bakat ni ditelan masa zaman sekolah je..tup2..tup2...saya terima deringan telefon dari pustakwan bertanyakan mashi boleh bersajak tak???ermmm...dalam hati nak cuba ke tak..
.dah lama tak bersajak ni..
.saja nak test bakat..dah terpendam atau terendam..sengaja sahut cabaran saya terima untuk bersajak sempena kempen kibarkan jalur gemilang di kem saya..
inilah masanya saya cuba something yang baru selain dari bekerja..
respon yg positif dari pndgr yg suka dengar sajak..sampaikan ada seorang puan tu bagi tau saya..arghhh rasa nak menangis dengar sajak awk..(dalam hati saya,ohh tak sangkanya tahap tu sekali..alhamdulillah)
thumbs up utk en rafien n kak raihan..our big bos dan orang kuat di library yg bantu persiapkan saya pada hari tersebut dengan kalungan jalur gemilang
utk hari tersebut saya adalah maskot kemerdekaan
sehingga diberikan pujian dari ksu n tksu..waaah semangatnya awak..(dlm hati lagi..ohh first time saya dapat cakap dgn org kuat kem..hihiihih)
dlm masa yg sama sempat lagi register nama utk koir (wlpn suara mmg hancus) sengaja mencari nahas..nak cabar diri lagi!!
incik suami sentiasa bagi sokongan dan dorongan utk saya mencuba sesuatu yang baru..
saya suka cabaran baru supaya saya menjadi orang yg tak tepu...hohho..
joom zooming pic yang ada..
yang pasti saya memang sangat sihat walafiat..
haaaaaa saya dah gemokkk...
amik feel...hhihih
sajak saya bertajuk "Inikah Kemerdekaan"
barisan menteri,ksu dan tksu.

sebahagian warga kementerian..



26 May 2012

Shopping Time....

Hujung minggu sabtu..
penuh dengan aktiviti masing2 dan bersama..
pagi-pagi lagi incik suami dah bangun awal ke larian hari belia..
incik suami tak lah lari..
pergi jenguk2 anak2 didiknya berlari..
me di rumah??
tugas seorang iaterilah..
membasuh baju,sapu sampah dan melipat baju..acara tetap puan2 isteri
habis je larian incik suami balik..
me dah standby dgn unifrom jalan nak keluar..
oh yaaa
SHOPPING TIME ....
motif banyak yer : -
me nak cari barang2 program untuk bengkel hari isnin..
harga alat tulis di kajang mmg jauh beza dgn serdang sebabnya..
kedai kat situ besar..
ada diskaun lagi...hihihi
lepas shopping situ..jalan2 masuk palaza metro kajang..
incik suami nak cari kasut kerja..kesian kasut kerjanya dah patah dua..
round2 tak banyak pilihan......ada yang berkenan saiz pula dah habis..selalu cam gitu kan..
then me ajak ke alamanda..(wlpn org putrajaya selalu bebel bosan gi situ...me akan ke sana bila betul2 ada sale jer okeh)......
MMG ADA SALE DI PARKSON..
70% utk kemeja dan lain2..
so grab kemeja untuk incik suami pakai kerja (isteri solehah belanja suaminya)....hohoho
incik suami grab kasut kerjanya..so nice..
me plak??tak shopping utk diri sendiri....simpan duit untuk motif travel lagi jauh selepas ni...ke mana?
tunguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...
me niat cari hadiah kawin utk piqah sepupu incik suami..
pusing pergi balik (org perempuan kan, incik suami bosan dia melepak tempat toy acara tetap)...hahahah
sebut HADIAH KAHWIN..
mesti lah org yg malas nak pikir beli apa? kebanyakan bagi pinggan mangkuk
trend hadiah kahwin...pinggan mangkuk n brg elektrik..betul tak...
kadang2 sampai dapat berlebih2 plak brg elektriknya..hihih
macam me dapat 3 iron..periuk nasi 2.. pinggan manggkuk berkotak2....opsss tercerita psl diri sendiri pulak...
utk piqah me cari yg sangat sweet...mcm diri sendiri idam2kan..tiada siapa nak bagi.,,
piqah dah letak dlm fb teringin nak candle wangi2..
so me beli kt parkson candle mcm2 warna n wangian utk piqah..
malas nak balut just letak dalam kotak ada reben..
bila tgk nampak so nice...
saya kan suka puji diri sendiri..
harap piqah n siddiq suka hadiah kami..

so apa yg kami dapat hari ini untuk shopping time
= hadiah kawin piqah (candle yg sweet dan wangi) di parkson
= buku cerita malaysia tidak ke piala dunia (hak milik incik suami) dan buku dare to be a cham (hak milik saya untuk assignment personaliti dan milikan bersama incik suami) di MPH
= kasut kerja incik suami di Parkson
= barang2 program krayon, magic colour n bla2 di Kajang

malam ni keluar lagi untuk pergi pasar malam bangi..
menu tetap bihup sup n ayam goreng crispy poton2 kecil
dan
dan
ingat nak cari blouse yg murah kat pasar malam tu..
hua
hua
shopping lagik...

Esok kami time off di rumah jerk
sebab acara besar menanti ISNIN ni..

25 May 2012

tensionnya....

hari jumaat..

hari yg orang lain suka kot..
sebab rehat yg panjang..
tapi saya..hari ini adalah hari yg paling singkat..
menghadapi dugaan yg tak terduga..
menghadapai manusia yg tak terjangka..
harus saya lalui..
tapi alhamdulillah..
disebalik kesukaran dan kesengsaraan..
hadir jua cahaya disebalik kegelapan..
life must go on..
hidup mesti positif..
hendak atau tak kita kena redah jua..
biarpun emosi marah,sedih,geram,kecewa menguasai diri
kita yg harus mengawalnya..
kita yang menguasai diri kita..
saya yakin saya boleh laluinya dan
tempuhinya,,

mood:sesat di putrajaya disebabkan jalan tutup utk hari belia..melilau mencari menara usahawan seorang diri..menguruskan program seorang diri..tapi alhamdulillah Allah ringankan bebanan saya jua walau disaat akhir..doa saya moga program yang dirancang berjalan dengan baik..saya yakin..niat yang baik..jiwa yang ikhlas..biar ada rintangan..pasti ada kejayaannya..=)
sokongan incik suami adalah segalanya..my love is my shoulder..=)
penguat jiwa Dia Yang Maha Esa...alhamdulillah..

13 May 2012

ciNtA MuKa BuKu kembali lagi...

pagi semalam adalah operasi jual menjual segala barang kitar semula..
siapa nak sangka dengan surathkhabar lama dan barang-barang plastik yang bertenggek lama dalam rumah sewa suami ni..
hasil jualan dapat catch up RM14.20..
boleh lah kan daripada buang macam tue saja..
masuk tabung JEPUN kami..xoxoxox
misi penabungan ke JEPUN telah bermula..

lepas dah jual..
brekafast kat presint 9...
tup..tup telefon husband berbunyi dgn pertanyaan kawannya cinta facebook?
incik suami pon naik hairan...cinta facebook kot mana?
kawannya kata sila beli harian metro ahad..
waaaaaaaa..
tak sangka selepas setahun keluar muka kami di metro ahad..
rasa gila glamer seketika..
saya pon tak ingat bila saya hantar kat situ...
kenangan manis untuk memori kami lagi..
paling manis ada gambar kawan2..
PJ....CHEYANT...BRO ZUL.....CIK SOL....PN AZZY.....
terpahat sejarah utk 13 mei 2012...


04 May 2012

:: sHOW uP ::





NO MATTER HOW YOU FEEL...
GET UP...
DRESS UP...
SHOW UP....(^.^)



03 May 2012

Pernah tak satu ketika




Pernah tak satu ketika,
kita rasa..
teringin sangat lihat air laut..









Pernah tak satu ketika,
kita rasa teringin mendengar deruan bunyi ombak

Pernah tak satu ketika,kita rasa ingin merasa angin hembusan bayu












Pernah tak satu ketika,
kita ingin melihat detik senja
Merasa semua ciptaan Allah
menikmati seketika ketenangan itu
Menggali apa yang hilang...
Melepaskan apa yang perlu...
Membina apa yang retak..



Wahai TUHAN mengapa wanita menangis~~

Jawabnya:



Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,


AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru




02 May 2012

perkhidmatan kelas~~tapi.....

hari ini saya meluangkan masa untuk singgah ke sebuah kedai kosmetik yang menggunakan produk jenama terkenal di seberang jaya tue..(tak boleh plak letak nama kedai dia, kang tak pasal kena sue)

kat sana ada jual produk kosmetik dan rawatan kecantikan kulit..

saya pergi cuma nak gunting rambut jer..

masa mula2 nak masuk rasa mcam segan jer...sbb nampak mcm kelas jer kedai dia..

saya plak pakai selekeh...hahahah...berselipar jepun jer pon...

ayah saya cakap pergi situ dekat dengan rumah..senang..dia pula orang melayu..
selalu saya pergi yg kailan kepala batas tue..orang melayu juga..saya suka dengan service yang dia bagi..walaupun kedai biasa..semuanya perfect di mata saya lah...di mata orang tak tahu..hihihih

alkisahnya..
masa saya masuk..
saya dipelawa duduk..
then dia orang buka buku temujanji dan pilih tukang gunting mana nak gunting..
diorang ada banyak staff...
semuanya okeh di mata saya pada ketika itu..
bagi saya perkhidmatan dia menggunting mmg perfect lah..
lepas gunting rambut, dia jamu air halia..
so charge semua RM19.00..
bagi saya haraga ok kalau perkhidmatan yang diberikan bagus tetapi..
jeng/...jeng...//
masa nak bayar tue..ke cashier atau peg.perkhidmatan pelanggan dia..
dia kata kak ada duit kecik tak..(saya bagi rm 50 time tu..saya mmg tak da duit kecil)
selalunya macam inilah budaya orang kita nak berniaga..
dah tahu nak berniaga tak sediakan duit kecil
then, dia bagi tahu saya tunggu jap ye kak nak tukar duit dulu..
saya just perhati jer...hihihi
time nak tulis resit plak...dia tanya kwn sebelah dia..hari ni berapa hb..
dia tanya saya plak...hadoii saya kata dik tak da kalendar ke kat sini letak situ sng nak tgk..
terus dia ingat tarikh...hahahah..
time dia nak bagi baki..
saya perhati je
tahu tak...dalam tukaran duit rm 1.00 sebanyak rm 10.00(dia dok kira khusyuk,ingatkan nak kira duit cukup ke tak)
baki saya sepatutnya rm 31.00...
rupa2nya dia nak cari rm 1.00 duit yg paling buruk dan dibaluk selatope..
haaaaaaaaaaaaaaaa...
mcm mana tue..kat dia ada rm 9.00 sebanyak rm1.00 tapi yg buruk tu jadi pilihan nak bagi..
apa nak komen??
saya ambil je duit tue...saya pun tak nak komen banyak2...
itulah variasi pemerhatian yang saya selalu pandang dan alami pada bangsa sendiri yang berniaga
beza dengan bangsa lain..
bagi mereka yang berbangsa lain,layanan adalah perkara pertama dititkberatkan..
beli tak beli belakang kira..
cuba buat ekspresimen kat bangsa kita...hahahha...muka seposen lah dia tunjuk kat kita..
seronok melihat gelagat manusia ni kan......

Dalam perniagaan kita tidak melihat pada wang dan keuntungan sahaja, sebaliknya terdapat nilai yang berdiri disebalik perniagaan tersebut yang harus kita jaga...ada tak orang berniaga fikir macam tue..renung2kan dan selamat beramal~~~

01 May 2012

saya nak menang "Hadiah Dari Hati"

Termpoh kerehatan minggu ini sebelum berakhir saya ambil peluang menyelongkar mr google dan blog-blog orang lain...

Membaca kisah-kisah mereka..

Mencuba nasib rezeki yang ada...hihih

Cthnya....

blog http://megahasz.blogspot.com/ entry tajuk "Hadiah Dari Hati"

sis aishah ada buat cabutan bertuah utk blogger bertuah dapat fridge magnet baju kebaya..
sesaja saya cuba nasib...
sebab saya ni pengumpul fridge magnet...
i like~~
so pada kawan-kawan yang gi overseas atau mana2...
saya suka bangat kalau hadiah saya fridge magnet..hihih
setakat nie pengumpul yg tegar adalah koleksi belian saya sendiri dan hadiah dari incik suami..
setiap kali outstation incik suami dah tahu nak beli pe...hua..hua..hua..
dari kawa-kawan pun ada tak banyak...
jom zooming koleksi magnet saya...(^.^)


29 April 2012

mencari kekuatan semangat...

malam hingga ke pagi....sekarang jam dah 2 pagi..mata belum mengantuk

jiwa saya rasa kosong..
ada ketika rasa sedih..
ada ketika rasa moody..
mungkin buat masa ini saya tak boleh buat apa2 pun..
hanya berehat..
kerja-kerja rumah semuanya incik suami uruskan...
incik suami tak benarkan saya buat apa-apa langsung untuk sementara ini..
emosi yang saya lalui ketika ini ada masa okeh dan ada masa ketika saya mengakui saya rasa down,.
biarpun suami senantiasa disisi..
sukar saya mengungkapkan kata dihati..
saya tidak brbicara langsung dengan terbuka apa saya lalui dengan emak atau ibu mertua saya sendiri
sya tidak tahu apa yang perlu diluahkan
biarpun saya faham mereka mengerti perasaan seorang wanita
saya tidak mahu menyusahkan sesiapa pun
bagi saya...hanya diri sendiri perlu melawan apa yg bermain di fikiran dan rasa di hati

suka saya berkongsi blog dr. zubaidi
 http://drzubaidi.com/blog/?p=1083 entry di bawah tajuk "Menghadapi Kesedihan Akibat Keguguran"
banyak fakta perubatan yang dikongsikan dan berkongsi pengalaman beliau merawat pesakit yang menghadapi situasi ini....
sesungguhnya keguguran sesuatu yg tidak dapat dielakkan..
terdapat 7 tips yg dikongsi oleh dr zubaidi bagi merawat emosi pada mereka yang keguguran..
tahap hormon prostogone  ketika hamil tiba-tiba saja merudum ke paras amat rendah dalam masa yang singkat akibat dari keguguran menyebabkan seseorang wanita itu keliru dan sedih

moga saya berjaya melalui dan menempuhinya....

28 April 2012

Tempoh-tempoh Berpantang~~

Selamat pagi semua....

Menikmati udara pagi yg segar hari ini rasa sangat besh kan..

Jom kita ucapkan ALHAMDULILLAH sebab ALLAH bagi peluang pada kita lagi utk menikmati perjalanan pada hari ini..

Hari ini adalah hari ke-5 saya berpantang..

Apa yg orang lain cakap, pantang misscarriage adalah lebih teliti daripada orang bersalin..hmm saya pon tak tahu..cuma yg saya tahu pantang penting untuk mengekalkan momentum kesihatan badan diri sendiri utk akan datang...momentum badan bukan hanya digunakan hari ini,esok,lusa dan tulat tapi selagi hayat dikandung badan...betul tak??nasihat dari kawan-kawan yg pernah misscarriage, seelok2nya berpantang makan dalam tempoh 40 hari..insya allah saya akan cuba buat demi kesihatan saya sendiri...

Dalam tempoh 5 hari ini hingga.....(rasa badan dah mula kuat dan selesa,blh cm gitu)

:: makan :: ...
sayur yg sejuk kena elakkan especially kangkung,kubis...saya banyak makan bayam..ayam boleh makan tapi kena kuantiti sedikit..saya suka makan ikan bilis jerk..hihi..rasa mcm seriau sikit..tambah2 sekarang ni kadang2 ada rasa ngilu sikit...daging boleh makan,,ikan pun boleh cuma kena tgk jenis2 ikan yg boleh makan..takut ada yg berbisa...so bab makan ni kadang2 akan telefon mak dengan umi tanya...

:: minum ::....
air ais memang kena berhenti seketika..saya rindukan teh ais saya..hihihi...kena banyakkan minum air suam..saya sendiri banyak minum susu dengan air putih jerk....

:: mandian ::...
buat masa ini mandi air panas jerk...bagi badan panas sikit..lepas mandi pun kita akan refresh sikit...ada yg saya google digalakkan juga kita cari mandian herba nak bagi badan kuat dan rasa tak lemah...saya tengah dok cari jugak kat mana nak beli benda alah ini...

:: urutan ::...
mengurut ini penting tapi kena tgk bidan jugak..sbb apa saya cakap mcm tu??makcik bidan yang urut saya kongsi pengalaman ada bidan yg urut terlalu sakit sangat hingga mendatangkan kecederaan dalaman pada rahim dsb......saya lepas bledding memang rasa sakit2 badan..maybe sebab angin dah banyak masuk kot...semalam saya dah mengurut dengan makcik bidan ni..rasa sedap sangat, tak sakit pun...makcik ni mengurut kena 3 kali baru selesai...so saya ada lagi dua sesi dengan makcik ni..rasa selesa sebab makcik ni akan datang mengurut di rumah..umur makcik ni dah 61 tahun tapi tengok muka dengan satmina macam umur 4o tahun jerk..

:: pakaian ::...
pakai baju yg kita rasa selesa dan longgar..saya dinasihatkan supaya memakai stokin agar angin tak masuk dan badan akan rasa panas sedikit..

Ini sekadar perkongsian pengalaman yg saya dapat dari rakan2 yang pernah mengalami situasi sama macam saya..tambahan maklumat kita boleh minta bantuan mr google yee..~~~

Selain itu boleh juga baca kat sini  :
http://jaritimore.com/2011/11/13/keguguran-dan-berpantang/

Moga saya boleh sihat kembali~~ moga Allah bagi kekuatan pada saya menempuhi semua kesakitan dan dugaan ini....

25 April 2012

Mendepani sebuah Ujian dari-Nya..

Assalamualaikum..

Dah lama tak menconteng dan merapu di blog ni..
kini ada kesempatan dan masa..memandangkan saya dalam tempoh berpantang..
mendepani sebuah ujian dari-Nya...
syukur alhamdulillah..
Allah menguji sebab dia sayangkan hamba2nya..
Allah sayangkan saya, suami dan seluruh ahli keluarga..
rezeki yang dibagi dah terlalu banyak disaat itu..dapat pindah,dapat rezeki dalam bidang kerjaya, dan dapat tahu diri dah pregnant bila pindah..
saat pregnant genap setahun kami pjj dan menanti cahaya mata sulung...
dan Allah ambil seketika sedetik sahaja..

saya belum lagi mulakan kerja di tempat baru ketika itu..
first dapat detect pregnant lepas buat pregnancy test sendiri..
masa tue naik dua line..macam tak percaya (sbb dah selalu test negatif)
bila mesej incik suami dia pon cm percaya dgn tak..
dan kami decide wat check up kat klinik lita alis putrajaya..
doktor bagi tahu time tue saya pregnant 5 weeks..syukur alhamdulillah..org pertama yg dikhabarkan mak ayah dengan umi..
saya dan incik suami sykur sangat2..
bila kwan2 dapat tahu..semua pesan jgn hiperaktif dan loncat sangat2
memandagkan karakter saya yang tak boleh nak duduk diam..hihih
incik suami pon risau..so saya slow down langkah ala2 puteri cinderella berjalan....
kerja2 rumah semua incik suami ambil alih..betapa rajinnya beliau saat itu..dan yg mmg pasti dari dulu incik suami saya sangat rajin..thumbs up for u cayang!!!
 sehinggalah....

sabtu
saya nak buat kenduri kesyukuran di penang...
sebelum balik penang..
dah ada tanda  lendir cokelat..time tue tak byk..just a little..
ada jgk tnya kwn2 dan nurse yg ketebulan di hosp putrajya.
dorng bagi tahu itu simptom biasa..sedangkan itu adalah tanda2 nak misscarriage..
saya belum ada pengalaman ketika itu..
dan saya menanti utk buat buku merah selepas balik dari penang..
dan ujian pertama menimpa bila hari sabtu malam lepas kenduri..
perut saya crammed..rasa tk boleh nafas dan saya sakit sangat..
masa tu kat meja makan..langsung tak boleh makan..saya tak tahan dan menangis tahan sakit depan incik suami..incik suami,mak, ayah bawak saya ke hospital..buat pertama kali saya kena admit di wad pemerhatian hosp seb jaya..lepas doktor bagi injection dengan ubat warna putih baru saya rasa perut saya cool down sedikit..kata doktor saya kena gastrik time tu..doktor ada scan tpi tak nampak sbb katanya still early weeks lagi..
ahad
ahad petang tu kami gerak balik ke sri kembangan..
saya dalam keadaan okeh jer...
isnin
hari ini saya dan incik suami cuti..kami akan ke klinik kesihatan utk buat buku merah..time ni nurse bagi tahu saya dh 9 minggu pregnant..bila dia check up sya bagi tahu simptom yg dialami..diorg tak berani nak bagi komen dan akan rujuk saya pada doktor utk fully check up..kami kena datang pula appointment petang..
hari tu saya rasa satu hari saya fully check up dan menanti..masa doktor scan..doktor bagi tahu nmpk kantung rahim..dan baby lum nmpk..doktor bgai tahu maybe awal dan baby lum nmpk.doktor pesan kalau keluar warna cokelat lagi dtg klinik utk amik mc berehat..hari tu saya rasa penat sangat dan sakit kepala...lepas balik dari rumah..saya nampak dah banyak warna cokelat keluar..malam tue tiba2 jer saya rasa perut dan ari-ari saya sakit sgt dan incik suami bwk saya gi klinik kat rumah..doktro bgi tahu yg tu adalah tanda2 nak misscarriage..doktro bagi tahu simptom yg saya akan alami..dan dia pesan dgn saya..jgn risau baby kalau tak jadi biarkan daripada keadaannya cacat dan berpenyakit..saya mula risau dan rasa dedey kalau itu kenyataanya...incik suami bagi tahu bykkan sabar dan kuatkan semangat...lepas balik klinik kami singgah makan..dan saya mula rasa tak selesa..sampai rumah,saya dah mula rasa sakit perut yg tak tertahan..incik suami terus bawa pergi ke hosp serdang..time tue sya lum sure bleeding darah sampailah doktor minta amik urine test..saya dah mula nmpk ada bleeding..hati saya mula tak keruan..diorng rujuk saya pada pakar sakit puan..bila dia datang terus buat scan perut dan transvaginal..dia bagi tahu saya percentage sekrang 50-50...dan dia akan bagi mc utk saya berehat..saya balik ke rumah dengan incik suami time tu pukul 2 pagi..saat itu saya bedoa agar semuanya dipermudahkan dan baby saya akan selamat..saya harap baby boleh survived...tapi dalam hati saya kalau ditakdirkan sudah tiada saya kena redha dan pasrah..
selasa
saya cuba bertenang..saya cuba tidur tapi setiap 5 minit sya mula rasa sakit yang tak tertahan mcm sengugut..saya mula fikir apa yg doktor klinik tue ckp..saya mula sakit setiap minit..doktor bagi tahu sakit tu rasa mcm orang nak bersalin..dari pagi sampai petang saya dok menahan sakit sampaliah incik suami pujuk gi hospital..masa tu saya dah mula bledding darah..saya tanya incik suami adakah saya dah gugur..incik suami tak tahu...kami ke hospital petang tue..saya kena dripped air dan injection..doktor buat scan transvaginal dan bagi tahu ayat yg sama mcm mana doktor klinik bagi tahu...doktor bawa keluar sebahagian isi yang tinggal..yg lain doktor bagi tahu dah keluar masa saya bledding..sakitnya ketika itu hnaya berserah kepada Allah sahaja yg tahu...tak boleh gambarkan kesakitan ketika itu..saat menunggu keputusan darah..incik suami setia disisi dan berikan kata2 semangat pada saya supaya menerima semua dugaan ini dengan tabah...hati saya sebak bila nak becakap dengan mak dan umi..tapi saya cuba kawal perasaan itu..

selepas melalui detik-detik sukar itu..
saya melihat dimensi pengorbanan incik suami ketika itu tidak pernah erti penat lelah menjaga saya sebaik mungkin..
kasih sayangnya dan cintanya pada saya tidak boleh saya gambarkan dengan kata2
sesungguhnya ALLAH berikan anugerah yang tidak ternilai utk saya hargai dan jaga sebaik mungkin..
sesunggunhnya anak umi dan walid sudah berada ditempat yang terbaik di sana..

Dlm diari seorg pejuang..... Tiada masalah yg tak merumitkan, Ujian yg tak melemahkan, Dugaan yg tak menyusahkan, Bahkan itu semua dijadikan batu lnctan utk m'jdi lbh hebat, Mereka tepu dgn dugaan, Cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi.... Lambang kekerdilan kudrat hamba, B'dpn dgn 'belaian' PENCIPTANYA, sbg tanda ingtan.... Sentiasa t'senyum wlau pyh & ssah diuji...:)

ALLAH menguji hambaNYA dengan dugaan & kenikmatan, di uji kita dgn ujian shingga kadangkala kita rasa buntu menghadapi kehidupan..sabarlah wahai hati..ALLAH memilihmu kerana ingin dirimu dekat padaNYA..mudah-mudahan diberi kekuatan kerana dengan ujian kita akan rasa manisnye kehidupan". INSYA ALLAH

29 March 2012

puding puncak kasih versi kiwi new zealand

malam ni saya ada kerajinan..
menyediakan puding karamel puncak kasih versi kiwi new zealand...hihhi
KEMUNCAK UTK ESOK....
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

syukur atas nikmatnya~~~Alhamdulillah

rezeki yang tidak putus dari-Nya tatkala...
saya menghitung hari detik demi detik akan melangkah kaki ke Putrajaya..
semuanya akan menjadi baru...kerja baru..bos baru..kawan2 baru..suami yg tetap sama!!hihihihih....
dua minggu saya berhempas pulas..ibarat memerah keringat tanpa henti
apabila menerima surat dari CC petang selasa minggu ini..
tertulis dalam surat itu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang..
YA ALLAH...sayakah yg dapat...
saya fikir masa gosip2 di ofis nama saya dicalonkan..
dalam hati saya cakap..org dah nak pindah bagi peluang utk orang lain kut..
tiba-tiba sangkaan saya meleset..
surat saya terima buatkan rasa nak menitik air mata..
saya kerja masih setahun jagung tapi layakkah saya terima anugerah itu..
ramai kawan2 dan bos2 saya dah kerja lama..
tapi belum dapat penghargaan sebegitu..
kata mak ayah saya..anggaplah rezeki itu..anggaplah ALLAH bagi untuk menguji kita supaya lebih bersyukur dan tidak lupa diri..
anugerah ini adalah utk kawan2 saya yang banyak bagi tunjuk ajar selama saya di situ...dan utk mak ayah dan incik suami yang mendoakan kejayaan saya...
betapa saya takkan lupakan tangisan air mata setiap kali stress kerja depan incik suami...
hihihihihi...mcm kelakar pon ada..tapi itulah saya akan rasa lega selepas cerita serabut serabai saya..
walaupun incik suami tak bagi resolusi..kata2nya dah mampu menenangkan saya..
alhamdulillah...

dan semalam saya dapat berita baik lagi...
alhamdulillah kami dah dapat kuarters...
ya allah..sesungguhnya Allah permudahkan urusan kami....
saya dah excited nak hias rumah baru...hihihi...wlpn incik suami cakap kuarters kami dapat tu mungkin yg lama...its ok..janji ada tempat nak berteduh...syukur Ya Allah...
mood :konon bertungkus lumus menyiapkan tinggalan sisa-sisa keje =)

25 March 2012

kasih tiada penghujungnya~~!

tak menduga...
tak menyangka..
dulu raikan kawan2 yang bertukar tempat bertugas..
kali ni saya diraikan..
serentak dgn pj...
saya tak tahu spirit mana yang datang...
semua bookmark saya buat boleh siap dalam 2 malam
balik keje jer..'
terus cari gam,gunting,kertas kaler,printer,pen,kertas limanate n reben..
dan
HASILNYA
-
-
-
-
-
-
-
-
-
dan inilah agihan tanda ingatan dari ku utk mereka semua =)
-
belum limanate lagi....
hari ni majlisnya di asiatica bertam..
non formal tapi sangat bermakna dan meninggalkan titik kenangan yang saya tak boleh lupakan
moga spirit saya disini boleh saya kembangkan lagi di sana
sblm pi pon dah mula dengar mcam2 cite..
just take an easy
think positif
insya.allah hati yang ikhlas utk bekerja
biar susah ALLAH ada bersama dengan hamba-hambanya untuk membantu
kuatkan semangat
tekadkan azam----

18 March 2012

ulangtahun kami yang pertama...setahun sudah


taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............
_
_
_
_
_
_
_
surprise.......
seminggu sebelum tarikh ulang tahun pertama kami
saya sibuk fikir pe benda nak buat
something so special..
nak beli hadiah pe..
explore internet gi balik..
ting...
ting...
ting..
ting...'
kenapa tak guna tangan emas saya??ahaks~~
dulu kat sekolah saya amik job buat kad kreatif untuk kawan-kawan..
jadi ini masanya hadiahkan tangan emas saya untuk incik suami...
bagi tanda ingatan kami bersama..
then saya pon berusaha gigih guna semua barang terbuang yang saya rajin simpan dalam laci kat rumah..
dalam masa 2 hari siaplah kad tersebut..
kemudian terfikir pulak nak kasi hadiah pe yer..
ting...
ting...
ting...
selalu dengar incik suami cakap koleksi baju batik dia banyak dah lusuh warna
so saya pun ke gene martino kat tesco..
selalu kami gi tesco mesti intai koleksi design batik sana
sebab designya nampak eksklusif terutama sekali baju batik lelaki
kain dia pon sangat lembut..saya pon pernah beli sepasang sampai ada minah mat salleh tanya beli kat mana....hihii
balik jumaat tue terus saya serbu gene martino dan hasilnya adalah seperti di bawah...



pagi ahad tue lepas incik suami mandi..
saya terus letak atas katil..
then bila incik suami keluar..
terus terkedu..
perkara pertama dia cakap./
cyg kalau bab surprise mmg tak boleh jangka..
tima kasih bebanyak...love u so much..
time tue rasa mcm sebak sikit..
terutama bila incik suami baca kuat-kuat ayat-ayat cinta yang saya letak dalamnya,,
syukur alhamdulillah
dah setahun kami melayari bahtera rumahtangga ni
dan utk hadiah ulangtahun pertama kami
bila saya dah dapat pindah ke putrajaya..
banyak cerita tentang perpindahan saya..terutama bila saya dapat surat tu terus ke tangan saya oleh incik posmen......
sambung next pulak ye..

p/s:it's our first anniversary 11 mac 2012..Alhamdulillah syukur kepada Allah swt, kerana mengurniakan seorang Ketua Keluarga yang sempurna di mata hatiku…Dialah peneman hidupku. Doaku Semoga Allah swt melimpahkan kami sekeluarga kebahagian di dunia dan di akhirat. Amin
Jadilah isteri yang menggembirakan hati suami.
Jadilah isteri yang membantu suami jalan ke syurga.


I love Sayang ♥ Terima kasih sebab datang dalam hidup isterimu. Terima kasih sebab ada dalam hati isterimu. Terima kasih for everything. I will spend the rest of life, loving you. Insyaallah. Semoga Allah terus kuatkan hati kita, sebagaimana kuatnya hati kita dahulu untuk memulakan semuanya. Thanks Sayang. I love ♥ ♥ ♥ you and that will never be enough..


09 March 2012

tik..tok.....tik.....tok

tik...tok....tik.....tok
mengira detik masa berlalu....
macam mana titisan air hujan yang tengah turun sekarang nie...
sejuk je kan...grrrrrrr...

betapa rajinnya mashi ismail updated blog...
dalam sehari boleh taip 3 post..
.tahniah mashi...hihihih...
assignment lagi satu tu tak serajin update blog plak ye...
arhhhhhh perlukan masa nak menaip...alasan jerk..
saya mesti usahakan siap assignment productivity psy...next week due date...malas nak cite panjang bab itu..

mata saya dah ngantuk...
macam burung hantu
tapi hati berdebar menanti kepulangan incik suami..(dah dua minggu saya tak jumpa)
masih lagi dalam perjalanan...
hati pun risau dengan jalan yang sesak dan hujan lebat..
moga Allah permudahkan incik cayang saya~~~~
(baru jer dpt sms,incik suami rest kat bukit gantang..mata ngantuk...)

count the time...
hati tak bersabar menatap wajahnya..
rindu sangat~~~
dan saya ada sesuatu yang istimewa untuknya...
tungguuuuu
_
_
_
_
_
isteri yang penuh dengan kejutan...
kalau birthdaynya taun lepas terkejut
kali ni punya event lagik gempak...hihihi

p/s:jom baring2 dulu sambil berselawat mengingati Rasulullah S.A.W....



08 March 2012

proses penghijrahan~~~

alhamdulillah perkara yang saya nantikan~~sebuah penghijrahan...

masa dapat surat..terkejut tak sangka secepat nie..termasuk incik suami


perkara pertama bila saya dapat surat tue
saya telefon dan mesej semua orang..
first incik suami..dah la time tu dia tgh dok meeting..bila cakap kat incik suami:..cyg,..org dah dapat surat tukar..lapor diri 15 mac..incik suami tanya balik..bulan nie kan..yeee...terus respon tahniah cayang..so kena get ready prepare..bla..bla
yg kedua ma ayah saya...part yang saya rasa sedey nak cakap..tapi mak saya respon..pas ni mak ayah blh makan angin lagik kt putrajaya...saya sedey..respon perlahan jer saya bagi kt mak saya
yg ketiga saya call umi saya...time tue ramai ada kt rumah...semua bakat dok menjerit ucap tahniah..mereka hepi tgk saya dan incik suami blh dok dekat...umi bagi tahu nnti umi nk p putrajaya..hihii
then my boss..cheyant..dia org pertama sya msj..then my boss lagi..mr rahim..
lastly saya announce dalam email kawan2 saya..
respon saya terima..
suka dalam duka...duka dalam suka

sekarang!!!!!!!!!
saya mengejar banyak sangat dateline kerja tertangguh....
waaa rasa tension kena habiskan fail2..
rasa gila plak..kuar pas subuh..balik pas maghrib...hidup tak menentu demi fail..
bru selesai 178 fail...menanti lagi puluhan dalam kabinet..weeeeeeee rasa nak gila...(belum selesai)
nota serahan tugas (belum tgk apa2 lagi)
tukar tempat exam(dah selesai)
tunggu proses penangguhan (tunggu jwab this friday)
tempat kediaman (incik suami usahakan)
assignment (tgl satu jerk lagi..dua dah selesai)
study(belum tukar tmpt learning centre lagi..blh buat lepas exam)
revision utk exam(belum buat apa2 pon)

harap boleh selesaikan satu persatu dengan jiwa yang tenang..
penghijarahan yg baru ni bautkan saya kena mula semuanya dengan baru
kena seeting minda untuk terima suasana kerja baru,bos baru,kawan2 baru, tempat tinggal baru..waa tkutnya...paling penting mesti berfikiran positif..baru aura positif sampai...
dan untuk keluarga pulak
kami akan mula tinggal satu bumbung dan lebih belajar mengenali antara satu sama lain
incik suami sangat excited nak hias rumah..macam2 dah plan..dan harapan saya,,,,agar ada rezeki anak utk kami.....

selamat maju jaya mashi...
kawan2...doakan saya ye....


kembali bersiaran "Petugas Barisan Hadapan"

kembali bersiaran semula...

dah lama tak update kan..betapa kesibukan melanda diri..banyak benda kena selesai dalam masa terdekat..jeng..jeng "apakah itu"
nanti mashi update kemudian..hua..hua
tgh addict nak update banyak..
sebab hari ni rasa damai skit..hihiih

saya sekarang sedang bertugas sebagai "petugas barisan hadapan"..bkn yang parti politik erk
ala2 pegawai khidmat pelanggan gitu..
senyuman manis yang melirik dan ayat..
silakan duduk tuan/puan/adik/kakak/makcik/pakcik..
apa boleh saya bantu...bla..bla

minggu ni dah dua kali saya bertugas...
dan ini adalah hari terakhir bertugas di cawangan..yang fisrt di centre sebenar..
kalau di cawangan mmg sangat rileks..mcm hari ni belum ada lagi klien..
tapi kalau di centre sbnr cabarannya sangat besar..
perlu handle manusia yang datang dengan pelbagai rencah dan ragam ala2 cara nak buat kari..masa yang sama handle panggilan telefon yang tak pernah diam..

utk hari pertama...
semua asyik tanya??? mashi okeh ke..mashi okeh ke...
dan saya cakap...alhamdulillah dont worry i'M  very2 okeh...=)
hihihih...saya melalui pengalaman yang sangat manis..ahaks..
betapa perlu tadahkan telinga mendegar luahan klien..
of course saya blh apply teknik kemahiran mendengar dan refleksi isi dan perasaan klien...

bagi saya...bila kita menjadi petugas kaunter...kita perlu memegang prinsip2 k yang banyak
-komited untuk membantu
-kecekapan mengatasi klien yang hadir dan panggilan telefon
-ketepatan bagi maklumat
-kesabaran menangani klien yg tak boleh menerima hakikat apa yg kita cakap
-keceriaan menghidupkan suasana bertugas..kna marah pon kena senyum ye...cheeeeeeese
-kerjasama dengan petugas lain
apa lagi k...ermmm...

memang menarik bila bekerja dari prospektif lain..sangat menguji kompetensi emosional dan kompetensi pengetahuan (mentang2 lah skang tgh amik subjek ethics in psychology)

p/s:yang pasti selagi boleh mengutip pengalaman yang berguna utk diri sendiri..masyarakat,agama dan negara...ambillah pengalaman tersebut..pengalaman adalah guru yang terbaik..=)

19 February 2012

hobi dah takda =)


hobi..hobi..

dulu boleh la fikir masa lapang nak buat pe..sekarang masa lapang dah bersama laptop,buku, kemas rumah dan masa bersama incik suami..no more lagi nak baca buku novel ke..buat handmade barang hadiah utk kawan2,bercucuk tanam..hua..hua..yeah belajar dan kerja tuntut pengorbanan yang sangat tinggi..kena pandai bahagi masa..tapi saya cukup salute spring pada mereka yang bergelar isteri,ibu dan pekerja..lagi banyak pengorbanan yang harus dibuat..
kelas saya dulu pernah kakak tu terpaksa bawak anak dia umur 5 tahun sebab pengasuh ada hal kecemasan..
belajarlah si anak dengan kami semua subjek philosophy psychology..
nasib baik dapat tutor yang memahami..
kalau tak, tak pasal2 tak boleh masuk kelas..=)
weee melalut la pulak..

tiba2 jer teringat hobi bila nampak mak siram pokok =)

saya cakap dengan mak balkoni depan rumah tue ingat nak buat landskap yang tenang..best sikit bila buka sliding door walapun sekangkang kera tak sampai..
dulu masa kami tinggal di sungai petani..saya ingat lagi time tue saya sekolah menengah..saya berusaha gigih dengan mak usahakan tanah sekangakang kera depan dan belakang rumah..

hasilnya...alhamdulillah
~~ pokok kacang
~~ kangkung
~~ salad
~~~ tomato
~~~ daun pandan
~~~ serai
~~~ pokok limau
~~~ pokok cabai
~~ pokok pelam
hasilnya kami boleh sedekah kat jiran2 lain
tu lah kalau rumah ada laman depan belakang..

sekarang!!!!
lamannya semen jer la..
tapi alhamdulillah ada ruang lagi..
mak saya masih teruskan usaha menanam
hasilnya..
~~~ pokok tomato dalam pasu
~~~ pokok lidah bauya dalam pasu
~~ pokok bunga kertas dalam pasu
~~ pokok daun kari dalam pasu
~~~ pokok kunyit dalam pasu
~~ pokok daun pandan dalam pasu
~~ pokok kaktus dalam pasu
~~ pokok palma dalam pasu
semua tanaman dalam pasu jerk...
mak dan ayah saya yang rajin jaga dan siram pokok2 tue semua
saya????
apa2 pon tak boleh..ayat alasan..tak dan..hua..hua
keinginan nak menanam ada..cuma..hihihihih

bila saya terGOOGLE cara nak hiaskan laman balkoni sempit
WOOOOOOW....AMAZINGNYA...
tak mustahil saya boleh buat..
tapi bila eh..hihihihi







ermmm...cantiknya..best kan..
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih (''<)

p/s :kalau kita kreatif ruang yang sempit macam mana pun kita boleh manfaatkannya..


17 February 2012

I LOVE DESSERT

Saya suka sangat buat dessert..dan saya rasa kehebatan saya sendiri (chewahhhhhh) bermula dengan puding karamel..percubaan pertama terus menjadi...waaaa riak eh~~~sebab berani amik tempahan..suka sangat buat benda2 yang perlukan hiasan KREATIVITI macam ini..

lepas tue saya try buat agar2 n kuih..

seiingat saya..

agar2 yang pernah saya buat
:: agar2 cendol (dah pernah post disini resipinya, tak ingat tahun bila)
:: agar2 laici (first try masa bulan posa)pic ada dalam fb sya...~~
:: agar2 buah naga (first try sebab tok ayah nak makan manis)..tk sempat snap da licin...
:: agar2 koktail buah (first try masa raya tahun lepas, lepas tu makcik2 selalu request bila nak datang umah)
:: agar2 puding laici pelangi paddle pop (bawa utk opis, first try juga tue)..tak berapa nak menjadi..saya nak buat lapisan satu persatu yang terletak..habis berterabur warna...2 jam buat benda..haissshhhhh menguji kesabaran tau!!!
yg tue jelah yg saya ingat...

kuih plak (yang lain dan special sikit)
:: apam polkadot (fisrt try dengan incik suami sebab fikir nak cari aktiviti bersama, kali kedua plak nak bawa balik utk umi)..susah skit sebab saya pakai manual..guna kudrat tangan 2 kerat..
:: popia special campur (popia nie memang lain dari popia sedia ada..bahan2 saya adalah sayur campur,ayam dan telur)..orang kelate sangat2 suka tambah2 adik ing yang bongsu..bolah satu tupperware kat dia..

targert sekarang nak ada microwave dan mixer...huaaaaaaaaaa bila boleh dapat..rasa menyesal plak time masa kawin dulu semua tanya nak request hadiah apa???konon malu tak kisah la apa nak bagi..sekarang merungut pulak..hihiih..kena beli hasil titik peluh barulah rasa nikmat yer mashi...

joom zooming pic yang ada dalam kenangan abadi..=)

agar2 pelangi laici (mcm asikrim paddle pop jerk)

apam polka dot kembang layu..
agar2 bunga warna warni...

puding karamel..