30 April 2010

1 MEI>>>>>>selamat hari pekerja

SELAMAT HARI PEKERJA UNTUK DIRI SENDIRI,KAWAN-KAWAN DAN MEREKA YANG BERGELAR PEKERJA....

Tidak kira sektor kerajaan,swasta mahupun yang bekerja sendiri..Orang kata hari pekerja hari untuk beristirehat...jatuh pula pada hujung minggu hari sabtu..harapan ku ada lagi ruang rehat untuk aku kecapi...hehehehehe,,Tingkatkan Produktiviti Kerja, Kurangkan Kontroversi..


P/S: Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah…” — Datuk Dr. Fadilah Kamsah

25 April 2010

SEMESTER BARU MENANTI..('',)

Welcome back to school..itu kalau zaman persekolahan dulu...kini welcome back to new semester..sepatutnya semalam aku harus hadir bengkel pengurusan stress untuk mendapatkan input ilmu baru..nak jugak tahu penyampaian mrk sma ke tk denga unit kami..tapi malangnya ada perkara harus ku lakukan dengan segera..semalam pegi amik modul..fuhh dalam 5 buku..yang tebal,nipis,sedang semua saiz ada..sempat la berborak dengan seorang guru perempuan india,,cikgu tue pon tengah amik modul..katanya berpinau mata jugak tengok buku tebal-tebal nie..dan aku pun bagi semangat kat cikgu tue..ilmu yang cikgu ada pasti dapat disalurkan untuk diri sendiri dan anak murid cikgu...bukan semua orang dapat melakukan perkara yang cikgu nak buat...hehehehe...tersenyum-senyum cikgut tue...kata cikgu tue..iskkk awak nie buat saya rasa terharu pulak..heheheh (^.^)...Aku paling tabik springgg pada mereka yang bergelar ayah,ibu,suami dan isteri yang mengambil jalan untuk sambung belajar. Aku yang masih bujang nie pon adakala rasa macam huru hara jugak bila tiba masa nak kena buat tugasan, baca buku dan dalam amsa yang sama seimbangkan kerja dan tanggungjawab sebagai seorang anak.Bukan perkara yang mudah untuk memikul tanggungjawab seperti mereka..menjadi isteri,ibu,anak, pekerja dan pelajar..turut aku banggakan pada mereka yang telah bersara tetapi masih ada minat untuk menyambung pelajaran walaupun dah ada kelayakan ijazah lain..contohnya pasangan suami isteri cina..kedua-duanya dah bersara tapi masih ada kemahuan untuk belajar,,bagi mereka tentu sukar untuk bersaing dengan pelajar-pelajar yang lain. Tetapi semua itu tidak dijadikan sebagai penghalang malah Mr tan dan Ms tan tak malu bertanya pada kami semua..adakala kami yang masih muda nie pulak rasa malu dan segan melihat semangat belajar yang ditunjukkan pasangan veteran nie..

p/s : YOU WANT SOMETHING.......GO GET IT...Setiap Kejayaan Pasti Ada Rintangannya...

21 April 2010

KE MANA HARUS KU BAWA DIRI UNTUK BERCUTI

Bawa diri..bunyi mcm merajuk..aku merajuk???hahahaha.....rasa nak relaxkan diri untuk seketika..jauh dari bandar...jauh dari tempat kerja..lupakan pasal kerja..lupakan pasal perkara-perkara yang aku lalui hari-hari...alhamdulillah peperiksaan akhir semester 2 telah aku lalui dan semester tiga tengah menanti tak lama lagik..terpaksa aku korbankan sabtu dan ahad..moga aku diberikan kekuatan mengharunginya..adakala rasa letih meghantui diri dan minda...

Ke mana harus aku bercuti????erm....aku hanya ingin mendengar deruan ombak..melihat matahari terbit dan terbenam..merasai air laut..melihat betapa cantiknya laut dan pantai ciptaan Allah ini...moga diri ini sekembali dari bercuti di refresh-refresh oleh angin laut..semangat semakin baru..semuanya baru..huhuhu

Bila nak bercuti??kalau boleh aku nak pergi esok jugak..huhuhu...jangan haraplah..amanah kerja kena dahulukan dulu...harap rancangan yang diatur ini Allah permudahkan..andai impian bercuti ini berlaku,moga peluang yang ada ini digunakan aku untuk bermuhasabah diri kembali...merehatkan minda

p/s: CUTI ADALAH UNTUK BERMUHASABAH DIRI DAN MENGATUR KEMBALI STRATEGI KEHIDUPAN KITA....

20 April 2010

LEPASKANLAH DIA PERGI..

kata mereka
lepaskanlah dia bebas pergi
akan datang kepadaku seorang pengganti
yang lebih baik dari yang telah pergi
lalu aku mencari dan menanti berganti hari
tetapi mengapakah aku masih meyendiri hingga kini?


kata mereka
jika kepadaku dia kembali
maka selamanya dia akan ku miliki
dan jika dia terus pergi
maka dia tidak layak kusayangi
lalu mengapakah tanpanya aku sunyi sepi?
Lalu mengapakah padanya tersangat kurindui
kata org, jika kita terlalu mengharap cinta, memang sukar sekali utk kita mendapatkannya. tapi jika kita benar2 cinta, mengharap cinta itu datang kembali kala ia hilang tiba-tiba maka lepaskanlah cinta itu, relakanlah ia pergi. moga2 cinta sicinta itu lebih bermakna daripada kita yg mengharap cinta. lepaskanlah ia jika kita benar2 sayangkan cinta.Jika kita benar-benar menyayangi seseorang itu, kita harus melepaskan dia pergi..lepaskan ia kepada kehidupan yang dipilih..dan doakan kebahagiannya..moga mengurangkan penderitaan jiwa kita,,dan perjalanan harus diteruskan biar keperitan terasa,,






p/s :suka dengar lagu kump dewa nie..HADAPI DENGAN SENYUMAN..
Hadapi dengan senyuman

Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Relakanlah saja ini

Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

13 April 2010

Rumah Banglo tukar jdik teres..




Istilah baru untuk agar-agar nie..hahaha ('',)..Agar2 cendol try and error..Percubaan pertama minggu lepas menghasilkan rumah banglo..maknanya dapat 3 tingkat..masa tue tiba-tiba jer datang angin memasak..angin kerajinan utk mereka cipta resipi baru..mudah jer..resipi dia cm nie...


AGAR-AGAR CENDOL TRY AND ERROR..
*Beli agar2 yg dah dijual kt suparmarket ke kedai ker...stu jer,,
*Gula merah...
*Susu cair satu tin..klu nak lemak santan pon blh..(tpi mashi suka susu cair)
*Cendol..klu mashi beli kt tesco ada dijual dalam 1 paket tue..
* Gula putih

*Air

CARA MEMASASAK:
Prosesnya kena masak by layer masuknya satu2..
1.....mula2 kita masak tingkat bawah dulu..guna gula merah..agar2 yg kita beli tue boleh dibahagi 3..nak masak gula merah cm masak agar2 biasa..masuk agar2 yg kita bahagi 3 tue..pastu masuk gula merah dan gula putih sesedap rasa sendiri..dah masak..angkat..letak dalam loyang..opsss jgn la lupak letak air masa nak masuk agar2 tue..kang lain cerita jadiknya
2......tingkat 2..cara masak sama cam cara 1..cuma yg nie letak susu cair,agar2 dan gula sesedap rsa..masukkan dalam loyang yg sama..PERINGATAN...jgn biar agar2 gula merah tdik keras sgt..biar dia nmpk lembik cm tak keras lagik..nnti baru blh bercantum antara satu sama lain..klu tak dia tak akan melekat,,HASILNYA AKAN JDIK RUMAH TERES...
3.......tingkat 3...cara memasak sama seperti di atas..cuma kali nie masukkan cendol,agar2 dan gula sesedap rasa..masukkan dalam loyang yang sama dan peringatannya sama seperti di atas..
dan hasilnya dapat rumah banglo..wawawawa siap bawak bagi kwn2 ofis rasa..masa tue kak nor,kak su n kak liza komen dah ok just tambah gula..bagi rasa2 buah skit jer lagik..okeh..yess berjaya..


dan percubaan kedua nie agak menyedihkan sbb agar2 nie jadik rumah teres...hurmmm..nie gara2 nak memasak 2 in 1..sambil masak sambil nak tengok tv..mashi masak malam isnin tue sbb hari ni selasa ada jamuan persaraan utk en.din dan jamuan perpisahan utk fendi,amir dan meg..




dan dgn rasa excitednya masak la seperti percubaan pertama..cuma tak konsisten la skit sbb dok ralit tgk citer NANNY 991..kt NTV7..dan hasilnya jdik la rumah teres sbb tingkat ketiga tertanggal gara2 gam uhu tertanggal..


eh bukanlah gara2 dia dah keras..sepatutnya msa dia tgh lembut dah letak tingkat 2..dengan rasa kecewanya mashi potong dan bawaklah ke ofis pagi nie..hurmm...wlpun rupanya kurang menawan..tpi hasilnya amat mengagumkan sbb mendapat pujian..hahahaha..nie yg best nieee...kak aisyah yg ada penyakit kencing manis siap bgi tau agar2 mashi nie membuatkan kak aisyah blh makan..siap makan baki dlm tupperware lagik..hehehe..suke...suke...suke...


dan harapannya percubaan ketiga utk majlis perpisahan di rumah en.mat..menghasilkan rumah BANGLO...yea..

p/s : Bila kita menghasilkan sesuatu..cuba dan terus mencuba lagik..hasilnya pasti membanggakan dan memberikan kepuasaan dalam diri..('',)selamat malam...




07 April 2010

GEGARAN DI WAKTU PAGI..

Pagi tadik 6.30 pagi..gempar..gempar..gempar..

Iskk tak patut..tak patut..tindakan ini seharusnya tidak ditiru dan dicontohi oleh orang lain..

Tindakan pantas harus diambil..bukannya dok buat mesyuarat tetingkap lagik..huhuhu..berita dengan ini dilaporkan kesan gegaran turut dialami oleh aku dan sekeluarga jam 6.30 pagi..lebih kurang 10 minit..masa tue aku dah bangun tapi rasa pening semacam..iskk takkan tiba2 jer migraine menyerang..tapi bergoncang seemacam..tiba2 ayah kata air dalam baldi berkocak..macam rasa gempa jer nie..ttiba..tiba…ting tong..ting tong..jiran depan datang bagi tahu ada kesan gegaran la..aku pon siap Tanya kat pakcik jom kita turun..tapi yang pelik tingkat lain tiada la pulak kesan-kesan kebisingan..mungkin semua masih diulit mimpi lagi kot..sedang mesyuarat tetingkap dengan jiran…security pun datang bertanya..nak turun ker..(dalam hati aku, nak gelak kuat2 pun ada..hai masa tengah kecemasan nie boleh lagi nak berbincang macam nie)..sekiranya ditakdirkan ALLAH berlaku sesuatu..minta dijauhkan la segala kejadian-kejadian yang tidak baik berlaku..tapi ALLAH tue maha berkuasa dan lebih mengetahui segala-galanya..

akhirnya dalam kami berbincang tue kesan gegaran dah tak rasa..dan semua pun mengambil jalan pulang ke pangkuan pintu masing2…seharusnya kami kena turun untuk mempastikan keadaan selamat bukannya balik ke pintu masing-masing..hopefully kejadian pertama ini dijadikan pengajaran pada diri aku untuk buat keputusan dengan lebih tepat lagik..sesetengah perkara kita jangan pandang terlalu mudah dan ringan terutama apabila melibatkan nyawa..

BERITA BERNAMA MELAPORKAN :
Gempa Bumi Kuat 7.2 Skala Richter Berlaku Di Sinabang, AcehBy: Ramjit-->
JAKARTA, 7 April (Bernama) -- Gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter berlaku Sinabang, Aceh pada Rabu 5.15 pagi namun belum ada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan harta benda.Gempa yang berlaku di kedudukan 75 kilometer ke Tenggara Sinabang itu berkedalaman 34 kilometer di bawah permukaan laut.Pihak berkuasa telah pun mengeluarkan amaran tsunami, bagaimanapun ditarik balik kira-kira 7.30 pagi dan keadaan di Aceh dilaporkan kembali seperti biasa.Jurucakap Badan Meteorologi dan Geofizika Indonesia yang dihubungi berkata kesan gempa tersebut sehingga boleh dirasai di Meulaboh.Gegaran gempa turut menyebabkan bekalan elektrik dan telekomunikasi terputus seketika di Medan manakala penduduk Aceh turut keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.Empat gempa susulan dengan ukuran antara 5.1 dan 5.2 pada skala Richter turut berlaku.Sejumlah 165 pelajar Malaysia di Aceh dilaporkan selamat..Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata gegaran turut dirasai di kebanyakan negeri di pantai barat Semenanjung.Gempa dilaporkan berukuran 7.5 pada skala Richter dan berpusat di latitud 2.2 utara dan longitud 97.1 timur kira-kira 115 kilometer dari barat laut Nias, Sumatera dan 448 kilometer dari barat daya Pangkor, Perak.Jabatan itu turut menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan bagi kawasan pantai Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, memandangkan hanya tsunami kecil yang berlaku di Sumatera.-- BERNAMA