31 July 2011

1 ramadhan,,,

bangun sahur pagi tadi dengan semangat yang membara tpi itulah kui..kui...(shhhh rahsia...hihihihih)

pergi opis pon dengan semangat yang membara..awal gila sampai opis 7.20 pagi (sejak dah masuk WP2 time awal tue dah jadi lambat)walaupun dah faham sangat hakikat pintu opos akan buka pukul berapa...so buku psy kognitif dibuka lah sementara menanti pintu dibuka..ssmpt lagi borak dengan jiran sebelah(jbtn perangkaan) tpi mintak maaflah abg sya tk baper nak layan sebab dok rajin baca buku...hihihihihih..cian abg itu,,

dan masuk opis jer...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah ramainya bercuti...lengang dek lengang kangkung pejabat..sbb tue curi masa 5 minit taip kisah saya di 1 ramadhan ini..hihihih..walaupun keje banyak..grrrrrrr saya btul2 tak tahan melihat semua fail-fail ini...rasa mcm dilanda mimpi ngeri...ohhhhhhhhhhh bilakah akan berakhir mimpi ngeri ini????dah semestinya lepas saya berjaya siapkan semua..grrrrrrr,,,so bersabar dan bertabahlah hati saya utk 1 ramadhan ini..


30 July 2011

serunding daging...ike.....aye...

Esok dah bermulanya umat Islam berpuasa..

Selamat berpuasa kepada semua..moga ibadah kita di bulan Ramadhan nanti lebih baik dari sebelumnya..bila masuk bab posa semua akan sibuk nak cite bab raya..tapi saya tk nak cite bab baju raya ke..kuih raya ke..saya nak cite bab serunding daging,ike dan aye..hihihihi..sebut bab berniaga dah lama saya tinggalkan jawatan itu..hua..hua..berniaga mmg seronok..bab untung rugi letak tepi tapi rasa puas sangat mungkin minat berniaga tue turun dari ayah kot..sbb ayah dulu berniaga jugak..

nak mengimbas memori berniaga...waaaaaa sukenya,,
ingat lagi dulu masa sekolah2 tolong ayah jual suratkahbar n jajan sampai masuk form 1 jelah..lepas tue form 3 dok sibuk meniaga nasi lemak..hihihi..tolong jual kt makcik jiran..bwk nasi lemak ikut kwn2 order..dapat la side income makcik tue bagi..lepas tue masa nk tunggu spm keja part time jual bunga kristal..hohoho..ingat tk da penggemar bunga kristal tpi ada tau...masuk keje swasta plak packing kecik2 kat umah asam ko,kacang2 jual kt opsi..time tue jual sorok2 takut manager dapat kesan..hihihih..kelakar btul..saja suka2..
ermm bila dah masuk keje skang nie smua dah tinggalkan..mood nak berniaga masih ada lagi..ingat dulu nk jual kain tudung n kain pasang,,.tpi yg tue nak kena ada modal dulu..so pendam seketika
tup..tup balik umah umi (ibu mertua saya)kt kelate..umi kirim rendang daging n pesan klu nak orde bgi tahu umi..time tue tk terpikir pon bab nak meniaga nie..
serunding daging kelate..sedap bangat!!!
bila bawa balik penang..mulut nie ringan je tnya kat staf opis..dan tak sangka plak sambutan menggalakkan,..yelah serunding nie mahal sikit..so saya tak sangka saya boleh menjual serunding daging, ike dan aye utk umi saya..hihiihihi..nampak gaya minat meniaga membuak kembali..lepas saya kena fikir utk mengaktifkan minat meniaga..bolehlahh menampung duit nak blajo...hihihiih



31 julai..sudah setahun berlalu ceritera kisah KAMI

31 JULAI.....
masa godek2 hp tgk pic incik suami..tanda kerinduan trus nampak pic tunang..wooo tk sangkanya dah setahun berlalu..maksudnya dah setahun kami kenal..tanda ikatan 31 julai 2010 kini dah masuk setahun..bila bagi tahu incik suami..dia pon tk sangka rupa2nya dah setahun..
masa tue cepat sangat berlalu kan..
kini kami penuh harapan menanti kehadiran orang baru dalam hidup kami..
saya sangat sukakan baby dan mengimpikannya..
sentiasa berdoa dan berusaha..
agar Allah berikan peluang ini...
31 julai 2010..ikatan tanda janji kami...

25 July 2011

ALLAH Selamatkan Kamu Mashi!!!!!Selamat Hari Lahir ke-26 tahun~~~~~~~

24 Julai 1985...detik tengahari...
LAHIRLAH BAYI PEREMPUAN COMEL BERNAMA

MASHITHOH ISMAIL..
saya lah tue..

dan hari nie dah 25 julai 2011..maka semalam bertambahlah usia saya 26 tahun..
syukur alhamdulillah,,
diberikan nikmat dan nafas untuk berada di dunia ini pada usia 26 tahun..
so sambutan tahun nie disambut bersama rakyat Malaysia yang menghadiri Hari Keluarga PDK Peringkat Negeri Pulau Pinang..mengulang semula sejarah 24 julai 2010 menyambut di Tesco Seberang Jaya sempena Hari Bersama Pelanggan peringkat kementerian...so tahun depan event apa pulak yeeee,,,sepanjang tiga tahun berkhidmat disni..saya dah diberikan sambutan hari jadi oleh kawan2...paling tk lupakan adalah



kek hadiah dari bos saya cik solleha nur..ingat lagi datang je opis pagi  24 JULAI 2009 trus ada kek atas meja..dan kenangan kek ni kmi mkn kt rumah sama2 masa nk otw ke program di yan dgn pokcikyard,cik sol n bro zul...sweet memories...LIKE ME..


ini adalah saya (time pakai braces) 24 Julai 2010 menerima kejutan dri cik hida,pn lau,iling dan kak yus..smua dalam gambar itu adalah pemberian mereka..time tue bertugas sempena Hari Bersama Pelanggan kt tesco seb.jaya..

dan tahun ini...hihihihih
saya kena bertugas jugak..tpi tak da picnya..
tak da hadiahnya
tak da keknya...
mcm sedey je kan...hahaha..
hari ini ida dewi dah open table utk saya...utk besday girl..tk smpt nk amik pic
sya tak harapkan semua itu..
sya bersyukur sangat2 dgn ucapan dari incik suami dan kwn2 yg tak lupa doakan kesejahteraan saya,,
terima kaseh semua...





22 July 2011

Agar2 Laici Buah Tropika

semalam kak zila staf kt opis bagi tahu nak buat kenduri..so ting..ting..ada request utk pemanis mulut..puan mashi!!!ohhhh..ermm puding karamel dah selalu sangat so terpikir agar2 laici..yg pelik resipi tak tahu boleh pulak terfikir idea tue..so apa lagi..teeeeettttt...guna internet mencari resipi..dan alhamdulillah walaupun pertama kali percubaan..komen yang diterima...walaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...SEDAP..so resipinya ada di bawah nie..menu baru..boleh buat utk juadah berbuka puasa tak lama lagi...

BAHAN-BAHANNYA...
1 Paket agar-agar
1 tin susu cair
1 tin buah laici (diblend dgn air sampai hancur)
secubit garam
1 tin buah koktail(guna buah je)
gula
air
esen vanila


CARA MEMBUATNYA
1.Masak agar-agar dengan air..(air nie main agak2 je..jangan banyak sangat sebab nanti dah nak letak susu cair dan laici yang dah di blend)
2.Bila dah larut...Masukkan gula secukup rasa..me ni tak berapa minat manis so masuk dalam 5 sudu besar gula..ikut citarasa masing2 sebab nanti dah nak letak susu cair
3.Apabila semua dah sebati..angkat dan tapiskan
4.Masukkan ke dalam periuk dan masak semula
5.Masukkan susu cair, laici yang dah diblender,secubitgaram,esen vanila (sikit je)..Kacau rata
6.Buah koktail just hancurkan atau lenyet smpi kecil2..lepas tue letakkan dalam bekas...agar2 yang dimasak boleh tuang terus je dalam bekas
7.Biar hingga keras dan siap sedia dihidangkan..taraaaaaa..agar2 yang puan mashi buat

Agar-agar Laici Buah Koktail..dah tinggal kenangan

nyummm,,,nyummmmmm


=(..NO WORDS.....

Hidup kita tak selalu indah dan ceria..ada masa dan ketika datang juga perasan menekan dan kekecewaan…Ya Allah, hari ini me rasa begitu….bila rasa permasalahan ini tidak dapat dikongsikan….Jika hari ini kita diduga dengan pelbagai cabaran dan kepayahan hidup, kita mesti teruskan kehidupan.


Walau sebesar mana sekalipun dugaan dan cabaran yang kita tempuhi, kita mesti pastikan bahawa motivasi diri kita kekal dan berada dalam keadaan yang terbaik…kadang2 motivasi kita akan turun dan naik juga…TETAPI..

Ini kerana motivasi yang sebenar adalah datang dari dalam diri sendiri… bukannya orang lain…

Pakar Motivasi, Seminar Motivasi Dan Buku Motivasi hanyalah pendorong sementara …

Yang kekal dan yang akan bertindak adalah DIRI SENDIRI

Oleh itu HIDUP MESTI KUAT!

LIVE STRONG!

Menguatkan jiwa dengan bantuan Ya Aziz, Ya Qawiyyu, Ya Matin dan Ya Ba’ith

Ya Allah Ya Aziz yang Maha Perkasa Ya Qawiyyu yang Maha Kuat dan Ya Matin yang Maha Teguh dan Sempurna. KekuatanMu, tiada yang lebih perkasa dan kuat melainkan Engkau Ya Allah. Diriku ini hanyalah hamba kepadaMu Ya Khalik dan kerana itulah diri ini sentiasa merasa lemah dan tidak berdaya. Hambamu ini memohon kepadaMu Ya Aziz,Ya Qawiyyu dan Ya Mantin kekautan jiwa untukku hadapi segala rintangan dan ujian hidup ini kerana dengan kekuatanMu daku dapat mengatasi segala masalah dan kesulitan di dalam hidup.Ya Allah Ya Ba’ith yang Maha Membakar Semangat, bakarlah semangatku untuk terus berusaha bagi menghadapi rintangan dan ujian.




21 July 2011

selesai sudah jamuan teh~~

Hari kejadian : Rabu
Masa kejadian: 9 pagi hingga 7.30 malam +++++

tahun ni adalah tahun ke-4 me terlibat dengan jawatankuasa jamuan teh TYT..fisrt year pegang mandat bahagian makanan diikuti tahun 2 sampailah tahun ke-4 mandat persembahan..tahun nie pengalaman paling genting dan buat me rasa meroyan seketika..tpi bagus jugak pengalaman nie lah mengajar kita banyak perkara baru..pukul 8.30 pagi dah mula bertolak ke pulau sama2 dgn kak su n kak liza..ikutkan pukul 3.30 petang baru bermula tpi yg part kami persembahan dah ada rehearsal pagi tue..so apa lagi..go...go...go

tahun nie banyak kelainan utk majlis teh tyt nie..antaranya
- dewan terbuka di tapak pesta sg nibong..dulu buat kt dewan bosch,kompleks masyarakat penyayang..ohhh nyaman sbb dapat aircond elektrik..kali nie bersandarkan pda kipas dan udara2 original je
-mkn kali nie pun lain skit..ada jamu buah rambutan je..lain2 menu still kekal sama mcm thun sblmnya
- persembahan kali nie pon banyak..ada 19 persembahan

dan paling menarik adalah pengalaman untuk diri sendiri
-dalam meeting lain diamanahkan tuk me..diberi mandat jdi usherer persembahan je (dalam hati..ohh dah biasa tue sbb thun ke 2 smpi ke 3 mmg jdi usherer pon..tunjuk pintu nak naik..tunjuk pintu nak turun..standby budak2 je..hihihihih)
-dan pada hari kejadian!!!!siapa nk sangka me akan jdi event manager di belakang pentas mengarahkan ajk2 persembahan yg lain tuk mengatur kedudukan mrk dan menysusn persembahan disamping memberi arahan pada pa system utk mengikut atur aturcara yg dipersetujui..ohhhhhhhh..time rehearsal lagilah..mcm2 benda tak kena..ditambah dgn keadaan yg panazzzz dan arahan yg serba tidak kena..tk pasal me kena bamboo seketika disebbkan kesilapan teknikal masa rehearsal ketibaan tyt spatutnya lagu negaraku dimainkan tpi lagu lain yg kuar sblm lagu negaraku..hurmmmm...sedia bukakan telinga je lah..



masa rehearsal..ke hulu ke hilir..pic kandid dari abg pol http//aku-babah.blogspot.com

tiba hari kejadian yang dinanti..... jam 3.30 petang persembahan bermula ..berjalan seperti diatur..jam 4.45 minit petang menerima signal dari bahagian protokol yg tyt dah bertolak dari rumah..ohhhh masa yang dinanti..jam 5.10 petang dimaklumkan tyt dah tiba..disambut dgn silat pembukaan dan tiupan nafiri..ohhh part me utk melihat tyt berjalan dan akan berdiri di kerusi hadapannya..dan tap nyanyian lagu negaraku hrus dimainkan..arahan harus diberikan pda pa system mengikut masa yg tepat..dan tiba2.........pooooooooooooooooooooooooooooooooooooooomm..
MELETUPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP,,,pa system meletuppppppp...
muka me yg sedang meroyan,.abag baju biru tue tgh betulkan keadaan slps bunyi letupan
tetamu yang hadir
bayangkan hanya beberapa minit tyt akan berjalan ke kerusinya..time tue hnya mampu berdoa dgn harapan masih ada sound yg akan berbunyi...pa system pon dah kelam kabut cari wayar tue wayar nie..me hnya mampu melihat jer..apa yg nak ditolong...selain dgn ucapan..bang ok ke tak nie???blh ke tak nie????...
persembahan dari kanak-kanak


potong pulut kuning

relax dik kta abg din...nak relax pe kebenda kalau dah meletup dpn mata..dalam beberapa saat je ada back up sound sistem lain dan bila je me nampak tyt dah berdiri kt kerusi trus bagi hint main lagu negaraku n negeri kita..fuhhhhhh legaaaaaaaaaa...baru lepas satu bab..blum bab awal persembahan start..yg pasti me bersyukur sangat2 dgn bantuan wan,nizam,pol,kak su,ida,kak mahani,kak liza,en.khai mampu mengawal keadaan dan majlis barjalan seperti mana dirancang..syukur sangat2...


aksi wajib..gaya santai tetap ada..

habis majlis pon dah pukul 6 lebih..dan bab makanan me tk nak komen2 apa..yg pasti hnya dpt makan nasi lemak pagi tu je dan last dapat ambil 3 biji rambutan(tulis tk nak komen tpi tulis jer..opsssssss)..selesai je sesi bergambar..trus blah dgn kak su n kak liza..smpt laaa kami singgah isi perut kt kedai tepi jalan..sampai umah dah kul 8 malam..huhuhu sakit kaki berdiri satu hari...ohhhh incik suami tk de..so kena letak minyak panas dan urut sendiri je lah..no manja2..rindunya kat incik suami...
walaupun penat still ada mood utk bergambar lepas majlis..aksi skema..huhuhuh
.

p/s: asam garam kehidupan..bila terbaik dipuji...bila tak terbaik dah tahu kan jawapannya...yg pasti kita berusaha..yg menetukan jaya atau gagalnya adalah Dia Yang Satu biarpun kita dh buat sehabis terbaik...

18 July 2011

muhasabah cinta



suka sangat dengar lagu..rasa tersentuh sangat perasaan bila mendengar lagu..lagu nie mampu menenagkan jiwa..me ada seorang klien yg dah berputus harapan setelah disahkan menghidapi kanser..alhamdulillah setelah 4 tahun mengharunginya..kekuatan itu tk pernah pudar walaupun pada peringkat permulaan hanya air mata peneman setia..sama2 lah kita rerungkan lirik di dalam MUHASABAH CINTA..

Muhasabah Cinta

Album :

Munsyid : EdCoustic

http://liriknasyid.com



Wahai... Pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini

Berat ujian dariMu

Kupasrahkan semua padaMu



Tuhan... Baru ku sadar

Indah nikmat sehat itu

Tak pandai aku bersyukur

Kini kuharapkan cintaMu



Reff. :

Kata-kata cinta terucap indah

Mengalun berzikir di kidung doaku

Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku

Teringat semua yang Kau beri untukku

Ampuni khilaf dan salah selama ini

Ya ilahi....

Muhasabah cintaku...



Tuhan... Kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa

Jika ku harus mati

Pertemukan aku denganMu


P/S:sesungguhnya betapa bertuahnya kita diberikan nikmat kesihatan yang baik oleh Allah..me doakan kami sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik..amin

15 July 2011

minggu rasa seperti kartun..

Minggu rasa seperti kartun ke hulu ke hilir..meja yg tak terurus..huhuh..fikiran yg stuck..dush..dush....kartun pe mcm tue..tpi masih normal lagik..hahah..spongebob kot..

Bulan nie rasa seperti tidak boleh menarik nafas lega..program jabatan menanti dua lagi..kes yang memerlukan tindakan segera..merindui suasana di Sabah..jauh dari deringan sms, telefon dan gangguan..hahaha..refleks diri semula..Cintailah pekerjaanmu, kerana pekerjaan adalah saranan pemuliaan kehidupanmu " tiba-tiba jer teringat kata-kata ni dari seorang cikgu semasa program di sekolahnya…

Bekerja dengan tulus untuk keluarga akan memotivasi kita semua dalam menjalani kehidupan seperti biasa. badan letih dan lesu akan bangkit kembali bila kita mengingat untuk siapa kita bekerja.(siapa tk letih bekerja kan….) Dengan ketulusan hati untuk kesejahteraan keluara me yakin segala sesuatu yang menghadang akan hilang dengan ketabahan kita. Satu lagi ungkapan hati yang ingin me kongsikan
" Jika engkau mencintai keluargamu, engkau akan bekerja dengan tulus "
sebuah ungkapan kata mutiara yang me ambil dari buku motivasi masa sibuk mencari bahan untuk ceramah..

Suka sharing ayat ini dengan staf kt opis

Bila Anda tidak mencintai pekerjaan anda, maka cintailah orang-orang yang bekerja di sana. Rasakan kegembiraan dari kerjasama itu. Dan pekerjaan kita akan menjadi menggembirakan.

Bila Anda tidak mencintai rakan-rakan kerja anda, maka cintailah suasana perkerjaan itu. Ini mendorong kita untuk melakukan tugas-tugas kerjaya kita dengan lebih baik lagi.

Bila kita masih tidak boleh melakukannya lagi, cintailah setiap pengalaman kita pulang dan pergi dari dan ke tempat kerja. Jika perjalanan kita menyenangkan pastilah menjadikan tujuan dan matlamat kita menyenangkan pula..
apa yg penting tanamkan niat dalam bekerja..kadang2 rasa kepentan itu pasti diluahkan tak kiralah pada sesiapa baik kawan, ibu bapa, suami, isteri dan lain2..yg pasti jika niat itu ikhlas insya allah pasti ada ganjarannya.

teringat en.poji yg dah lama kerja dalam membantu masyarakat berkongsi cerita betapa kalau kita ikhlas dalam membantu org lain..bila kita sendiri susah insya allah Allah pasti akan hntrkan sesuatu utk membantu kita..en.poji asalnya org kelate..dalam taun lepas dia kerap ulang alik ke grik balik melawat ibu mertuanya yg sakit tenat..nk dipendekkan cerita ketanya rosak kt grik dlm perjalanan balik dri kelate ke penang..thu jelah jalan grik mcm mana..sapa yg berani nk berhenti tolong kt situ..kena fikir 2 3 kali dulu sblm nk tolong org lain..yerlah pelakon2 penyamaran ramai kt Malaysia nie..time keta dia rosak plak nak dekat malam..lagilah gerun…ditakdirkan seorang hamba Allah nie memandu kereta perdana hitam berhenti nk tolong..dlm masa yg sama en.poji dah minta bantuan mekanik utk datang..tawaran hamba Allah nie bukan nk hntr balik tapi bagi guna keta dia utk en.poji balik..aha???kalau kita mcm mana???sanggup ke…mesti time tue kita dah fikir mcm2..tiba2 je nk bgi keta suh pakai balik umah..pendekkan cite en.poji gunakan keta dia..masa en.poji tnya percaya ke nak bagi saya bawak balik keta ni???hamba Allah Cuma bagi tahu saya yakin utk membantu encik..wahhh betapa hebatnya Allah nak menggerakkan hati manusia kan..lepas dua hari en.poji hntr semula keta hamba Allah ke rumahnya dan soalan yg dintanya..kenapa hantar awal sgt???guna dulu sampai kereta siap???wahhhhhhh..ada lagi rupanya insane mulia kt penang nie..hihihih..actually hamba Allah tue orang kodiang…dan disebalik hikmah kjadian tue..mereka sekrang dah membina silaturahim antara satu sma lain..sling mengenali keluarga masing2..rasa tersentuh sesangat bila dengar cite en.poji itu..sbb tue Allah dah mengatakan kerja itu sebagai sebagai satu ibadah..tpi tepuk dada tnya balik selera..sejauh mana keikhlasan kita berkerja????


memori semasa bertugas..moga Allah terus berikan kekuatan..amin

p/s :Pekerjaan itu indah kawan :)