09 October 2011

tips pada mereka yang akan berpindah,dah berpindah dan apa sahaja berkaitan dengan perpindahan

suka saya nak kongsi perkongsian dari pokcik yard(bapa saudara suami saya dan bekas pasukan sekerja saya)..hihihih..betapa terharunya saya membaca perkongsian yang ditulis oleh beliau dalam email untuk kami semua..saya copy 100% tanpa tokok tambah..baik untuk diri saya sendiri dan orang lain =)..

1. Kena tanam dalam diri bahawa kehidupan ini adalah terus ke depan, ianya tidak akan kembali ke belakang.
2. Jangan terlalu berfikir kesan-akibat, setiap perkara harus dicuba terlebih dahulu... dan percayalah bahawa.. tidak semestinya kita dpt apa yg kita inginkan,tidak semua yg kita inginkan adalah terbaik untuk kita, cuma beruntunglah kita sekiranya dapat apa yng kita inginkan, dpt melaksanakan amanahnya dan menghasilkan penghasilan yang positif, kita merancang, Allah juga merancang dan yakinlah bahawa perancangan Allah dan takdir yg dianugerahkan adalah terbaik untuk kita.
3. Bina penerimaan diri dan sesuaikan dengan sesuasana yg baru...
4. Setiap pengalaman yg dilalui dan setiap makluman daripada org lain smd melalui perhubungan x formal, ceramah & sebagainya proseslah penerimaan secara positif dan simpanlah bawah minda sedar... insyaallah ianya akan dicanai dan diekspresikan melalui minda separa sedar dan sedar... peganglah kata2 kita akan dapat, seperti mana yg kita fikirkan, persepsikan dll. Amalan ini akan memudahkan kita untuk diterima dan menerima suasana baru, kawan2 baru, rakan2 baru dan segala yg baru.... kan benda baru tu sesuatu yg seronok diperolehi....
5. Walau apa-apa sekalipun kita mesti membuat perancangan dan persediaan.... contohnya banyak tempat yg saya tinggal.. passion saya ialah nak duduk rumah sendiri... saya tetap beli rumah walaupun saya tahu saya mungkin akan pindah lagi... jadi pilih rumah yg sesuai dgn kemampuan dan pastinya beri keutamaan kepada nilai pasaran akan datang.. maknanya pastikan pilih lokasi yg diyakini boleh dijual balik dgn harga yg memuaskan, kira nak duduk dan melabur la, kerana pelaburan yg paling menguntungkan pada masa kini adalah pelaburan hartanah....
6. Kita bertuah berada dlm dunia kita sekarang (ppsi)... gunakan prinsip kaunseling dalam membina perhubungan... i. Hanya 2 perkara dlm hidup ini yg perlu distandardise & tetap.. iaitu hukum agama & undang2... malahan hukum agama dan undang-undang juga ada ruang ijtihad dan budibicara... bukanlah terlalu rigid... ii. Raikan keunikan dan keistimewaan manusia... terima seadanya diri sendiri dan terima seadanya org lain, jgn sekali-kali menjadikan org lain seperti kita... raikan setiap org mematuhi hukum dan undang-undang mengikut keunikan dan keistimewaan mereka. Tips untuk mudah menyesuaikan diri....
7. dan yg terakhir, setiap kali kita berpindah, rakan2 di tempat lama akan mengucapkan selamat kepada kita dan rakan-rakan tempat baru juga akan mengucapkan selamat datang kepada kita....Itukan doa... berkaaat untuk kita....

p/s:renung2kan yeee...

06 October 2011

dimensi sebuah kehidupan kerjaya vs pelajaran~~

Ya Rahman Ya Rahim..
saya bersyukur sangat2 pada ketika dan detik ini debaran di dada dan kekusutan di fikiran sedikit ringan walaupun masih ada lagi yang terbeban..saya tak sangka lepas tgk result exam semester lepas saya lulus dlm subjek english in workplace..subjek tue saya paling risau bila check di website markah assignment saya tidak memuaskan..siang dan malam saya berdoa agar saya lulus..dan saya tak sangka subjek yg saya tak target untuk mendapat A saya berjaya dapat A- dalam subjek perception dan emotion..betapa keputusan ini terus memberikan dorongan untuk saya berusaha dengan lebih gigih lagi..buat masa ini saya masih menantikan keputusan gpa..saya telah menanamkan tekad dalam diri sekiranya saya ingin sambung sampai ke master saya harus untuk pertingkatkan lagi gred yg sedia ada..

saya percaya pengorbanan belajar dan bekerja menuntut komitmen yang sangat tinggi dalam diri kita untuk menguruskan masa..untuk semester ini saya terpaksa mengorbankan masa berhujung minggu untuk fokus pada kelas, tugasan dan program jabatan..bila saya melihat jadual saya yang diconteng warna warni pada sabtu dan ahad saya terfikir betapa suami saya juga terpaksa berkorban..syukur alhamdulillah incik suami sangat memahami apa yang saya lalui ketika ini..betap incik suami memberikan sokongan yang padu pada saya..untuk bulan kami terpaksa berjauhan untuk tempoh 2 minggu dalam perkiraan sendiri 19 hari tidak dapat menatap wajahnya apabila masing-masing harus berikan komitmen pada kerjaya..betapa saya rindukannya pada setiap saat,detik dan ketika..tapi saya yakin dan percaya sabar itu adalah ubat segala-galanya..betapa saya menganggap jarak berjauhan ini akan lebih membuatkan kami saling membentuk sikap faham memahami..

kadang-kadang saya rasa jeles bila orang lain post di fb..bosannnya di hujung minggu!!!!!!sedangkan saya saya menginginkan suasana di hujung minggu dapat berehat dan tidur...hihihihihi..tapi saya yakin jalan yang dipilih ini adalah saya harus bersusah-susah dahulu,bersenang-senang di kemudian hari..betapa saya harus bersyukur diberikan peluang menempuhi dimensi sebuah kehidupan bergelar seorang anak,pelajar,pekerja dan hamba Allah..moga Allah terus berikan kekuatan saya menempuhi dimensi..

pic ketika diploma..saya mengharapkan sekeping lagi pic bila saya dapat mengenggam seegulung ijazah bersama emak,ayah,umi dan my lovely tersayang incik suami and anak2 lah..kalau diberikan rezeki..
doakan untuk saya yer.....amin