25 January 2012

peringatan!!!~~keikhlasan bekerja

saya sedang mencari bahan-bahan untuk kertas kerja..

tiba-tiba saya tertarik membaca kisah yang ditulis di dalam forum tersebut..

renungan sejenak untuk diri saya~~sama-samalah kita berkongsi dan menghayatinya..kita digalakkan untuk muhasabah diri..sama2 lah kita muhasabah diri kita semula..

KEIKHLASAN BEKERJA

Dalam kehidupan, sering berlaku perkara yang tidak kita sangka. Malahan,perancangan dan jangkaan kita kadangkala tersasar dari realiti atau takdir yang dipersembahkan kepada kita. Hakikatnya, seandainya kita menghulurkan bantuan atau melakukan kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukannya orang yang menerima bantuan atau kebaikan itu sendiri.


Ingin dikongsikan di sini satu pengalaman seorang fasilitator latihan & motivasi semasa mengendalikan satu program di sebuah organisasi korporat. Apabila ditanya tentang harapan atau expectation pada pihak pengurusan atau organisasi tempat bekerja, salah seorang staf yang mengikuti sesi tersebut menyatakan; “Saya tidak mempunyai apaapa harapan terhadap organisasi ini.”
“Mengapa?” balas fasilitator tersebut.
“Dari pemerhatian saya, organisasi ini penuh dengan kaki bodek dan kaki ampu. Sedangkan orang yang bekerja secara ikhlas diketepikan, tidak dihargai dan tidak menerima ganjaran yang wajar. Saya bukan orang yang bermuka-muka. Saya tak pandai nak ampu-ampu bos atau orang atasan. Fokus saya kepada kerja sahaja.”


Peserta berkenaan merupakan antara staf paling senior di organisasi tersebut. Pengalamannya di organisasi tersebut mencakupi puluhan tahun. Malahan, itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan memandangkan beberapa bulan lagi beliau akan bersara.


Semasa waktu rehat, sambil minum-minum, fasilitator tersebut bertanya kepada nya, “Anak-anak masih bersekolah atau sudah bekerja?”
Tidak disangka soalan tersebut membawa keceriaan pada wajahnya. Staf tersebut menceritakan bahawa semua anak-anaknya sudah bekerja. Anakanaknya kini bertugas sebagai doktor, jurutera, dan pensyarah. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz. “Alhamdulillah semua anak-anak saya ‘menjadi’.


Lantas fasilitator tersebut terpanggil untuk bertanya lagi, “Jika diberi pilihan,antara anak-anak yang ‘menjadi’ dan berjaya dalam karier mereka, atau anda dapat naik pangkat dengan gaji lebih, mana satu yang dipilih?”


Dengan pantas beliau menjawab, “Tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi, biarpun saya tidak naik gaji atau berpangkat besar. Anak-anak adalah harta yang paling berharga!”
Jawapan itu membuatkan fasilitator tersebut tersenyum sambil berkata, “Sebenarnya keikhlasan dan kegigihan awak bekerja dalam organisasi ini telahpun mendapat ganjaran, tapi bukannya melalui kenaikan gaji atau pangkat, tapi melalui ganjaran yang lebih bermakna.

Keikhlasan bekerja itu telah dibalas melalui kejayaan dan pencapaian anak-anak.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu,” kata beliau.
“Ada kalanya takdir dan kejadian yang Tuhan persembahkan terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh minda kita. Jadi kita perlu yakini, what you give, you’ll get back.


Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.” ujar fasilitator tersebut.


Terus staf tersebut bertanya pula “Maksudnya balasan atau ganjaran itu tidak semestinya datang terus daripada orang atau pihak yang kita berikan kebaikan itu?”tanya staf tersebut.
“Benar” jawab fasilitator tersebut.
“Maknanya kebaikan itu saya lakukan di tempat kerja, tapi pembalasan Allah bukan melalui ganjaran pada pekerjaan saya, sebaliknya diberikan dalam rezeki kejayaan anak-anak & keluarga, begitukah maksudnya?”


“Ya, sesungguhnya ketentuan Ilahi kadangkala terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Ini dipanggil golden rule. Dalam contoh lain, metafora atau analoginya begini, katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong.


Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi signal untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita. Kemudian kita teruskan perjanan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tibatiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang beri signal nak masuk ke lorong sebelah.


Soalnya, logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita? Kereta yang kita bantu tadi tu pun dah jauh ke lain.”
“Tapi susah nak harapkan kereta lain beri laluan” kata staf tersebut.
“Benar, tapi tiba-tiba mungkin rezeki kita ada kereta yang beri peluang masuk ke lorong dia. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi tergerak hati pemandunya untuk memberi laluan pada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita, tapi Allah gerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasai kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita yang terdahulu.


Itu mungkin situasi di litar di jalan raya, tapi begitu jugalah keadaanya di litar kehidupan. Kita buat baik kepada A, tetapi kerapkali bukan A yang membalas kebaikan kita, tapi B atau C atau D atau pihak lain yang membalasnya.”


“Jadi kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya staf itu lagi
“Sesungguhnya, keikhlasan sebenar tidak mohon balasan. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya.” tambah fasilitator itu.
Staf tersebut merenung jauh, kemudian berkata “Selalunya saya dengar, keikhlasan kita balasannya di akhirat.”


Fasilitator tersebut lantas berkata, “Itu balasan yang lebih besar dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia. Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh, isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting, hati yang tenang dan sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih tinggi dari pangkat, gaji dan jawatan.”
“Tapi kenapa orang ikhlas sering diketepikan dan ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa kaki ampu dan kaki bodek lebih beruntung dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat dan gaji besar!” kata staf tersebut.


Respon tersebut membuat fasilitator itu tersenyum, “Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja, pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan kesulitan dari segi lain. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. You get what you give you get.


Malah golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita memberi kesusahan atau melakukan kejahatan kepada orang lain, kejahatan jugalah yang akan kembali kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura dan seumpamanya” terang fasilitator tersebut.


“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki tempoh perkhidmatan yang tak berapa lama lagi ni?” tanya staf itu. “Bekerjalah dengan gigih. Walaupun bos nampak, tetapi Allah Maha Melihat.


Bekerja itu satu ibadah. Andaikan umpama God is the CEO. Insya’allah, satu hari nanti manusia akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan semata-mata kerana tidak dapat penghargaan. Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya, kerana umumnya umumnya manusia tidak pandai berterima kasih.


Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Namun janganlah kita berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih” kata fasilitator tersebut di akhir perbualan.


Kesimpulannya, karma itu hakikat kehidupan. Kebaikan dan budi yang kita taburkan akan menyumbang kepada kehidupan yang lebih indah dan bermakna, dan membentuk masyarakat yang lebih mulia akhlaknya.

bakat umi (>@)

assalamualaikum..

dah habis cuti tahun baru cina...saya dan incik suami balik ke mache sebab sepupu suami kakak afiqah bertunang dgn org nogori...insya allah akan menyusul jun nie majlis akad nikahnya..tahniah utk mereka berdua..afiqah n siddiq(berbaju melayu krim)..sangat comel mereka berdua..tema hijau,,family cheyah dan angah..


macam biasa orang kuat majlis adalah ibu mertua saya...puan siti maznah binti musa..bak kata umi..time kita bekwoh kita pon letih..time org lain bekwoh..umi pon letih jugak..hihihih..=)..

saya balik sabtu tue sampai petang dah nampak atas meja penuh dgn hantaran..pink n hijau..so nice..umi saya tak da kat rumah..kata adik ipar ke umah mak su bakar cup cake..wahhhh hebatnya..umi saya memang berbakat memasak,menjahit dan menghias..umi memang kreatif..untung saya dapat ibu mertua macam tue..

malam tue...sesi menghias bekas kek..umi bagi kepercayaan kat saya tulis nama n hias kotak kek..wahhh...che ti (adik umi) merangkap mak saudara saya cakap..untung laa umi bila mashi balik..untung sokmo (chewahhhhh kat luar senyum simpul...dlm hati ya allah alhamdulillah boleh bahagiakan semua orang)...hihihihihihih..incik suami siap bagi tau..ehhhh dah nak tukar job buka kedai hantaran ke..kata minat buat kek..yg pasti saya mmg minat bab2 hias kek n hantaran..bab menjahit memang tolak tepi..hohohoh..

taraaaaaaa kek hiasan saya =)




yg di bawah pulak ada hasil 100% buatan tangan umi saya =)




19 January 2012

ada apa dengan AISKRIM

siapa tak suka aiskrim kan..ada ke org tak suka makan aiskrim..rasa-rasanya semua suka aiskrim..

kalau masa kecik-kecik dulu aiskrim malaysia lah kegilaan ramai..ingat lagi masa tu satu cuma sekupang jer harganya dalam loghat utara..ikut bahasa baku 10sen..hihihi...ada perasa milo,asam ko,sirap dan macam-macam lagi..selalu beli kat rumah makcik belakang sekolah dulu..

bila dah masuk sekolah menengah dah mula glamour asikrim paddle pop,mat cool,walls n macam2 lagi..masa tue boleh la merasa aiskrim mahal sikit..mahal-mahal pun dalam seringgit lebih macam tue lah..dah boleh merasa aiskrim dalam cup..

bila dah masuk alam dewasa ni..dah boleh pegang duit banyak..alalalala...ada la kemampuan nak merasa aiskrim yang hebat-hebat tu...tahun lepas baru pertama kali cuba baskin robbin..main pilih jer..sbb tak tahu perasa mana yg sedap..masa tue masih di alam tunangan..incik tune merangkap incik suami skang yang belanja..kami makan kat jusco..taraaaaaaaaa pic aiskrim kami kongsi bersama..=)..tak ingat sangat harganya secara terperinci..tapi rasa macam RM 5.00 lebih tue la..makan masa panas terik merasa la nikmatnya..hohoho..


dan semalam incik suami belanja lagi...kali ni kami cuba tutti fruiti kat aeon city juru...dekat dgn kfc..yumiiiii balik keje terus singgah..dan memang dah tahu harga tutti fruiti double2 lah..selalu dok dengar orang story...kena siap sedia ongkos..kami berkongsi lagi kali ni..beza dengan baskin robbin..pekerja yg akan letak..kita cuma pilih2 je..yg tutti fruti semua kita buat sendiri..dari pam perasa aiskrim sampailah kepada pilihan toping..saya pilih perasa coklat manakala incik suami pilih strawberi dan manga...toping kami ambil badam kisar,badam bulat,buah mempelam,buah strawberi dan coklat cip..taraaaaaaa pic kat bawah =)..taraaaaa semua sekali RM 21.20 tunai...komen saya..memang sedap bangat...sbb aiskrim yg nie yogurt tak rasa manis sangat macam baskin robbinn..saya suka perasa cokelat..strawberi n mango rasa masam sikit....





p/s :selamat mencuba kawan-kawan

15 January 2012

tk boleh tido..

ada benda yang menganggu saya..salah dan silap sendiri..

huhuhu..mood seperti ini..

mcm terpikir dialog dalam ombak rindu (wlpn tk berkeinginan nk tgk kt wayang dapat jgk tgk kt opis time rehat jumaat hari tu,,,)
Redha itu maksudnya menerima ketentuan daripada Allah SWT dengan ikhlas yang merupakan tahap tertinggi iman seorang insan manakala pasrah itu menerima ketentuan hidup kerana sudah tidak mampu berbuat apa-apa..

MASA NI RASA PERLUKAN BAHU ORG YG TERSAYANG..TAPI APA DAYA PELUK BANTAL DULU LAH YE..MOGA HATI SAYA REDHA..INSYA ALLAH..SAYA KENA BELAJAR ubati kekecewaan ini..=(...jgn saya terkena pykt tk boleh tido plak..

13 January 2012

imbasan 2011

imbasan 2011..nak tayang utk staf sempena meeting nanti..kasi semangat utk mereka dan diri masi jua..chaiyoooooooooooooooooooooo utk 2012

11 January 2012

Patut putus asa atau usaha lagi..

patut putus asa atau usaha lagi..

bila diduga macam ni..rasa bola ke hulu ke hilir..berdepan dengan manusia tak bertanggungjawab..

mungkin saya patut lebih bersabar dan redha dengan dugaan yang saya terima awal tahun 2012..

masa untuk saya fokus ke depan..anggaplah apa yang berlaku ni ada hikmahnya =)

Jika kita kuat bersabarlah dan teruslah bersabar. Orang kata bersabar dalam bersabar (sabrun jamil – sabar yang indah).

10 January 2012

harapan 2012..

2011 dah meninggalkan kita pon...

sekarang dah 2012..dah 10hb pon..cepatnya masa berlalu

umur pon dah makin meningkat..rsa mcam tak caya je...hihihi..

bagi saya 2011 meninggalkan kenangan yg cukup manis dalam diari hidup saya..melalui fasa kehidupan yang baru..biarpun ada masa tekanan melanda..sya lebih suka utk mengenang dan menyimpan kenangan manis itu,,biarlah yg duka tu menjadi sejarah dan iktibar buat muhasabah diri..

utk 2012..saya mengharapkan ada sinar cahaya dalam kehidupan kami suami isteri..sya yakin semua pasangan yg berkahwin inginkan cahaya mata..puteri putera yg soleh solehah..sya sentiasa berdoa agar Allah berikan rezeki utk kami..mungkin ada hikmahnya utk saya..yelah org akan kata cepat atau lambatnya je....kdg2 rsa sedey gak bila org asyik tnya..dlm hati sya kata baik didoakan agar dimudahkan rezeki itu dari ditnya bila nk ada anak..sensitif la bila disebut mcm tue...tpi saya rasionalkan balik diri saya..Allah nak saya lebih dekat padanya..bersabar dan berusahalah..

saya sukakan kanak-kanak sangat..dlu msa kecik2 adalah berangan nk buka tadika utk knk2..hihih..mna tau lepas pencen ke.,sya jadi pengetua tadika..=)..bab berangan serah kt saya...

sesungguhnya DIALAH yang mengetahui yang terbaik untuk hambanya...

09 January 2012

cuti2 makan angin kelate akhir tahun vs penang awal tahun

tahun ni saya sibuk bercuti akhir tahun dan awal tahun..hahahha

akhir tahun di kelate..
eloklah saya kwin dengan suami yang jauh..
like...like....like....like..
tiap kali balik kelate..ada jer buah tangan nak beli..
kepok la..budu la..batik la..tudung la...
balik cuti krismas ari tue..
dah rembat tudung..batik..n baju kelawar(suami blanja)..
lain-lain poket sndiri..hihihih
tudung bawal mmg blh beli kt kelantan
murah n byk pilihan terbaru..
batik..bagi saya pilihan mmg byk di terengganu
kt kelantan tk byk pilihan cam terengganu
batik kelate saya beli ni eksklusif..hahah..kta tuan kedai la
sib baik jumpa saudara suami berniaga kt bazar tok guru
memang sekali royak..berkati2la dapat diskaun...
saya paling berkenan batik pink putih..cantekk sangat..suami pon cakap mcm tue.
tapi simpan angan2 la..mahal ooooo..
habis batik pi rembat tudung bawal plak..
best la layanan kedai mak ni..panggilan pda puan kedai mak..suaminya ayah plak..
mak layan mcam saya nak beli borong..padahal beli bape helai jer..
siap bagi tahu harga borong nak beli n harga nak jual..memang saya nampak keikhlasan mak menjual..saya mesti pi lagi kedai mak...
sampai suami saya terpikat nak jual tudung kt opis dia..hihiihihi
kt kelate tk makan angin mana pon...
tips dari mak..kain batik yg tahan adalah tidak pecah beli kita tgk tepi kain tue tak carik dan beli kita tarik2 dia takkan pecah di tengah2..
balik dah sekejapp..tiap kali balik bazar tok guru la pi shoping..
tapi first time kami pi makan yati ayam percik..
memang best sangat...(tk sempat snap pic..terlalu syiokks makan aye)

awal tahun di penang..
byk tempat saya ajak incik suami explore
saya baru first time p jejak tmpt nie..
malu gak sebab org penang kan..hahaha
nasi kandar line clear(first time p makan sna dgn incik suami)
saya main hentam jer jalan..bkn tahu pon..ingat lebuh chula..huh sib baik jumpa..incik suami suka sangat la..bagi saya kari dia kot mengancam..harga okeh..standard nasi kandar..
nasi kandar beratur..lalu jer tk penah singgah sebab org ramai sangat laaa dok beratur2..seingat saya 2 kali dah kami lalu..last2 p makan kt kapitan n queensbay..hahaha,,
bukit bendera..yg nie dah 2 kali sampai..dulu masa darjah bape tah..p dgn mak ayah..naik bus tue..time susah dulu mana ada keta..time tue train yg kaler merah nie

kali kedua saya jejak kaki ke bukit bendera tahun 2008 kena mendaki sbb time tue orientasi di jabatan saya..time tue bukit bendera tgh tutup jgk sbb under construction..jom tgk pic saya time mendaki dalam hutan di kebun bunga tembus ke bukit bendera..


zaman kegemilangan..kurus..hihihih

sekarang bukit bendera..ada train yg sangat best..aircond dan laju..
harga masuk pergi dan balik dgn train
RM 8.00
night market batu feringgi..
kebanyakan jual banyak brg perhiasan rumah dan aksesori wanita..
kena pandai pilih dan tawarlah..
banyak sangat pilihan..
suka tgk sarung bantal yg bersulam..ada lampu hiasan yg cantekk
saya rembat fridge magnet(brg yg mmg hobi buat koleksi)..incik suami rembat cermin mata levis celup..
tips di sini..adalah sila parking di tempat yg memang parking keta dari dikenakan saman oleh pdrm
p survey2 harga dulu...ada kedai murah n mahal..

toy museum


tiket masuk rm 10...mmg mahallah sikit
sesuai tuk peminat kartun macam kami berdua
rasa gila dok dalam tue..asyik terpikir sanggup kan pemilik tue berhabis ribuan ke jutaan ke duit demi minat pada toy..kami pon dok berangan laaa nak buka toy museum..
saya tak sangat..
incik suami la yg lebih2..hahahaha

entry kali ni panjang gila/...excited sangat la bercerita bab cuti2 makan angin
komen incik suami dia rasa puas bercuti di penang..
saya pon puas jgk bercuti di penang..hihihiih
sambung lagi la ye.............NEXT TRIP KE MANA PLAK YE..JENG..JENG