29 April 2012

mencari kekuatan semangat...

malam hingga ke pagi....sekarang jam dah 2 pagi..mata belum mengantuk

jiwa saya rasa kosong..
ada ketika rasa sedih..
ada ketika rasa moody..
mungkin buat masa ini saya tak boleh buat apa2 pun..
hanya berehat..
kerja-kerja rumah semuanya incik suami uruskan...
incik suami tak benarkan saya buat apa-apa langsung untuk sementara ini..
emosi yang saya lalui ketika ini ada masa okeh dan ada masa ketika saya mengakui saya rasa down,.
biarpun suami senantiasa disisi..
sukar saya mengungkapkan kata dihati..
saya tidak brbicara langsung dengan terbuka apa saya lalui dengan emak atau ibu mertua saya sendiri
sya tidak tahu apa yang perlu diluahkan
biarpun saya faham mereka mengerti perasaan seorang wanita
saya tidak mahu menyusahkan sesiapa pun
bagi saya...hanya diri sendiri perlu melawan apa yg bermain di fikiran dan rasa di hati

suka saya berkongsi blog dr. zubaidi
 http://drzubaidi.com/blog/?p=1083 entry di bawah tajuk "Menghadapi Kesedihan Akibat Keguguran"
banyak fakta perubatan yang dikongsikan dan berkongsi pengalaman beliau merawat pesakit yang menghadapi situasi ini....
sesungguhnya keguguran sesuatu yg tidak dapat dielakkan..
terdapat 7 tips yg dikongsi oleh dr zubaidi bagi merawat emosi pada mereka yang keguguran..
tahap hormon prostogone  ketika hamil tiba-tiba saja merudum ke paras amat rendah dalam masa yang singkat akibat dari keguguran menyebabkan seseorang wanita itu keliru dan sedih

moga saya berjaya melalui dan menempuhinya....

2 comments:

  1. dulu kalau mashi stres,adakalanya mashi share dengan akak..walau kita jauh pon, masih boleh share jugak kan?

    ReplyDelete
  2. cheyant!!!!
    tima kasih byk2...
    nanti mashi calling yerk~~
    right now dah semakin feel better...dont worry mama yan...

    ReplyDelete