26 March 2010

Library..

Hari nie hari jumaat..aku apply cuti ganti..dah mmg letak diari dan kepala otak kena pegi library utk studyy..studyy..studyy..exam tinggal seminggu jer lagi..kali nie kena pulun betui2..

Bertolak dari rumah pukul 10.00 pagi..sampai jer kat tempat letak kereta..semua penuh..jadi dah tak da pilihan kenalah letak jauh sikit..bak kata kenalah menapak dari tempat parking nak masuk library..okeylah tue buat senaman jalan kaki..

Bila pijak jer kaki kt library..rasa dah mcm nak terbang ke angkasa lepas..hahaha..aku pun tak tau..suasana yang sepi dan buku-buku yang banyak membuatkan aku rasa itulah salah satu tempat pertapaan ilmu yang paling terbaik untuk diriku..

Sejak zaman kolej lagi..aku memang sangat duduk di library..seingat aku lah..aku sanggup datang seawal pagi dah balik sampailah library nak tutup..malam pon sanggup datang lagik..aku tak pegi library kolej tue kalau aku tak da mood...hahaha..rasanya masa kolej tue..jam duduk di rumah lagi sikit jam stay back kt library..kalau dah boring membaca, mulalah nak baut aktiviti berangan2..kita tinggalkanlah memori di zaman kolej dulu..sekadar menjadi lipatan kenangan..Antara library yg pernah aku jejaki kan,,of course library kolej ku, library USM, Perpustakaan Negara, library penang sebelum pindah sekarang nie di Seberang Jaya dan library yang menjadi pilihan kini adalah library seb.jaya..(sbb yg tue jerlah ada kt situ)

Ramai juga orang datang kt library nie..Sementara otak masa fresh study lah child psychology..cuma adakala terganggu jugak dengan manusia2 yang tak reti nak silent hp.dah la bunyi ringtone semaksimum satu lib tue nak dengar..ada jugakla yg nak bersembang dalam hp kat situ jugak..itulah sikap manusia yg tak prihatin pd orang lain..ahhh tergangggunya..itulah kerenahnya..rasa semangat sungguh hari nie..baguslah kalau hari2 pon aku ada semangat macam nie..bukan per kata Encik Azmi (tutor OUM) aku, kita boleh melihat perbezaan riak muka mereka yg menuntut dan mencari ilmu nie berbanding dengan mereka yang tiada inisiatif untuk mendambakan ilmu..

p/s:sesungguhnya ilmu itu tiada kerugian berbanding dengan harta yang semakin hari semakin susut nilainya.. Buku-buku merupakan jendela pengetahuan yang menanti untuk dibuka. Apabila jendela pengetahuan dibuka, maka akan terpancar sinaran keilmuan yang mampu menerangi kediaman minda kita. Minda yang diterangi ilmu yang bermanfaat bakal menyerlahkan pemikiran yang pintar dan manifestasi amal yang baik lagi murni



No comments:

Post a Comment