19 March 2010

Transformarmasi baru generasi kecil

Bismillahirahmnirahim


Memang ditunggu-tunggu nak tgk final Rancangan Adik-Adikku Khamis 9.00 malam TV1..dah lama aku ikuti rancangan nie..tpi ada kala miss jugak..malam tue siap suh mak ayah tgk lagi bakat generasi kecil ini..bakat-bakat adik-adik nie memang HEBAT.. Cukup cantik pentas dan platform yang disediakan untuk melahirkan penda’ei-penda’ei muda. Inilah transformasi yang kita perlukan berbanding dengan rancangan ‘Idola Kecil’ yang bersifat akademi fantasia versi dewasa.setiap ayat dan perkataan yang diucapkan memang menusuk ke hati kita..rancangan seperti ini patut diteruskan...tahniah pada semua adik-adik yang berjaya menyampaikan pidato ini mengambil contoh perjuangan Rasulullah S.A.W..sangat terkesan dengan gaya penyampaian mereka..hingga air mata ini menitis jua..Setiap mereka punya kebolehan dan karisma tersendiri. Konsep pertandingan yang berunsurkan pidato diselitkan dengan unsur-unsur tarannum, nasyid, syair, bukan semua mampu untuk melakukannya.Bukan semua penda’ei punya ‘daya sampai’ yang menyampaikan. Lazimnya pidato seringkali berfungsi memberitahu.
Jarang sekali pidato yang melahirkan rasa ‘mahu’ kepada audiens dan sekaligus mencetuskan rasa ‘mampu’...siapa sangka teknik bercerita sebenanrnya mampu menyihir peserta..bayangkan bila adik cilik tak ingat nama yang perempuan minta bunyi kambing..semua audiens pon mengembek..bekkk....bekkk..bek...harapannya program ini akan diteruskan JAKIM untuk musim kedua..

KENANGAN LALU...

kembali teringat kisah aku di sekolah rendah ..masa tue aku darjah enam..takkan dilupakan jasa CIKGU MURAD, CIKGU HAMIDAH,USTAZ AZHAR,USTAZAH HANISAH yang membantu menggilap bakatku..orang pertama yang mengesan bakat bercerita ku adalah cikgu murad..cikgu sekelas darjah 3..pertama kali aku dipaksa masuk untuk mewakili kelas sempena Minggu Bahasa Melayu..aku dah macam nak meraung satu dunia..balik rumah terus menangis depan mak kata cikgu paksa masuk pertandingan bercerita..tapi emak aku terus bagi semangat bawak aku pergi kedai beli buku cerita..tak silap aku tajuk buku tue Si Keldai Yang Pemalas..setiap malam aku menghafal cerita tue..dengan bantuan CIKGU MURAD..cikgu tunjukkan gaya yang perlu dibuat macam mana..di saat itu juga kawan-kawan banyak bagi bantuan untuk mengingat cerita Si keldai tue..tiba masa pertandingan tapi diduga sama sekali aku telah mendapat JOHAN..rasa macam tak percaya jer..pada ketika itulah bermula detikku untuk bercakap dan tahap keyakinan yang membuak sehinggalah aku aktif dikenali pencerita sekolah..semua pertandingan bercerita semua aku sapu..hua..hua..sampailah mewakili negeri pulau pinang sempena pertandingan bercerita kisah-kisah nabi peringkat kebangsaan di perak..dan itulah pertama kali sekolah ku menghantar wakil sampai ke peringkat kebangsaan..walau waktu tue aku hanya dapat tempat keempat..TETAPI disitulah bermulanya detik perubahan apabila wakil-wakil pelajar selepas zaman aku telah mendapat johan di peringkat kebangsaan..itulah berkat usaha gigih semua cikgu-cikgu,ustaz-ustaz dan usatazah-ustazah SEK.KEB JALAN BARU..dan perkembangan bakat ku di sekolah itulah membolehkan aku aktif dalam pengucapan awam di peringkat menengah,kolej dan kerjaya kini..TERIMA KASIH PADA SEMUA CIKGU HAMIDAH,CIKGU MURAD,USTAZ AZHAR, USTAZ BUKAHARI,USTAZAH HANISAH,USTAZAH NAEMAH..JASA SEMUA PENDIDIK INI MENGGILAP BAKATKU TAKKAN AKU LUPAKAN HINGGA AKHIR HAYATKU..alhamdulillah


p/s:paling minat dengan adik qayyum..walaupun digelar insan istimewa(cacat penglihatan)..kelebihannya terletak pada gaya penyampaiannya..suara yg sgt sedap..itulah kelebihan Allah pada insan ini..

No comments:

Post a Comment