07 April 2010

GEGARAN DI WAKTU PAGI..

Pagi tadik 6.30 pagi..gempar..gempar..gempar..

Iskk tak patut..tak patut..tindakan ini seharusnya tidak ditiru dan dicontohi oleh orang lain..

Tindakan pantas harus diambil..bukannya dok buat mesyuarat tetingkap lagik..huhuhu..berita dengan ini dilaporkan kesan gegaran turut dialami oleh aku dan sekeluarga jam 6.30 pagi..lebih kurang 10 minit..masa tue aku dah bangun tapi rasa pening semacam..iskk takkan tiba2 jer migraine menyerang..tapi bergoncang seemacam..tiba2 ayah kata air dalam baldi berkocak..macam rasa gempa jer nie..ttiba..tiba…ting tong..ting tong..jiran depan datang bagi tahu ada kesan gegaran la..aku pon siap Tanya kat pakcik jom kita turun..tapi yang pelik tingkat lain tiada la pulak kesan-kesan kebisingan..mungkin semua masih diulit mimpi lagi kot..sedang mesyuarat tetingkap dengan jiran…security pun datang bertanya..nak turun ker..(dalam hati aku, nak gelak kuat2 pun ada..hai masa tengah kecemasan nie boleh lagi nak berbincang macam nie)..sekiranya ditakdirkan ALLAH berlaku sesuatu..minta dijauhkan la segala kejadian-kejadian yang tidak baik berlaku..tapi ALLAH tue maha berkuasa dan lebih mengetahui segala-galanya..

akhirnya dalam kami berbincang tue kesan gegaran dah tak rasa..dan semua pun mengambil jalan pulang ke pangkuan pintu masing2…seharusnya kami kena turun untuk mempastikan keadaan selamat bukannya balik ke pintu masing-masing..hopefully kejadian pertama ini dijadikan pengajaran pada diri aku untuk buat keputusan dengan lebih tepat lagik..sesetengah perkara kita jangan pandang terlalu mudah dan ringan terutama apabila melibatkan nyawa..

BERITA BERNAMA MELAPORKAN :
Gempa Bumi Kuat 7.2 Skala Richter Berlaku Di Sinabang, AcehBy: Ramjit-->
JAKARTA, 7 April (Bernama) -- Gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter berlaku Sinabang, Aceh pada Rabu 5.15 pagi namun belum ada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan harta benda.Gempa yang berlaku di kedudukan 75 kilometer ke Tenggara Sinabang itu berkedalaman 34 kilometer di bawah permukaan laut.Pihak berkuasa telah pun mengeluarkan amaran tsunami, bagaimanapun ditarik balik kira-kira 7.30 pagi dan keadaan di Aceh dilaporkan kembali seperti biasa.Jurucakap Badan Meteorologi dan Geofizika Indonesia yang dihubungi berkata kesan gempa tersebut sehingga boleh dirasai di Meulaboh.Gegaran gempa turut menyebabkan bekalan elektrik dan telekomunikasi terputus seketika di Medan manakala penduduk Aceh turut keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.Empat gempa susulan dengan ukuran antara 5.1 dan 5.2 pada skala Richter turut berlaku.Sejumlah 165 pelajar Malaysia di Aceh dilaporkan selamat..Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata gegaran turut dirasai di kebanyakan negeri di pantai barat Semenanjung.Gempa dilaporkan berukuran 7.5 pada skala Richter dan berpusat di latitud 2.2 utara dan longitud 97.1 timur kira-kira 115 kilometer dari barat laut Nias, Sumatera dan 448 kilometer dari barat daya Pangkor, Perak.Jabatan itu turut menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan bagi kawasan pantai Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, memandangkan hanya tsunami kecil yang berlaku di Sumatera.-- BERNAMA



No comments:

Post a Comment