12 March 2010

MENGGAPAI BINTANG


Semalam tgk tv 1 Forum Perdana(x sure tajuk besar apa tpi ada topik pasal Menggapai Bintang) ngan tv 9 Semanis Kurma (Bohsia)..Dua2 pon best..iklan jer tukar tv1, iklan jer tukar tv 9..wa tamak sungguh..tpi mcm tue la nk dpt ilmu kedua2nya..chewah guna mekanisme helah bela diri utk diri sendiri,,

Moderator Forum Perdana, Dr Ridhwan Tee memang best la..idea2 yg dilontarkan pda panel forum tue ustaz yg tak berapa ingat nama(tpi dia bgi gelran utk diri sendiri Tuan Mejar Ustaz) yg di Kem Sg Besi dan Datuk Hj Kamaruddin (Imam Masjid Negara) sangat bernas berkisar pada isu2 kehidupan masa kini..Kes ibu bakar diri sendiri sbb marah pada tingkah laku anak dan baru-baru nie kes pukul guna tukul besi di tadika melibatkan tiga kanak-kanak retak tempurung..Saban hari kita baca paper pelbagai kes-kes yang menakutkan diri kita,kleurga kita,negara kita,masyarakat dan agama kita sendiri..Suratkhabar Harian Metro hari ini memaparkan kisah bapa yang dipukau mengahwinkan anak perempuannya berumur 11 tahun, semalam kes yang sama juga tapi yang itu ibu kanak-kanak berumur 10 tahun memaklumkan suaminya telah menikahkan anaknya di dalam kereta tanpa kehadiran anak tersebut..bila kita baca kisah-kisah macam tue apa perasaan kita sendiri???.....tepuk dada tanyalah iman masing-masing

Panel Datuk Hj Kamaruddin mengatakan apa yang berlaku pada hari ini adalah disebabkan diri kita sendiri..Nak jadi baik nie memang susah..tpi sejauhmana kita telah menjalankan amanah yang telah diberikan..kita selalunya menjaga makan dan minum kita dengan melihat halal dan haramnya,tapi sejauh manakah kitsa menjaga solat kita?? khusyukkah kita dengan solat apabila mengadap Allah..sejauhmana kita menjaga agama kita???sejauh manakah kita menjaga akidah kita??sejauh manakah kita menjaga tauhid kita??persoalan itu hanya boleh dijawab oleh diri kita sendiri sahaja..selagi ada msa dan waktu perbaikilah diri kita dari baik kepada yang lebih baik lagi..
"YA ALLAH MOGA DIBERIKAN KAMI SEMUA HIDAYAH DAN PETUNJUK JALAN YANG BENAR"..
al-fatihah buat allahyarhamah mak cik rahimah (kwn mak ku) yang telah meninggal dunia tengahari tadi..selamat dikebumikan di masjid sungai dua bersebelahan arwah suaminya..

No comments:

Post a Comment