01 February 2012

sesi perkongsian bagi esok..Jumaat(Penghulu segala Hari)

Esok Jumaat Penghulu Segala Hari..

Ramai yang tak sabar nak tunggu esok kan..betul tak...alalalalalala..tahu sangat...ramai yang dah tak sabar tunggu cuti weekend..rehat yang lama esok..masa kerja yang singkat pula..

kalau saya pula, menanti jumaat minggu ni adalah setia menunggu kepulangan incik suamiku...hihihih...tapi jumaat sekarang ni di pejabat, saya dah mula lead untuk tetapkan bacaan yasin, sesi perkongsian dari unit saya dan juga pot luck dari kakitangan..saya cuba untuk pastikan semua ni berjalan pada setiap minggu jumaat..saya secara sukarela mengambil tugas dan tanggungjawab ini bila saya tengok keadaan di pejabat. Kalau tiada orang uruskan maka tak berjalanlah semua itu...alhamdulillah minggu lepas dah berjalan lancar dan mendapat komitmen dan pandangan yang positif  dari kakitangan. Percubaan pertama bila saya minta kawan-kawan bawa makanan dan kita kongsi ramai-ramai. Saya sanggup bangun awal pukul 5 pagi masak spageti dengan puding koktail. Incik suami pun bantu sama. So terharunya....incik suami yang memanr rajin...tankiuuu cayang!!!!!
Alhamdulillah semua puji sedap dan licin pagi tu juga. Malah ada minta resipi...Boleh bawa balik tupperware yang licin.Esok saya nak bawak puding roti karamel. Percubaan pertama malam ni. Minta-mintalah jadi..selalu buat puding karamel je...pernah la dapat tempahan (nak juga mention..hahahahaha).Moga komitmen dan semangat saya juga berterusan untuk pejabat saya..amin..Moga semangat dan kerajinan ni saya boleh sebarkan aura positif untuk orang lain juga..chaiyoooo mashi ('',)

Minggu lepas saya berkongsi tentang keikhlasan bekerja dengan kawan-kawan..artikel tu saya dapat dalam sebuah forum(saya dah post kan artikel tersebut)..moga perkongsian tersebut muhasabah semula diri saya dan kawan-kawan yang lain..

Esok saya akan berkongsi pula dengan kawan-kawan khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W sempena sambutan Maulidur Rasul minggu depan..nanti saya kongsikan isi dari khutbah terakhir Rasululullah itu..saya pun ada surprise untuk kawan-kawan yang akan sambut hari lahir esok dan januari..jeng..jeng..jeng

 pstttttt...perut dah lapar..jom lunch (entry ini ditulis sambil menanti makcik deliver hntr makanan..lalallalalalalal)

No comments:

Post a Comment