04 September 2010

Manusia Yang Tak Tahu Sayangkan Nyawa

Kejadian yang berlaku hari ini jam 2.30 petang membuatkan jantung me berhenti berdegup sekejap dan beristgifar panjang..

Pasti takkan dilupa pada pemandu lelaki kereta iswara aerobak merah bersama seorang wanita yang meletakkan anak kecil di depan dan ada lagi seorang anak perempuan dibelakang..kejadian yang berlaku sangat pantas..sykur alhamdulillah me dan kereta itu tidak berlaku apa2..

Manusia Yang Tak Tahu Sayangkan Nyawa...me bagi gelaran itu dalam hati pada pemandu lelaki dan wanita disebelahnya yang me anggap mungkin isterinya kerana sedang memegang kanak-kanak di depan..

Me memandu keta comel dalam perjalanan balik ke rumah setelah selesai shopping di Sunway Carnival Mall seorang diri..sedang melalui jalan market seberang jaya..di depan me adalah kereta iswara aerobak merah tersebut..tiba2 sahaja keta tu makan jalan sebelah kiri dan terhuyung ke kanan balik..apa yg me perhatikan tangan wanita tersebut sedang menolak lelaki yg memandu..dan lelaki itu pulak menolak balik wanita tersebut,,,dlm fikiran...berguraukah diorang nie????

Me ekori dari jarak jauh..kereta diperlahankan dan dijarakkan lagi..tiba-tiba...kejadian itu berulang lagi dan wanita tersebut menolak kepala lelaki itu dan memukul belakang lelaki tersebut berulang kali...lelaki tersbeut menoleh isterinya sambil berkata sesuatu... di persimpangan roundabout me amik jalan fly over ke carrefour..entah2 dari mana tiba2 jer kereta tersebut terus makan jalan dan masuk ke depan..di saat itu sahaja me terus menekan brek dengan sepenuh hati dan hon dibunyikan..kereta berhenti serta merta kerana me tk boleh mengelak lagi ke kanan kerana dah ada penghadang batu...jantung me terus berhenti..YA ALLAH..nasib baik di belakang me tiada kereta dan pakcik motor sebelah kiri terus memaki hamun kereta aerobak merah..dgn berkata..WOI BUTA KER...NAK MATI KER BULAN POSA NIE..terus dia menghampiri dan mengetuk cermin kereta..bertanya ok ker adik..me cakap ok dan terus memandu..

Dan kereta aerobak merah boleh buat selamba tanpa mendengar bunyi hon dan maki hamun pakcik tersebut..dan mereka masih meneruskan pergaduhan dalam kereta tersebut sambil si lelaki terus memandu..INILAH MANUSIA YANG TAK TAHU NAK SAYANGKAN NYAWA SENDIRI DAN ORANG LAIN..walaupun me geram giler dgn keta tersebut tapi me rasa sedih ssangat sebab anak perempuan die di belakang menyaksikan pergaduhan mak bapak..kalau ada masalah sekali pun bawa2lah berbincang di rumah..bukan menggadai nyawa sendiri dan orang lain di jalanan...

Me bersyukur sangat2..Allah masih melindungi nyawa seorang hambanya yang di dalam bahaya...sesungguhnya ajal kita boleh hadir dalam sekelip mata sahaja..Me harap rahmat kematian me dalam keadaan yang baik..Amin

"Tiap ummat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat pula mempercepatnya.”



(QS. Al A’raf : 34)

Ajalku pasti, tapi tidak terlihat oleh pandanganku bilakah tibanya nanti. Ajal yang Allah janjikan itu tak kan tertangguh sesaatpun, malah Izrail sesekali tidak akan alpa dalam urusannya.

Sesungguhnya Malaikat maut menjalankan perintah Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit saja, atau pun orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika tertimpa kemalangan, atau ketika diserang penyakit, maka pastinya Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.

Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat ataupun orang yang kaya yang sedang hidup mewah dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira kita sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal telah tiba  maka kematian itu tidak akan tertangguh walau hanya sesaat. Tidak banyak manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut senantiasa berada di sekeliling manusia, mengenal pasti memperhatikan orang – orang yang hayatnya sudah tamat

P/S : Semoga sisa usia tambah Berkat. Tambah syukurnya & terus semangat memperbaiki diri, lebih dewasa bersikap bertindak & berfikir.Bimbing Hambamu ini Ya Allah.....

2 comments:

  1. bila tiada lagi rasa hormat menghormati antara suami isteri, tiada lagi kesabaran..macam tu la jadinye..jadikan pengalaman dan pengajarann utk dik non yg akan berkahwin :)

    ReplyDelete
  2. baik...harus ditambah diri ini ilmu rumahtangga dan ilmu kekeluargaan..if huru hara jugak harus berjumpa kaunselor hayanti hashim..

    ReplyDelete