27 September 2010

Kursus Kahwin 25 & 26.10.2010

alhamdulillah selesai kursus wajib..

hari pertama dan kedua pi cuma jalan kaki jer sebab tk sampai 5 minit dari rumah..dah di depan rumah pun..hari sabtu tue kursus mula pukul 8.00 pagi..masa sampai tue dlm 7.55 pagi..tgk peserta tak ramai sangat..ikut urusetia yg bedaftar 50 orang tpi yang hadir hanya 25 peserta jer..yg ganjil tue adalah me sebab semua peserta hadir dengan pasangan masing2...bilik kuliah yg selesa..aircond pon sesejuk salji..menggalakkan tahap ke menguapan..(ayat salah tatabahasa nie..menambahkan kepeningan DBP)

hari pertama ada 6 topik yg dikupas dri ustaz dan ustazah JAIPP yang memang berpengalaman..tajuknya meliputi akidah,ibadah,perkahwinan dan prosedur,hubungan dalam keluarga, pengurusan kewangan dan masa..memang tk boring langsung.mengantuk pun  tidak walaupun kadang2 menguap menghantui diri hasil jangkitan teman2 sebelah..salahkan orang lain nampak...penyampaian ustaz dan ustazah sangat santai dan ada masanya asyik gelak jer..seorang ustaz tue sempat kongsi pengalaman menghadapi pasangan yg nak bercerai dlm musim raya nie..pasal tin biskut raya pon bergaduh sampai si suami dah lafaz talak kt isteri..ada gak kes bergaduh baju raya..nmpk mcm kelakar tpi itulah realitinya di pejabat agama..hurmmm..tue belum lagik kes kena kejar dgn isteri pusing pejabat agama..tue belum lagi suami isteri bertumbuk naik atas meja ustaz...tue belum lagi kes bawa parang ke pejabat agama..hebat sungguh pasangan suami isteri melancarkan perang dunia di pejabat agama..sepatutnya mencari khidmat rundingcara yang terbaik bagi memperbaiki masalah rumahtangga tapi sebaliknya..itulah akibatnya apabila manusia gagal mengawal emosi..naik pening ustaz2 nie...kelas habis pukul 5.00 petang...balik tue rushing meredah hujan sebab kak rosma nak mai umah..yeyeyeyeyeye =)

Hari kedua ahad kelas mula jam 8.30 pagi bermula tajuk pengurusan kesihatan keluarga dikupas Dr. Ismaliza dari Pusat Kesihatan Kepala Batas..doktor nie pon memang sempoi..ceramah dia best sangat...menekankan betapa pentingnya kita manusia menjaga kesihatan diri nie..pastue tajuk komunikasi suami isteri,pengurusan stress dan konflik,perkhidmatan rundingcara dan pembubaran perkahwinan dari ustaz2 JAIPP..last sekali ada ujian minda..sedih btul bila me buat perhatian dalam ujian minda..ujian nie soalannya disediakan oleh pejabat agama..bgi me soalannya sangat mudah ditanya berdasarkan perkara asas mcm wudhuk,rukun nikah,rukun islam dan sebagainya.semua ada 30 soalan..siap ada A B C D lagi..dalam pilihan jwpn tue kita dah boleh tahu jawapannya..tpi bila tgk peserta lelaki yang jawab memang tk serius langsung...ada yang meniru,ada yg buka buku siap ada tanya jawapan kt me lagi..tpi me buat bodoh macam tak dengar jer..dan macam yang dijangkakan ramai yang dapat 20 ke bawah dan 2 peserta dapat 10 ke bawah..alhamdulillah me dapat markah penuh...kami boleh tahu markah masing-masing sebab ditanda oleh kami juga..cuma tukar dengan pasangan yang disebelah juga..dan menurut ustaz lagi kebanyakannnya lelaki..dalam hati me..mcm mana nk pimpin keluarga nie.sepatutnya mereka2 nie kena repeat balik kursus nie..so tak hairan sangatlah kalau ustaz tue share dalam kelas di makhamah syariah dalam sehari sbyk 30 kes bersidang utk bercerai..nie utk tahun 2010 jer mcm mana dgn tahun2 akan datang???habis kelas pukul 4.00 petang cm tue..dapatlah sijil kursus..ustaz kata dah boleh akad nikah sapa yg dah teringin nk kahwin tue..=)

p/s :Kata Ustaz yg mukanya agak mirip en.wandy BAHAGIA DAN SENGSARA ITU MILIK PASANGAN SUAMI ISTERI..MEREKA YANG MENENTUKAN SENGSARA DAN BAHAGIA..MEREKA YANG AKAN MERASAI DAN MENANGGUNGYA..=)

No comments:

Post a Comment