20 September 2010

Al-fatihah...

Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptanya. Sekuat mana pun kita lari, sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita.


Sampai waktu dan ketikanya, kita tetap akan pergi jua. Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya. Sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail..

Itulah kematian sesuatu yang pasti cuma kita tidak tahu bila ajal akan menjemput kita..Jam 12.30 malam ahad 19 september 2010 bersamaan 10 syawal...me mendapat panggilan dari incik tunang..masa tue dah tido..bila incik tunang tnya dah tido..me cakap belum..me pun tk tahu jam pukul bape dan macam mamun jer cakap ngan incik tunang....dan terus incik tunang cakap abah dah meninggal...me terdiam seketika..(me terkejut dan rasa betul ker atau me tgh mengigau)me tanya sekali lagi siapa?incik tunang bagi tahu abah dah meninggal jam 11.00 malam..suara incik tunang masa tue macam biasa tapi me tahu perasaannya..me tk dapat tanya lanjut lagi sebab katanya ada panggilan tengah masuk dan kata2 terakhir incik tunang die akan balik malam tue juga dengan adiknya adik im..lepas call tue me buka lampu dan terus kejut mak ayah bagi tahu..

Mak ayah pun tediam seketika..me baru jer lepas bercakap dengan incik tunang jam 11.00 malam tue..incik tunang baru jer cerita yang abah dan umi hantar incik tunang balik ke airport jam 4.30 petang ari yang sama..dan incik tunang mdpt call dari adiknya mengatakan yang abah dah meninggal dunia...

Mak call nombor umi untuk tanya keadaan mcm mana..dan masa tue adiknya nombor hazim yg angkat bagi tahu ada di hospital..katanya arwah abah meninggal akibat serangan strok secara tiba-tiba..sebelum nie memang tiada apa-apa pun penyakit..me ajak mak ayah bertolak ke kelantan malam tue juga tapi mak minta bertolak pagi sebab me tak biasa jalan ke grik pada waktu malam..me call en.mat tanya bila die nak balik..en mat pun bagi tahu die akan bertolak jam 5 pagi..

Lastly me buat keputusan bertolak lepas subuh sebab perlu uruskan hal kerja sedikit..me bertolak dalam pukul  6 lebih..dan alhamdulillah cuaca pun ok..cuma banyak lori balak di jalan grik..me rasa memang bawa selaju yang boleh..tpi incik tunang dah pesan awal2 bawa perlahan2lah...tpi dalam kecepatan me drive me tk sempat memandang wajah allahyarham yang terakhir..me sampai dengan mak ayah pun jenazah dah dibawa ke kubur...yang pasti me sempat berjumpa dengan allahyarham abah incik tunang dua kali..masa first me nak bersua muka dengan incik tunang kt umah familinya dan yang terakhir masa majlis pertunangan kami dulu..me tk pernah berborak dengan arwah abahnya cuma sekadar tersenyum dari kejauhan sahaja..


Menurut makcik2 incik tunang yang lain..arwah abahnya memang seorang yang pendiam dan bercakap hal-hal yang perlu jer..mereka yang lain pun terkejut sebab arwah pergi tanpa ada apa-apa perubahan pun..me pun macam tue juga..

walau macam mana pun me rasa terkejut sangat dengan layanan yang diberi oleh famili incik tunang...rasa terharu sangat..sukar me gambarkan dengan kata-kata ...walaupun masih lagi tunangan mereka tak berhenti tanya dah makan ke belum siap bagi bilik untuk berehat..bagi me famili incik tunang yang perlu berehat kerana dari malam sampai ke pagi menguruskan jenazah dan ada yg belum tidur lagi...me minta diri untuk balik ke penang petang tue juga..ada makcik2 nya minta tidur di situ sahaja dan bertolak balik pagi selasa jer tpi me menolak dengan baik kerana perlu bekerja esoknya.. me harap incik tunang,umi dan adik2nya yang lain tabah menerima ketetapan ini..semoga rohnya dicucuri rahmat..aminn

p/s:setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersembunyi..

No comments:

Post a Comment