25 May 2012

tensionnya....

hari jumaat..

hari yg orang lain suka kot..
sebab rehat yg panjang..
tapi saya..hari ini adalah hari yg paling singkat..
menghadapi dugaan yg tak terduga..
menghadapai manusia yg tak terjangka..
harus saya lalui..
tapi alhamdulillah..
disebalik kesukaran dan kesengsaraan..
hadir jua cahaya disebalik kegelapan..
life must go on..
hidup mesti positif..
hendak atau tak kita kena redah jua..
biarpun emosi marah,sedih,geram,kecewa menguasai diri
kita yg harus mengawalnya..
kita yang menguasai diri kita..
saya yakin saya boleh laluinya dan
tempuhinya,,

mood:sesat di putrajaya disebabkan jalan tutup utk hari belia..melilau mencari menara usahawan seorang diri..menguruskan program seorang diri..tapi alhamdulillah Allah ringankan bebanan saya jua walau disaat akhir..doa saya moga program yang dirancang berjalan dengan baik..saya yakin..niat yang baik..jiwa yang ikhlas..biar ada rintangan..pasti ada kejayaannya..=)
sokongan incik suami adalah segalanya..my love is my shoulder..=)
penguat jiwa Dia Yang Maha Esa...alhamdulillah..

13 May 2012

ciNtA MuKa BuKu kembali lagi...

pagi semalam adalah operasi jual menjual segala barang kitar semula..
siapa nak sangka dengan surathkhabar lama dan barang-barang plastik yang bertenggek lama dalam rumah sewa suami ni..
hasil jualan dapat catch up RM14.20..
boleh lah kan daripada buang macam tue saja..
masuk tabung JEPUN kami..xoxoxox
misi penabungan ke JEPUN telah bermula..

lepas dah jual..
brekafast kat presint 9...
tup..tup telefon husband berbunyi dgn pertanyaan kawannya cinta facebook?
incik suami pon naik hairan...cinta facebook kot mana?
kawannya kata sila beli harian metro ahad..
waaaaaaaa..
tak sangka selepas setahun keluar muka kami di metro ahad..
rasa gila glamer seketika..
saya pon tak ingat bila saya hantar kat situ...
kenangan manis untuk memori kami lagi..
paling manis ada gambar kawan2..
PJ....CHEYANT...BRO ZUL.....CIK SOL....PN AZZY.....
terpahat sejarah utk 13 mei 2012...


04 May 2012

:: sHOW uP ::





NO MATTER HOW YOU FEEL...
GET UP...
DRESS UP...
SHOW UP....(^.^)



03 May 2012

Pernah tak satu ketika




Pernah tak satu ketika,
kita rasa..
teringin sangat lihat air laut..









Pernah tak satu ketika,
kita rasa teringin mendengar deruan bunyi ombak

Pernah tak satu ketika,kita rasa ingin merasa angin hembusan bayu












Pernah tak satu ketika,
kita ingin melihat detik senja
Merasa semua ciptaan Allah
menikmati seketika ketenangan itu
Menggali apa yang hilang...
Melepaskan apa yang perlu...
Membina apa yang retak..



Wahai TUHAN mengapa wanita menangis~~

Jawabnya:



Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,


AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru




02 May 2012

perkhidmatan kelas~~tapi.....

hari ini saya meluangkan masa untuk singgah ke sebuah kedai kosmetik yang menggunakan produk jenama terkenal di seberang jaya tue..(tak boleh plak letak nama kedai dia, kang tak pasal kena sue)

kat sana ada jual produk kosmetik dan rawatan kecantikan kulit..

saya pergi cuma nak gunting rambut jer..

masa mula2 nak masuk rasa mcam segan jer...sbb nampak mcm kelas jer kedai dia..

saya plak pakai selekeh...hahahah...berselipar jepun jer pon...

ayah saya cakap pergi situ dekat dengan rumah..senang..dia pula orang melayu..
selalu saya pergi yg kailan kepala batas tue..orang melayu juga..saya suka dengan service yang dia bagi..walaupun kedai biasa..semuanya perfect di mata saya lah...di mata orang tak tahu..hihihih

alkisahnya..
masa saya masuk..
saya dipelawa duduk..
then dia orang buka buku temujanji dan pilih tukang gunting mana nak gunting..
diorang ada banyak staff...
semuanya okeh di mata saya pada ketika itu..
bagi saya perkhidmatan dia menggunting mmg perfect lah..
lepas gunting rambut, dia jamu air halia..
so charge semua RM19.00..
bagi saya haraga ok kalau perkhidmatan yang diberikan bagus tetapi..
jeng/...jeng...//
masa nak bayar tue..ke cashier atau peg.perkhidmatan pelanggan dia..
dia kata kak ada duit kecik tak..(saya bagi rm 50 time tu..saya mmg tak da duit kecil)
selalunya macam inilah budaya orang kita nak berniaga..
dah tahu nak berniaga tak sediakan duit kecil
then, dia bagi tahu saya tunggu jap ye kak nak tukar duit dulu..
saya just perhati jer...hihihi
time nak tulis resit plak...dia tanya kwn sebelah dia..hari ni berapa hb..
dia tanya saya plak...hadoii saya kata dik tak da kalendar ke kat sini letak situ sng nak tgk..
terus dia ingat tarikh...hahahah..
time dia nak bagi baki..
saya perhati je
tahu tak...dalam tukaran duit rm 1.00 sebanyak rm 10.00(dia dok kira khusyuk,ingatkan nak kira duit cukup ke tak)
baki saya sepatutnya rm 31.00...
rupa2nya dia nak cari rm 1.00 duit yg paling buruk dan dibaluk selatope..
haaaaaaaaaaaaaaaa...
mcm mana tue..kat dia ada rm 9.00 sebanyak rm1.00 tapi yg buruk tu jadi pilihan nak bagi..
apa nak komen??
saya ambil je duit tue...saya pun tak nak komen banyak2...
itulah variasi pemerhatian yang saya selalu pandang dan alami pada bangsa sendiri yang berniaga
beza dengan bangsa lain..
bagi mereka yang berbangsa lain,layanan adalah perkara pertama dititkberatkan..
beli tak beli belakang kira..
cuba buat ekspresimen kat bangsa kita...hahahha...muka seposen lah dia tunjuk kat kita..
seronok melihat gelagat manusia ni kan......

Dalam perniagaan kita tidak melihat pada wang dan keuntungan sahaja, sebaliknya terdapat nilai yang berdiri disebalik perniagaan tersebut yang harus kita jaga...ada tak orang berniaga fikir macam tue..renung2kan dan selamat beramal~~~

01 May 2012

saya nak menang "Hadiah Dari Hati"

Termpoh kerehatan minggu ini sebelum berakhir saya ambil peluang menyelongkar mr google dan blog-blog orang lain...

Membaca kisah-kisah mereka..

Mencuba nasib rezeki yang ada...hihih

Cthnya....

blog http://megahasz.blogspot.com/ entry tajuk "Hadiah Dari Hati"

sis aishah ada buat cabutan bertuah utk blogger bertuah dapat fridge magnet baju kebaya..
sesaja saya cuba nasib...
sebab saya ni pengumpul fridge magnet...
i like~~
so pada kawan-kawan yang gi overseas atau mana2...
saya suka bangat kalau hadiah saya fridge magnet..hihih
setakat nie pengumpul yg tegar adalah koleksi belian saya sendiri dan hadiah dari incik suami..
setiap kali outstation incik suami dah tahu nak beli pe...hua..hua..hua..
dari kawa-kawan pun ada tak banyak...
jom zooming koleksi magnet saya...(^.^)