27 November 2011

Masa Bershopping~~~~~~

esok dah jumaat..
paling excited...saya nak bercuti sepuas2nya..
nak tinggalkan semua hal keje..malas nak pikir
fokus utk study,masa utk incik suami n masa utk bershoping..lalallalalallal~~

masa utk fly ke kuala lumpur..
dah set nk beli n cari ape..hehehehh
tahun ini inovasi majlis jabtan kami dapat tema kaler
hitam
putih
gold
pelik kan nak combine smua kaler???
apa nak wat org da decide..kita turut perintah jerk..
tahun ni saya nak cari kaler gold..
tahun lepas daya rasa diri princess ,,,hihihihihi
tahun lepas tema kaler
hitam
putih..
warna orang berkabung kan..kikikkiki

zaman pakai braces...susah nak cri baju ni sampai ke sg ptani..p cari dgn incik tune plak tu..first tgk tak berkenan..
balik malam pikir2 amik jer lah..dah ada kaler putih...so beli je lah..=)
tahun nie mcm mana plak..
kita tunggu pilihan GOLD saya,,hihihi

16 November 2011

mood saya..mengharapkan MENTARI BERSINAR

hari kedua berprogram..masih kumpulkan tenaga dan kekuatan~~saya dilihat seperti biasa

tapi dalam hati saya HANYA TUHAN YANG TAHU...

saya tiada mood jiwa riang yang CERIA..seperti mana saya suka melukis jiwa KANAK-KANAK..emosi saya tiada JIWA...

utk kad nama sendiri dan ekspresif lukisan saya sendiri..saya melukis MATAHARI..saya harapkan TENAGA yang mengalir dalam diri saya sekuat mentari..BIAR APA PUN BERLAKU MATAHARI TETAP TERBIT..MASHI, BIAR APA PUN YANG BERLAKU PADA KAMU..ALLAH SENTIASA ADA DISISI KAMU..

habis program saya balik ke opis..saya tiada perasaan utk menegur sesiapa..tpi saya lawan perasaan saya tersenyum dan menegur juga..akhirnya tinggal saya keseorangan di opis sehingga pukul 7 lebih..saya tertanya pada diri sendiri utk apa habiskan keje ni lagi..esok saya masih boleh sambung..fail2 yg ada di meja saya sangat2 menyakitkan hati dan perasaan saya..saya tahu tiada siapa akan membantu..saya sendiri harus buat..langkah lah perlahan2..kamu boleh MASHI!!!!!

tema lukisan saya "SINAR"


07 November 2011

kisah Kak Long di Kelate~~

me baru sampai dari machang jam 5 petang tadi..masih ada mood menulis..
walaupun badan tgh sakit2
dan incik suami tgh otw balik putrajaya skang nie..
saya dalam mood sedey sikit..tiba2 je air mata ni buat gila jatuh depan suami..
adoiiii tk tahan lagi...rasa sayu plak bila tgk incik suami nak balik..
agaknya dah lama cuti bersama nak lepas tue jdik sebak plak..
incik suami ckp dengan saya..jgn risau abg ada disini...
ayat tuelah me pegang dalam hati n minda bila datang rasa sayu itu..
slalu cakap dgn diri sendiri kalau saya rasa mcm nie adik ipar saya yg skang di machang lagik rasa sayu...suaminya skang ada di jepun da 3 bulan mrk berjauhan..
saya harus kuat dan tabah..Tuhan sedang menguji kesabaran kami..Insya-allah..

kisah "Kak Long"di kelate (kisah saya lah tue..hihihi)
tahun nie kali kedua saya balik beraya di mache..first raya posa kali ni raya haji plak..
maybe ada kwn2 sya dok pertikai hai kerap balik kelantan nie..
saya balik atas dasar tiada siapa di sana utk menguruskan persiapan di sna..
umi saya (mak mertua) skang sedang menunaikan ibadah haji..
wlpn suami saya kata raya haji kita raya kt penang tpi kecian kat adik2 ipar yg boy2 tue plak..
kebetulan mak saya diminta bertugas dan mk ayah izinkan sya balik di kelate mka incik suami mengalah saja..
saya tk buat apa2 persediaan pun,.mmndgkan minggu sebelum raya saya asyik sakit perut penangan kena urut lah nie..
tup2 ari jumaat suami dah nak balik penang sabtu tue kami dah nak balik mache..puas la dok pikir malam jumaat pe benda lah nak masak nie..
bila saya tnya incik suami dia kata..alaaaa tk yah masak2..nnti pagi raya gi makan kt umah che ti je(ibu saudara suami saya)..rumah dia depan rumah umi saya jer..
acara tahunan family suami saya mereka akan berkumpul ramai2 di umah che ti.
dan makan kt sana je..
tpiiii tkkan lah saya nie kak long blh buat bodo jer kt umah..
wlpn sya bukan lah masak the best mcm umi sya..
sya mesti sedia makan minum utk suami n adik2 ipar saya termasuklah saudara mara yg nak dtg beraya kt umah..
inilah first job sbgi KAK LONG yg paling mencabar..
sya tk penah masak dlm kuantiti yg byk2
tmbh2 nk menghidang dgn guest kelate yg kena cukup rasa kemanisannya..
sya plak paling tk suka manis..
slalunya incik suami jdi mgsa keadaan utk rasa manis masin tawarnya masakan tue..
nasiblah ada safarini..hihiihi

mlm jumaat tue sya dah pikir menu nak sedia..paling mudah n simple
mmndgkan sya tak da assistant adik ipar perempuan TAH yg kena oncall plak..
adoiii nsib dia la asyik kena on call time raya..kecian btul kt tah tue..nk wt cm ne..
maka saya decide
rendang ayam (saya masak siap)..sbb rendang plak susah n lmbt nk masak
nasi ayam
nasi impit
kuah kacang
dadih koktail
nmpk menu mcm simple tpi nak buat semua tue..ermm dapat penangan sakit badan..
syukur sangat2 incik suami bantu banyak sgt
dia sanggup bersengkang mata dengan saya dri kmi smpi sabtu tue kul 8 mlm..
kami pegi plak ke mache beli brg2 nak masak..
sampai jer umah saya siap rencah2 nk masak sampai pukul 1 pgi..
dan esoknya saya bangun awal kul 6pgi dh get ready nk masak smpi pukul 10pg..
saya puas sbb smua dapat siap..
dan semuanya licin melainkan nsi ayam terlebih byk masak..
siap tnya komen kt mak2 sedara
dikomen kena lebih masin dan manis ye mashi..hihih
anyway saya tima kasih pada mama yan sbb dok mesej dgn saya psal resipi nasi ayam itu..
saya betul2 dapat hayati erti pengorbanan utk tahun ini
saya betul2 terharu pada mak dan umi saya dimasa mereka bertungkus lumus memasak utk anak-anak....saya baru 4 hari amik alih tugas itu pon dah kena urut2 dgn incik suami
tmbh2 mereka melakukan tugas tue sampai anak membesar
Ya Allah Ya Tuhanku
aku bersyukur sangat2 dgn nikmat yg diberikan ini
moga terus lorongkan kami jalan yg lurus lagi benar....
apa yg saya dapat utk 4 hari di kelate
saya harus improve diri utk kecek kelate..biasakan diri lagi
pertingkatkan menu2 msakan di sana..hihihih
masih ada masa utk belajar..yg penting jgn malu
ini adalah proses penyesuaian
incik suami banyak bantu saya..thanks a lot cayang~~~
jgnlah kita malu utk bertanya..
kalau tak tahu tnya je..bukan kena bayar pon..hihiihi
buat semua SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
HAYATILAH ERTI PENGORBANAN..MOGA PENGORBANAN YANG DIBUAT ADALAH TULUS DARI HATI KITA..TANPA HARAPKAN GANJARAN..
INSYA ALLAH...NIKMATNYA PASTI ADA..
selamat malam semua..
esok dah keje kan..adoiii..hihihi



03 November 2011

lukisan berpasangan kami~~~RUMAHKU SYURGAKU..


minggu lepas incik suami teman me ke program retreat keluarga "permata hatiku" di TM Ressort Tanjung Bungah utk staf..
dapat juga incik suami join bersama lepas masa first program incik suami tk blh balik sebab ada komitmen kerja..me suke..me suke..=)
me memang puji incik suami atas kerajinannya membantu..smpi jer dari hatyai belum rehat lagi..
  • dia amik me balik dari mesyuarat terus kami pi beli barang2 hamper
  • dia tlg jaga kewangan sbb ida dah pesan setiap hamper tak boleh budget
  • dia tlg tolak troli yg full brg sampai smua asyik tnya..eh nak buat hamper ye..aishhhh
  • balik dia tolong urut me yg penat balik keje
  • esoknya kat tempat program dia tlg me balut hamper,letak frame gambar,jaga pa syastem n bantu team me...
syukur alhamdulillah me dapat suami yang sangat rajin dan memahami..
lukisan berpasangan kami
Rumahku Syurgaku
me paksa dia buat aktiviti ni..mula2 tue dia komen tk naklah bagi peserta je buat..me kata nie peluang utk kita memahami impian dan cita masing2..kalau tk nak buat tk nak kwn dgn cayang..hihihihi..ayt psycho..naughty kan..last2 dia buat jugak..

slot ini adalah lukisan berangkai..fokus kami adalah utk ahli keluarga saling memahami kehendak dan kemahuan masing-masing...setiap ahli akan bertukar berus selepas mendengar bunyi ting...tiada komunikasi dibenarkan..setiap ahli dikehendaki menyambung lukisan yang telah dilakukan ahli keluarga lain..
slot utk me n incik suami pulak:...hihiihihih
first step..me lukis bentuk love dulu..lepas tue me lukis tayar depan n belakang(time tue nak lukis moto besar tpi tk reti nak imagine pulak)..dlm me dok melukis incik suami asyik tanya nak lukis pe nie...me diam je..asyik ckp..shhhhhh dgr arahan tk blh cakap..
then lepas ting ting bunyi kena tukar berus..
bila incik suami nampak tayar dia terus samb pic 2 insan itu sambil letak belon kaler(cute kan)..pic tue nmpk cam basikal kan
pas tu me samb lukis matahari n rumah
incik suami lukis pagar rumah,pokok n padang
pas tu me sambung lukis awan n pelangi
incik suami lukis bukit
dan akhirnya bila diminta letak tema
incik suami terus bagi tau....
abg nak tema "RUMAHKU SYURGAKU"
INSYA-ALLAH SAMA2 KITA USAHA KE ARAH ITU YEEE
lukisan itu me bawa balik simpan kat rumah utk kenangan kami bersama,anak-anak kami dan cucu2 kami..hiihihi..
habis slot terus ida kata..mcm kad kawen kamu berdua..
ohhhhh baru saya perasan sama kan...hihihihi

aura hari bahagia itu masih dibawa hingga kini...harumnya mekar mewangi...

09 October 2011

tips pada mereka yang akan berpindah,dah berpindah dan apa sahaja berkaitan dengan perpindahan

suka saya nak kongsi perkongsian dari pokcik yard(bapa saudara suami saya dan bekas pasukan sekerja saya)..hihihih..betapa terharunya saya membaca perkongsian yang ditulis oleh beliau dalam email untuk kami semua..saya copy 100% tanpa tokok tambah..baik untuk diri saya sendiri dan orang lain =)..

1. Kena tanam dalam diri bahawa kehidupan ini adalah terus ke depan, ianya tidak akan kembali ke belakang.
2. Jangan terlalu berfikir kesan-akibat, setiap perkara harus dicuba terlebih dahulu... dan percayalah bahawa.. tidak semestinya kita dpt apa yg kita inginkan,tidak semua yg kita inginkan adalah terbaik untuk kita, cuma beruntunglah kita sekiranya dapat apa yng kita inginkan, dpt melaksanakan amanahnya dan menghasilkan penghasilan yang positif, kita merancang, Allah juga merancang dan yakinlah bahawa perancangan Allah dan takdir yg dianugerahkan adalah terbaik untuk kita.
3. Bina penerimaan diri dan sesuaikan dengan sesuasana yg baru...
4. Setiap pengalaman yg dilalui dan setiap makluman daripada org lain smd melalui perhubungan x formal, ceramah & sebagainya proseslah penerimaan secara positif dan simpanlah bawah minda sedar... insyaallah ianya akan dicanai dan diekspresikan melalui minda separa sedar dan sedar... peganglah kata2 kita akan dapat, seperti mana yg kita fikirkan, persepsikan dll. Amalan ini akan memudahkan kita untuk diterima dan menerima suasana baru, kawan2 baru, rakan2 baru dan segala yg baru.... kan benda baru tu sesuatu yg seronok diperolehi....
5. Walau apa-apa sekalipun kita mesti membuat perancangan dan persediaan.... contohnya banyak tempat yg saya tinggal.. passion saya ialah nak duduk rumah sendiri... saya tetap beli rumah walaupun saya tahu saya mungkin akan pindah lagi... jadi pilih rumah yg sesuai dgn kemampuan dan pastinya beri keutamaan kepada nilai pasaran akan datang.. maknanya pastikan pilih lokasi yg diyakini boleh dijual balik dgn harga yg memuaskan, kira nak duduk dan melabur la, kerana pelaburan yg paling menguntungkan pada masa kini adalah pelaburan hartanah....
6. Kita bertuah berada dlm dunia kita sekarang (ppsi)... gunakan prinsip kaunseling dalam membina perhubungan... i. Hanya 2 perkara dlm hidup ini yg perlu distandardise & tetap.. iaitu hukum agama & undang2... malahan hukum agama dan undang-undang juga ada ruang ijtihad dan budibicara... bukanlah terlalu rigid... ii. Raikan keunikan dan keistimewaan manusia... terima seadanya diri sendiri dan terima seadanya org lain, jgn sekali-kali menjadikan org lain seperti kita... raikan setiap org mematuhi hukum dan undang-undang mengikut keunikan dan keistimewaan mereka. Tips untuk mudah menyesuaikan diri....
7. dan yg terakhir, setiap kali kita berpindah, rakan2 di tempat lama akan mengucapkan selamat kepada kita dan rakan-rakan tempat baru juga akan mengucapkan selamat datang kepada kita....Itukan doa... berkaaat untuk kita....

p/s:renung2kan yeee...

06 October 2011

dimensi sebuah kehidupan kerjaya vs pelajaran~~

Ya Rahman Ya Rahim..
saya bersyukur sangat2 pada ketika dan detik ini debaran di dada dan kekusutan di fikiran sedikit ringan walaupun masih ada lagi yang terbeban..saya tak sangka lepas tgk result exam semester lepas saya lulus dlm subjek english in workplace..subjek tue saya paling risau bila check di website markah assignment saya tidak memuaskan..siang dan malam saya berdoa agar saya lulus..dan saya tak sangka subjek yg saya tak target untuk mendapat A saya berjaya dapat A- dalam subjek perception dan emotion..betapa keputusan ini terus memberikan dorongan untuk saya berusaha dengan lebih gigih lagi..buat masa ini saya masih menantikan keputusan gpa..saya telah menanamkan tekad dalam diri sekiranya saya ingin sambung sampai ke master saya harus untuk pertingkatkan lagi gred yg sedia ada..

saya percaya pengorbanan belajar dan bekerja menuntut komitmen yang sangat tinggi dalam diri kita untuk menguruskan masa..untuk semester ini saya terpaksa mengorbankan masa berhujung minggu untuk fokus pada kelas, tugasan dan program jabatan..bila saya melihat jadual saya yang diconteng warna warni pada sabtu dan ahad saya terfikir betapa suami saya juga terpaksa berkorban..syukur alhamdulillah incik suami sangat memahami apa yang saya lalui ketika ini..betap incik suami memberikan sokongan yang padu pada saya..untuk bulan kami terpaksa berjauhan untuk tempoh 2 minggu dalam perkiraan sendiri 19 hari tidak dapat menatap wajahnya apabila masing-masing harus berikan komitmen pada kerjaya..betapa saya rindukannya pada setiap saat,detik dan ketika..tapi saya yakin dan percaya sabar itu adalah ubat segala-galanya..betapa saya menganggap jarak berjauhan ini akan lebih membuatkan kami saling membentuk sikap faham memahami..

kadang-kadang saya rasa jeles bila orang lain post di fb..bosannnya di hujung minggu!!!!!!sedangkan saya saya menginginkan suasana di hujung minggu dapat berehat dan tidur...hihihihihi..tapi saya yakin jalan yang dipilih ini adalah saya harus bersusah-susah dahulu,bersenang-senang di kemudian hari..betapa saya harus bersyukur diberikan peluang menempuhi dimensi sebuah kehidupan bergelar seorang anak,pelajar,pekerja dan hamba Allah..moga Allah terus berikan kekuatan saya menempuhi dimensi..

pic ketika diploma..saya mengharapkan sekeping lagi pic bila saya dapat mengenggam seegulung ijazah bersama emak,ayah,umi dan my lovely tersayang incik suami and anak2 lah..kalau diberikan rezeki..
doakan untuk saya yer.....amin


05 September 2011

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin


sALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA..ampun dan maaf andai ada salah dan silap terkasar bahasa terguris hati dan perasaan..pic kat atas tue gambar kami 1 syawal di mache,kelate..hihih..saya sangat suke tgk pic tue..kikikiki

syukur sesangat dapat beraya bersama suami dan keluarga mentua..walaupun rasa sedih juga mak n ayah tak dapat ikut beraya bersama-sama..dan saya paling tabik spring pada puan aminah shaari my mak kesayangan saya yang bekerja terus-terusan dari malam raya sampai hari nie tanpa off day lagi..dan paling saya rasa kesian puan aminah bekerja dari 7 pagi sampai 9 malam selama 3 hari..percaya tak~~~keje shift biasa sepatutnta 7 pagi dari 2 petang jer..memandangkan ramai dah cuti raya mak saya berkorban bekerja untuk budak2 yang sibuk nak balik kampung..dan yang pasti incik suami dah pesan awal2 kat saya tahun depan jgn bagi mak bekerja..biar turn mak pulak bercuti..sepanjang usia saya nie belum pernah mak bercuti pada 1 syawal~~...seperti kebiasaan saya dan ayah beraya berdua dan tahun ini ayah beraya sorang2 jer..kesian tgk..tapi raya ketiga saya dah balik penang..tk dapat juga bawak ayah kuar beraya sebab ayah demam..jadi saya dan incik suami wakilkan ayah dan mak ke rumah mak2 sedara..

paling saya tak lupa...
raya pertama saya di mache,kelate...
bersama-sama keluarga yang sangat ramai..
syukur ALHAMDULILLAH..
tak tahu nak gambarkan mcm mana...
perasaan itu sendiri...
kami balik ari ahad petang..sampai mache pon dalam pukul 10 malam cam tue..jadi isnin tue smpt lagi berbuka puasa dengan family..adik2 ipar saya semua berkumpul sama..petang isnin tue saya dah mula merajinkan diri bantu umi..tapi pagi isnin tue smpt lagi kami round pekan mache..memamng meriah sesangat..smpt lagi saya shoping tudung bawal..percaya tak..tudung yg saya tgk kat pekan kailan kepala batas harga diletak rm78..kat mache rm 40 jer...sempatlah saya pau 4 helai tudung...hihihihihumi
umi pulak  hempas pulas siapkan baju2 raya saya n adik ipar saya..umi sponsir semua baju raya kami adik beradik..TEMA ORANGE tue..ermm terharunya..so sya amik alih siapkan keperluan asas memasak..umi nak masak kuzi ayam utk raya tue..nielah pertama kali nak makan kuzi tue..so petang tue saya kupas bawang..goreng bawang,blender bawang..incik suami saya mmg betul2 rajin membantu..saya tahu dia risau tgk saya..kot2 la tk pandai biasakan diri..tpi saya tak tahu nak cakap cm mana,..incik suami suka sangat membantu di dapur..mmg betul2 ikut perangai umi yg rajin..saya n incik suami buat keje sama2 sampailah ke malam nak goreng ayam..tpi part nak memasak tue saya ketinggalan..tunggu umi lama sangat kt umah cheti..kul 1 pagi saya dah tertidur pun..umi mula masak dalam kul 2 pagi mcm tue...aduss pas nie saya kena get ready awal2..malu jugak kt umi nie..

pagi raya...
hihihih..sya kena dok umah sorang sbb saya raya awal dari orang lain..pagi tue saya rasa betul2 macam kakak ipar..saya iron semua baju melayu adik2 ipar saya siap sampin sekali tpi yg kelakar incik suami iron baju dia sendiri..hurmm incik suami yg rajin katakan..so sementara tunggu diorang balik raya saya kemas umah dan siap2 apa yg patut..diorang balik kami semua berkumpul di rumah mek(kat sni panggil nenek)...

inilah saat2 yang saya nantikan..
dulu saya selalu berangan hidup dalam family yg ramai..
meriah penuh dgn gelak tawa..
saling bermaafan..
dan inilah waktu dan ketika saya dapat menyaksikan semua ayah2 saudara dan mak2 saudara suami saya berkumpul..
macam2 gelagat ada..
macam2 menu ada..
paling saya tak sangka ada acara hari keluarga utk kami semua..
incik suami saya letak tajuk family day tue
"MALAM GALA AIDILFITRI KG AYER HIJAU"
(psstttt..yg tue nnti saya tulis lain..hihihi..nak g iron baju dulu)
lihat jerlah pic kat bawah nie di pagi raya..



p/s:Anugerah ALLAH yang diberikan pada hambanya sangat indah..saya harap saya tidak lalai dengan nikmat semua ini..insya allah amanah ini saya akan laksanakan dengan baik..terima kasih ya Allah..terima kasih buat suami saya ~~~sayang cayang