15 February 2013

Part 2: Hari Pertama Berlepas ke Fukui

Hari yang penuh mendebarkan...nak jalan jauh katakan...hihihi

Sampaikan malam nak tido awal pun saya ngan incik suami tak boleh nak tido...excited sangat kot..hu..hu

Pukul 5.00 pagi dah bangun...siapkan breakfast sendiri...jimat sikit...breakfast handmade..

Flight kami pukul 8.00 pagi.....Sebelum nak bertolak korang kena pastikan pasport,tiket dan barang-barang perjalanan dah nak siap semua...kami tutup suis elektrik dan paip air..risau jugak jauh2 ni..lebih selamat dan terjamin..insya allah..

Kami bertolak awal dari rumah sebab minta kawan incik suami hantarkan..Tahulah je parking LCCT sekali masuk berapa kena bayar kan...so parking free kat rumah kawan incik suami...Ada dua pasangan suami isteri yg boleh panggil makcik ngan pakcik ikut sekali dengan kami..diorang ni nak ke rumah anak diorang(Jiran pada adik ipar di Fukui)...

Sampai LCCT, macam biasa memang ramai macam Pudu walaupun hari tu adalah Hari Isnin ye...kebanyakan flight pagi adalah penerbangan antarabangsa..Kami dah check in awal so terus masukkan luggage di kaunter Air Asia untuk elakkan kesesakan barisan..

Selesai semua, pergi solat Subuh dulu dan terus makan sarapan bekal yang dibawa..bila gate dah buka boleh masuk..fisrt time dalam hidup nak ke luar negara..apa yang dapat diperhatikan...Imigresen Malaysia sangat peramah sampai cakap bahasa Jepun ...Irasshaimase - selamat datang..dan paling tak sangka ramai sungguh orang Jepun naik flight dengan kami..rugi tak snap gambar diorang sebab macam2 fesyen rambut ada especially lelaki...hihihi

kami dapat tepi tingkap dan agak ke belakang sekali...seat untuk dua orang..hihih..lega sikit..
penerbangan ni ambil masa 7 jam...huh..bangun tido je kejenya...


selalunya time pergi ni kita akan rasa sekejap je..tul kan
dalam masa penerbangan, steward @ stewardess Air Asia akan edarkan borang custom declaration yang kita harus isi dan bagi masa ketibaan di airport nanti..
tak susah mana nak isi..kalau nak tengok contohnya boleh guna mr google taip custom declaration japan..


alhamdulillah kami dah selamat tiba di Kansai Airport.

dengan suhu yang sejuk..masa tu suhu adalah 17 darjah celcius
dibandingkan dengan Fukui lagi ke paras rendah
ketibaan kami disambut K'ON sahabat adik ipar kami memandangkan beliau ada kelas
K'ON ni orang Kedah dan sangat peramah
memandangkan kami ada luggage yang terlalu banyak iaitu makanan dari Malaysia, beliau minta buat pengeposan dulu di kaunter bawah..
time tu saya ngan incik suami rasa macam nak bawa je sebab tak lah berat mana kotak makanan kami..
tapi tak sangka pulak dari Kansai Airport ke Fukui jauh dan meletihkan walaupun naik keretapi
nasib baik buat keputusan nak pos
sebelum naik keretapi nak ke Fukui
kami singgah solat dulu di Kansai Airport
alhamdulillah ada disediakan ruangan untuk solat


pengalaman pertama guna tandas disini mmg kelakar
tandasnya semua elektronik...kena tekan button yg korang rasa akan keluar air..hihihi
jangan harap ada paip air ye,pastikan tisu sentiasa ada dalam handbeg korang
masa nak ambil wuduk tu, ingatkan paip air ditekan2 macam kita kat sini
rupa-rupanya just letak tangan bawah paip tu
ada sensor akan detect tangan kita dan keluarkan air
itupun lepas ditegur wanita jepun tu selepas tengok perlakuan pelik saya yang asyik menekan2 kepala paip air tu...hahahahahhahaha
walaupun tak faham apa dia cakap, dari bahasa isyarat yang ditunjukkan memang sampai maksudnya...

selesai solat K'ON bagi kami tiket keretapi
jangan tak tahu,tiket sini memang mahal kalau kita convert duit RM
utk ke Fukui je tiket keretapi duit RM 300 utk saya dan incik suami
itu pun guna kad pelajar adik ipar kalau tak harganya adalah RM 600
tetapi bagi penduduk Jepun itu perkara biasa
sebab gaji mereka sangat tinggi setaraf dengan kos yang sangat tinggi
keretapi yang kami naik ni bukan keretapi laju yang biasa jer cam KTM kita..


kami kena tukar dua keretapi di Shin Osaka..

semakin ke Fukui
kesejukan semakin menekan tulang...hu..hu
orang Jepun yang sedang menunggu keretapi...masih sempat utk membaca lagi..


paling Mengujakan..
saya tabik hormat sesangat pada konduktor keretapi ni (^.^)

setiap orang yang diambil tiket beliau akan tunduk hormat
dan baki atau duit yang diambil akan dikira di depan penumpang
amazing tak...berapa ramai penumpang dalam keretapi tu?
ucapan arigato ozaimas (terima kasih) sentiasa tak lekang dari mulutnya
jurutol kita pun tak macam tu kan..
kita yg teruja ucap terima kasih kat diorang tu...
dengan perut yang lapar dan mata yang mengantuk
kami tiba di Fukui jam 4.30 petang....macam pukul 10.00 malam dah... dalam suasana hujan rintik-rintik
masa tu salji baru habis..
boleh nampak sisa-sisa salji yang berbaki di tepi-tepi jalan..rasa terujanya..
first time tgh salji kan...

sampai je rumah....
umi,tah,akmal dan baby khalisya dah menunggu dengan hidangan malaysia...huhuhu
nyum2...nyum..
pas makan,mandi air panas...zzzzzz tido dengan baju dan berstokin tebal..
sebelum tu nak bagi tahu..tandas rumah diorang pun elektronik jugak siap dengan air panaz..hohoho

bersambung lagi.....utk perjalanan hari kedua..




03 February 2013

Part 1:Persiapan Sebelum Ke Fukui (Jepun)

Assalamualaikum..
 
Alhamdulillah syukur ada rezeki dan peluang sampai ke Negara Matahari Terbit..boleh letak dalam list 2013..impian tercapai ke tempat kartun DORAEMON & ATASINCHI yg minat sangat tengok kt tv..kikikiki
 
ada semangat nak kumpul duit nak pergi lagi..memang best sangat kat sana..
saya dengan incik suami rasa menyesal sebab pergi trip seminggu jer...padahal boleh buat trip dalam 2 minggu...so maknanya akan kembali lagi,,tak sabarnya...
insya allah kalau dipermudahkan rezeki buat kami..amin..amin...amin
 
okeh malas nak bercerita panjang..hihihih...kali ini saya akan share semua pengelaman dan pengetahuan sepanjang perjalanan ke Fukui..
 
mana tahu ada rakan-rakan yang nak pergi..boleh buat rujukan sikit2 di sini kan..kan
tak pun lepas baca jer sharing ni, cepat2 pujuk incik suami buat meeting tergempar untuk pergi ke Jepun..hihihi

Persediaan ke Jepun memakan masa hampir 1 tahun..
sebabnya:-
>>> haruslah mengumpul duit secukupnya untuk perbelanjaan disana dan membeli tiket flight kan
>>>menanti promosi gila2(tak gila mana pun) dari tagline "Semua Pon Boleh Terbang"..hu..hu..
AIR ASIA lah..
>>>masa nak beli tiket korang check sama bulan nak pergi tu musim apa?
klu panas,sakura tak da masalah sangat,klu sejuk dan salji kena siap sedia apa yg patut...

actually tiket yang dibeli time promosi oleh kami lebih kurang seorang RM 349+..
harus tahu ada 2 airport di Jepun ni iaitu Tokyo dan Kansai..
kami nak ke FUKUI jadi harus turun di Kansai Airport..
seperti biasa tiket flight pergi akan murah dan balik akan up dari harga sedia ada kan..
so plus dengan add on MEAL bagi pergi Menu Malaysia dan balik dengan Menu Western bagi perjalanan pasangan suami isteri ini adalah RM1700..dan...dan...dan
anda jangan terkezut ye dengan syarikat penerbangan ini tentang Seat..
sbb kami dah terkena..
walaupun kita beli sekali, tiket kita mungkin tidak akan dapat duduk bersebelahan
perkara ini terjadi masa kami nak check in tengok time balik seat jauh so terpaksalah incik suami tukar seat..
semua tu menambahkan lagi $$$...
nak tukar seat harus bayar RM35 hu..hu..
nasib baik time pergi dapat dok sekali tapi nun dibelakang sekali
kalau tak memang buat dosa kering nak mengutuk2..
 
PERHATIAN!!
paling penting nak ke Negara Jepun ini haruslah ada visa seperti ini
 
visa ini kalau nak selamat buat sebulan sebelum perjalanan
dan paling lewat dalam tempoh dua minggu
jgn buat saat2 akhir takut ada dokumen tak lengkap
yang kena reject..
kedutaan jepun ada dua tempat
bagi utara dan pantai timur boleh buat di Penang
dan selebihnya buat di Kuala Lumpur
nak tahu alamat kedutaan jepun boleh jenguk sini
lengkap dengan tatacara borang2 yang diperlukan untuk melawat Jepun
dan..dan
nak ke Jepun ni mereka perlukan account statement kita
ada kata paling kurang mahu dalam RM 10 000 untuk tahap selamat kelulusan
tapi hari tu incik suami cuma ada RM 8000
dan saya dalam statement ada RM 5000 (tapi dia tak tengok pun)
lepas jugak..so nak elak daripada reject lebih kurang average dalam
akaun kita ada dalam RM 8000 lebih la cam tu..
klu tak cukup pinjam duit kawan2 ke,mak ayah ke, sepupu sepapat ke
untuk letak dalam acc..
lepas tu korang bayar balik leerr..
jgn pepandai plak nak guna duit tu yg dipinjamkan utk print statement jer...(^.^)
nak dapat visa ni sekejap je dalam tempoh 3 hari waktu bekerja
 
PENJAWAT AWAM!!
nak selamat mohon cuti rehat dan kelulusan ke luar negara sebulan awal
kalau rasa pejabat korang jenis pesen lambat proses itu ini
buatlah dua bulan awal ke..lebih selamat
then kena minta bahagian sumber manusia buat surat pengesahan yang korang bekerja disitu
untuk dihantar sekali masa nak proses visa
minta diorang buat dalam bahasa inggeris ye
sebab pejabat visa tu orang jepun,dia tak paham pon bahasa kebangsaan kita
(dah terjadi kat kami,surat kena reject sebab dalam bahasa melayu)
 
VISA DAH SIAP!
bila visa dah siap..
korang boleh la berlapang dada
menghitung hari seperti saya dan incik suami ke Jepun
time kitaorang nak pergi ni musim winter
so adik ipar minta kami bawa baju tangan panjang banyak2..
ingat nak beli baju sejuk tapi rasa tak berbaloi pulak
sebab adik ipar pun dah ada baju winter banyak kat sana
kami pon bukanlah ahli perniagaan nak travelling tiap2 tahun kan...hihihi
tunggu saya atau incik suami sambung belajar kat overseas la,,wawawa boleh gitu kan...
klu kepingin sangat nak beli baju winter...hihiih
just survey2 baju winter harganya dala RM 200 ke atas
tapi kalau time ada sale macam kat SOGO disember hari tu
dah boleh dapat dalam RM 99 n 100 lebih jgk..
depend bajet korang la..
klu bajet banyak blh je beli
kitaorang mmg budget2 je..
so beli mana yg penting je..
 
nantikan sambungan PART 2: HARI PERTAMA BERLEPAS KE JEPUN
 


02 January 2013

Ujian HSG

Assalamualaikum semua..

sebelum melangkah berakhirnya 2013...
akhir 2012 mendepani cabaran yang sedikit mengetarkan hati jiwa..
alhamdulillah berjaya melaluinya..
berkat sokongan incik suami, mak dan ayah
moga pembuka 2013 ada rezeki untuk kami sekeluarga
amin..

kita mulakan dengan story Ujian HSG...
siapa pernah dengar ujian ini.???
ada yg pernah dengar, ada yg tak pernah dgr lgsg kan..
nama panjang Histerosalpingografi..
bagi rkn2 yg sedang berusaha dapat baby dalam tempoh yang lama, doktor akan cadangkan menjalani
ujian ini  untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan

kalau yang dah berpengalaman menjalani ujian ni
ramai yg surrender awal2..
ada yg kata biarlah sekali seumur hidup
ada yg kata tak sanggup nak ingat rasa kesakitan
dan..
ada juga yg kata rasa sakit sikit sahaja

me????????
kalau kena buat kali kedua pun masih sanggup
dan boleh melaluinya..
sebab apa???

1...first..rasa sakitnya macam period pain(setiap bln me mmg ada pengalaman di serang sengugut)
2.....second....doktor yang membuatnya sangat profesional dan berlemah lembut..

thanks dr fatimah yg vogue dari KPJ Tawakal
sebelum buat treatment ni..
me dah guna incik google untuk dapatkan maklumat awal sebagai persediaan
mental...
bila baca...
huhu...
gerunnya...
paling banyak komen di forum ratu..
pengalaman dan costing buat HSG semua dikongsikan kat situ...
diikutkan KPJ Tawakal paling murah RM 180 dibandingkan KPJ Damansara/Kajang RM200++
Klinik Daya pun ada jugak..tak silap RM 190..
paling menenangkan hati sedikit bila baca post Sakit Tak Buat HSG oleh
http://axanixa.blogspot.com/2012_07_01_archive.html
so positif
sampaikan me suruh incik suami baca untuk pengetahuaanya dan sokongan emosi untuk me..
walaupun ditnya knapa cyg>>>>>>>ermmmm....baca je ye incik suami..

apa pengalaman yang dikongsikan dalam blog Pages of My Life
sama 100% dengan apa yg me lalui..
bezanya Puan Axanixa menjalani untuk kali-2
dan me adalah pengalaman pertama...alhamdulillah berjaya melaluinya..
walaupun masa tiub cecair tu masuk
dan sikit demi sikit kesakitannya dirasai
dalam hati sambil berzikir
Ya ALLAH cepatlah proses ini selesai
bila selesai rasa hilang segala kesakitan tu
sampaikan incik suami tengok
nampak muka cam tak sakit jer...
hihihihi..

segala teknik tapping semua dah amal..AKU PASRAH AKU REDHA YA ALLAH
syukur selesai langkah pertama ini

menanti langkah kedua,,
moga urusan ini dipermudahkan YA ALLAH...



25 December 2012

Generasi keempat keluarga Hj Musa>>>

Syukur alhamdulillah penantian lebih 2 minggu adik ipar saya tah & akmal di jepun lahirlah baby sizuka yg sangat cute....

ikutkan date 12.12.2012...memang dah ngam kan date..
dan date tue jgklah kalau ada rezeki kami(tk mo ckp cite sedey  lagi cuma teringat je)..
tapi baby sangat seronok duduk dalam perut umi nya..

hinggalah...

25 Disember 2012..
jam 4.41 petang waktu jepun..
dengan berat 3.25kg


semua ahli keluarga tumpang gembira..especially umi sbb itulah cucu sulung dalam keluarga kami..


tahniah tah & akmal..
moga puteri ini menjadi puteri solehah
puteri penenang dan penyejuk jiwa..
amin..
moga selepas ini ada rezeki utk kami jua (^.^)
insya allah bakal menyusul adik ipar saya yang kedua pula(skrg tgh pregnant).....

dalam 3 minggu lagi kami akan fly ke fukui utk jumpa baby sizuka..tk sbrnya...haik..haik..haik

Berkongsi Ilmu !

Jom kita berkongsi ilmu…isi ilmu adalah dari ceramah Tuan Hj Nazmi, Pegawai Psikologi dari Kementerian Pelajaran Malaysia..


Sangat humble walaupun knowledge nya sangat tinggi

Apa yang diceramahkan membuka diri..meresap ke jiwa

Ada yang bergenang air mata…

Inilah yang kita perlukan..sesekali teguran yang menyentap jiwa..

Manusia ni kena hantar service supaya minda,jiwa,tingkah laku di polish ke arah positif..

Macam kereta jugak..tak hantar servis mulalah buat hal dan perangai…

Pointnya adalah

Doakan untuk semua. Jangan kedekut doa.

Jaga emosi. Emosi stabil. Organ akan sihat. Contoh penyakit breast cancer. Hakikatnya kanser yang berlaku adalah di dalam minda.Bukan di breast masing-masing.

Keluarkan segala emosi negative, barulah badan akan ringan.Apa yang berat adalah bebanan emosi…Kesejahteraan emosi amat penting..Jangan berdengki,Jangan Marah,Jangan Khianat

Ilmu the Law of Attraction-buatlah kebaikan walaupun sedikit…Kita selalu solek muka tapi jarang sekali solek hati..

Strukur Tubuh Manusia:pastikan kandungan air dalam badan cukup..badan perlukan alkali yang sangat tinggi…boleh google kajian professor dari jepun tentang kuasa air..Masaro Imoto..

Air sama seperti mana kita letak bila nak baca yasin..air ada kuasa ion positif jika diucapkan perkataan-perkataan yang positif..untuk keharmonian suami isteri..Tuan Hj minta letak bekas air dalam bilik tidur..bacalah istighfar(3x), alfatihah(1x),3 qul(3x),selawat shifa..bila terjaga dari tidur suami dan isteri minumlah air tersebut sebelum mandi.

Untuk mendapatkan kandungan oksigen dalam tubuh yang paling segar dan tidak tercemar dengan udara lain…pukul 4 pagi kalau terjaga bukalah tingkap dan hiruplah udara dengan kiraan nafas 8..tahan…dan lepas….itulah udara yang segar dan nyaman..mampu menguatkan dan membersihkan paru2 kita..kata tn hj..sebab tu la air embun turun pada waktu tu kan..

iNilah sikit sebabnya point ceramah dari tuan hj yg kita boleh amalkan dan kongsi dengan rakan-rakan lain…=)



26 November 2012

stress!!

stress!!
semua orang pernah stress kan..ada yg tak stress...
nak tahu siapa?
orang yg tak waras je..
hidupnya simple..pagi cari makan kat tong sampah
lepas tu kutip baju kat mana-mana tempat orang buang..
kalau lapar singgah mana2 mintak makan
naik bas free
leh jalan2 macam pelancong
boleh tidur kat mana-mana tempat yang suka..
macam tuelah kan pusingan kehidupan org tak waras
sesekali kita kena melihat
dimensi sisi kehidupan manusia yang lain
sama ada yang waras atau tidak
kerana mereka,kita dan orang lain adalah hak milik ALLAH S.W.T
kita yg waras ni
kena bersyukur kan
sebab kita ada stress
stress mendorong kita
mengawal kita
mendesak kita
untuk apa?
supaya kita mengubah sesuatu keadaan
HIDUP TAK SEMESTINYA AKAN MANIS MACAM ASKRIM
KITA AKAN MENANGGUNG BEBAN..TAPI ENDINGNYA
TETAP AKAN MANIS..
teringat kata2 seorang kaunselor yang sangat dihormati pegangan dan ilmunya
STRES ADA DUA DISEBABKAN
::KITA BOLEH MELUPAKAN TETAPI TIDAK BOLEH MEMAAFKAN
::KITA BOLEH MEMAAFKAN TETAPI TIDAK BOLEH MELUPAKAN
jom muhasabah diri (^.^)


09 August 2012

pengisian di bulan Ramadhan..

alhamdulillah kita dah sampai 10 akhir bulan Ramadhan..

syukur Ramadhan kali ini saya dapat kesempatan join tadarus Al-Quran..tanpa segan silu inilah pertama kali saya dapat peluang menyertainya di organisasi tempat mencari rezeki..sebelum ni tiada peluang tapi kali ini dah diberikan peluang..
dan tanpa diduga saya telah dilantik menjadi ketua kumpulan..tanggungjawab yang dirasakan berat..
masa dapat email tu tengok nama di ranking ketua kumpulan..rasa macam alamak kenapa nama aku ada kat situ plak..rasa tak yakin diri mula melanda diri ini..huhu
tapi istiqamah balik cakap dengan diri inilah tanggungjawab yang diberikan supaya diri sendiri dapat memperbaiki diri ke tahap yang lebih baik..
saya rasa kekurangan diri mungkin tak sehebat rakan-rakan lain yang baik dari segi taranum,tajwid dan tafsiran..disebabkan rasa kekurangan itulah mendorong saya untuk memahami tafsiran ayat al-quran dengan lebih baik..
group saya diberi nama Kumpulan Hafsah oleh Jawatankuasa Surau..kumpulan kami diberikan surah As-Syua'ara hinggalah ke Surah Al-Ahzab(mengandungi 8 juzuk surah)..
kumpulan saya terdiri daripada 5 orang ahli yg on dan off..biasalah orang perempuan kan..
tapi alhamdulillah hari ini kami dah menghabiskan kesemua surah yg diberikan..
dan saya mencari inisiatif sendiri berkongsi dengan ahli kump kelebihan surah yang dibaca..paling terkesan di hati saya adalah sural al-Naml  dan al-Luqman..

Surah AL-NAML
bermaksud semut..di dalam Al-Quran tertulis bagaimana kelebihan Nabi Sulaiman boleh bercakap dan memahami bahasa haiwan..dikisahkan bagaimana kerjasama,komitmen,kegigihan,keazaman, semangat, strategi menghadapi kecemasan yang ditunjukkan sifatnya oleh semut-semut ini boleh diserap ke dalam jiwa kita..semut hanyalah binatang kecil..yg kita manusia ni naik rimas bila dia hurung makanan..especially yg manis-manis kan..tapi kecilnya semut itu memiliki jiwa yang sangat besar..contohnya mudah je..kalau ada seekor semut mesti akan ada geng dia lagi kan..semangat kerjasamanya untuk mengangkut makanan2 manis tu..rezeki yg ada dikongsikan bersama..kita??kalau ada rezeki lebih berkongsikah kita dengan yang lain?? Adakah kita menghargai setiap nikmat yang kita dapat itu?? Tinggikah komitmen kita pada ibadah, kerjaya dan keluarga?? Sejauh mana keazaman dan kegigihan itu tertanam di dalam diri kita?? wallahualam...sama-samalah kita muhasabah diri kita masing-masing....

Surah AL-LUQMAN
mengisahkan sabahat Rasulullah S.A.W menyampaikan wasiat kepada anaknya..sangaterkesan di hati saya...selagi ibu ayah di muka bumi ini saya cuba untuk menjadi anak solehah utk mereka..moga Allah berikan petunjuk dan kekuatan kepada saya..saya bersyukur menjadi anak Puan Aminah dan Encik Ismail..=)
kawan-kawan boleh baca di link ini..sama2 lah kita aplikasikan pada anak-anak kita sejak di dalam kandungan lagi....
http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/wasiatluqman.htm

Hari Isnin minggu depan diadakan Majlis Khatam Al-Quran..Moga program sebegini diberkati oleh-Nya..jom kita tambah pengisian lagi sempena Ramadhan Terakhir ini