03 August 2010

status baru =0

budak kecik yg dh membeso..

alhamdulillah....selesai sudah fasa pertama bergelar tunangan orang..huhuh..
sekalung penghargaan dan ucapan tima kasih buat yg tersayang mak dan ayah,tok.tok ayah, maklong and my cousin kak hasnah (dth jauh dri jengka  pahang smata2 utk kenduri tunang anak sedara..tima kasih byk dgn bantuan tenaga),maktam + pak tam wif my cousin kak liza (thanks kak liza bantu bhgn tudung),pak su + maksu wif my cousin ina & wan (tima kasih mksu sudi beri bantuan tenaga & sponsor coklat hantaran & wan tima kasih byk2 sudi jdi pengapit dlm sgala hal ),mak ndak + pak ndak wif acik n kak zura (mak ndak tima kasih atas bantuan tenga & brg2 keperluan utk kenduri like carpet,senduk,periuk..& sponsor 1 big cake),mak lang + paklang (thanks sudi sponsor 1 hantaran), pkcik + mkcik (sudi dtg walau haziq demam), mk ndak + pk ndak wif my cousin diana,anas,abg eli, waina,aji (thanks makndak bgi pinjam brg2 kenduri and sponsor 1 hantaran,,tima kasih utk abg eli yg sudi bca doa) dan smua hali keluarga yang jauh dan dekat.............sgt2 terharu dengan sokongan dari family dan kwan2...
detik2 debaran dah selesai..2 minggu persiapan berjalan dgn lancar..sudah semestinya 31 julai 2010 meninggalkan memori yg sangat manis utk me and incik tunang erk..rasa lega sesangat tgk smua hepiiii jer..dan kata incik tunang meriah nya majlis..dan incik tunang siap komen org tue dah mcm pengantin dah...ahaks!!!!..tkperla jnji smua hepi...and me also hepiiiii jugakk termasuk incik tunang ...

utk incik tunang


20 July 2010

DemAm = BaTuk = SelSema = SakiT tEKaK

kohh..kohh..kohhh..itu je kejenya batuk siang malam tk berhenti..bermula minggu lepas program di kompleks tabung haji aku mula rasa tak sedap badan.. dan finally pagi hari kedua demam dah menyelubungi diri...pukul 3 pagi terjaga dengan muntah tanpa henti...lepas tue tak boleh tido dan mata pon rasa nak tertido masa memandu..tpi gagahkan diri demi program tersebut dan juga harus gagahkan diri juga untuk drive ke kl..lastly aku tk mampu dan terpaksa serah stereng pada ayah..hanya mampu sampai tapah jer..sbb rasa dah mcam nak pitam dah...

dalam bulan nie baper kali kondisi kesihatan yang tidak menyenangkan..ermmm...keje byk..rehat tak cukup..tido tak cukup..makan tak cukup..huhuhu
syukur nikmat kesihatan yg diberikan sebelum ni..tpi bila nikmat sakit Allah bagi sekejap jer..mula nak menguji hambanya mulalah keadaan diri mula tak fokus..sakit tekak yg menganggu, badan yg rasa letih jer sekejap panas..sekejap sejuk..selsema yang bersulam2 datang membuatkan fokus ku lari sedikit dalam keje..tpi apakan daya..keje itu adalah amanah dan harus cekalkan hati untuk menyiapkannya,,
moga Allah permudahkan perjalanan ini.....




17 July 2010

penang-kl-putrajaya-kl-penang

tahun nie barulah ada peluang sampai kl..itu pon atas dasar masuk pengucapan awam di kementerian..seperti biasa mk ayah follow sekali sbb amik kesempatan holiday..huhuhu..Jalan Tar sedang menggamit kedatangan kami untuk membeli belah erk..hohohoh

gaye aku mengayat audien..huhu
pengucapan awam di jalan dato onn..first time masuk untuk jabatan..langsung tk da experience cm mana caranya..hentam jer la cam mana pon..awal sangat sampi kul 7 lebih..hehe..tue pon nasib baik ada peneman dan penunjuk jalan..tima kasih byk2 pada dia sebab sudi tolong walaupun tgh sibuk dgn asian school games..sempat la curi masa untuk borak ngan dia..hehehe..masa pendaftaran ramai yg belum smpi..dan peserta yg sampai awal akan diberi giliran awal utk berucap..kebetulan terjumpa dgn adik junior kolej yg juga merupakan team debat aku dulu..si shahrulnizam..ada gak kwn utk bersembang dan melepaskan rasa cuak..3 kali p toilet..hahaha..dah lama sungguh menanti dan menunggu mana taknya..kena turn yg pertama berucap..debaran tue makin nak dekat barulah rasa dup..dup..dup..alhamdulillah nak berucap 5 minit jer..selesai tugas tue..tunggu turn shahrulnizam dan aku pun mengundurkan diri utk ke putrajaya bgi menziarahi sahabat lama di jpa..kakak2ku..hehehe

masa mmg cemburu..hanya sempat lucnh dgn kak afzan..pastu borak2 jap ngan kak suli,kak timah n kak ina..tk smpt nk mlwt yg lain..balik smula ke kl utk date dgn sis intan..kami melepak di food court sogo.macam2 story mory ada..dah hampir setaun kami tk jumpa..

peristiwa menarik!!!hehehe..dalam lif masa aku n kak intan nak kuar..tiba-tba jer tgn aku ditarik oleh seorang foreigner..(wanita bukan lelaki k)..klu man dah mmg kena hayun dgn handbag..dia ckp dalam bahasa omputih..tergeliat gak la kami nak reply balik..bila dah aku translate..dia tanya mcm nie lah..dapat mana batik nie..sangat cantik..nak dapat yg original di mana..aku pon jwb saya beli kt penang..klu nak yang asli di kelantan dan terengganu mmg byk pilihan..harga pon berpatutan..masa nilah kita nk promosi malaysia..terlupa plak nk tanya dia nie dri mana..dia siap suh tulis lagi dalam buku dia kt mana nak beli batik..

selesai sesi date..kembali ke hotell..waaa jap jer jumaat dah nk balik penang..malam tue si dia datang hantar resit hotel yg nak claim..dan dapat kek coklat dan baju free kejohanan dia..hehe/....coklat kek!!!!my favourite....pndia dia amik hati..huhuhuhu

dah tinggal sebahagian jer..
pagi tue smpt mak mengusik lagik..wahhhhhh orang tue dah dapat kek besday awal..heheheh..sebelum balik penang mcm biasa masa untuk membeli belah di Jalan TAR,,beli 5 pasang kain cotton jer..nk buat baju pakai g ofis..beli gak baju raya kt mak tok dan mak..hai nape gaji lmbt erk.klu tak blh shoping byk skit..huhuhu..budget bulan ini harus dijaga baikkkkkkkkkk2....dah tk lama lagiii..hurmmm menghitung hari jer..tkutnyaaaa.



10 July 2010

Happiness..

kembali semula utk menulis..rindu utk mencoret di papan blog nie..hehehe..nmpk sangat membusykan diri dengan keje2 untuk rakyat dan keje-keje sekolah..huhuhuh..curi masa sekejap..

banyak perkara yang telah berlaku sepanjang bulan mei hingga julai ini dirancang dan diluar perancangan..sesungguhnya kita merancang dan Allah itu lebih mengetahui peracangan yang diaturnya..wahhh unbelieviable..sering tertanya dalam diri..betulkah ini..bermimpikah diri ini..tapi yang pasti inilah perkara yang telah dilalui dan akan dilalui..apa yerr...hahahah..nak main teka tekuk la plak..please ler mashi..

alhamdulillah syukur sangat2..hujan gerimis yang muram dah bertukar kembali pada pelangi dan matahari yang menyinari..tidak sangka matlamat menimba kursus ke pantai timur untuk tahun ini..kali kedua ke intim..bukan sahaja mendapat pulangan ilmu tetapi telah mengeratkan silaturahim antara 2 keluarga..2 in 1..huhuhuh..

bukan diri ini sahaja yang gembira tetapi disambut oleh kegembiraan orang-orang sekeliling..mak ayah,mak su,mak teh,mak cik,mak ndak,tok,tok ayah dan semua sekali sepupu sepapat..paling gembira hajat mak dan ayah yang didoakan selama ini telah dimakbulkan..suka sangat2 melihat mak yang sangat2 excited..hehehee.

terima kasih pada sis intan yang selama ini menjadi kakak/sahabat/teman/rakan mendegar luahan hati dan perasaan ini..dah menjadi seperti kakak kandung..pada siapa lagi nak menumpang kasih selain pada teman-teman rapat yang dianggap seperti kakak dan abang kandung sendiri..mendoakan yang terbaik untuk diri ini..bak kata mereka..tk boleh jadi budak2 kecik lagi..kena belajar jadi budak besar yer mashi..wakakaka..

masanya dah semakin hampir..kita tungguu..jeng..jeng..jeng...pasti akan dimomenkan dalam blog ini..




10 June 2010

PERGOLAKAN DAN PEPERANGAN EMOSI WANITA

Pergolakan dan peperangan antara emosi dan rasional di dalam hati wanita (dan semua yang bernama manusia) inilah yang kebiasaanya menguji pergaulan seharian terutama di dalam persahabatan. Di dalam majalah Anis Februari 2010 ada menyebut emosi wanita umpawa air yang amat lemah sifatnya yang mudah berubah bentuk mengikut bekas atau acuan yang apabila dibezakan dengan kekuatan hati lelaki seumpama seketul batu yang amat teguh walau diletakkan di bekas manapun. Sifat ‘lembik’ dan ‘lembut’ emosi ini jualah yang menjadi punca mengapa kaum hawa lebih mudah untuk berasa hati atau terhentak hati dengan sekecil-kecil isu sekalipun. Terasa itu, terasa ini, sakit hati begini, sakit hati begitu, sedih kerana ini, sedih kerana itu dan dek kerana inilah agaknya memang hati wanita tidak ‘sekuat’ lelaki apabila menghadapi sikap-sikap dan tindak-tanduk insan-insan di sekelilling walau siapa saja ; suami, anak-anak, ahli keluarga, ipar-duai, kawan sepejabat, bos, jiran, orang lalu lalang dan sebagainya, dan inilah ujian yang selalu ditimpa oleh sahabat-sahabat sejati. Iaitu untuk menjadi sahabat ketika diri sendiri dibuai perasaan, untuk menjadi sahabat ketika sahabat terbuai perasaan dan ‘memangsakan’ kita pula...



05 June 2010

SESUCI KASIH NORLINA ALAWI

SESUCI KASIH NORLINA ALAWI adalah sebuah buku ditulis oleh Lily Haslina Nasir..diterbitkan Alaf 21 Sdn.Bhd..cetakan pertama 2006

Buku ini aku temui ketika sibuk mencari buku psikologi di Perpustakaan Seberang Jaya..lain dicari lain dijumpa..memandangkan jumaat masa rehat yang panjang aku pun melarikan diri seketika ke perpustakaan..sampai saja ke sana..seperti biasa la masuk ikut pintu dan terus menuju ke bahagian Psikologi..tapi di rak tue kosong saja..dan notis tertulis PIHAK PERPUSTAKAAN SEDANG MEMBUAT PENYELENGGARAAN BUKU-BUKU DAN PIHAK KAMI MEMOHON MAAF DI ATAS KESULITAN YANG ANDA HADAPI..adusss...terpaksalah aku redah dari rak ke rak mencari buku-buku yang aku nak tue..dalam sibuk mata memerhati kiri dan kanan..lantas anak mata aku berhenti memerhati buku SESUCI KASIH NORLINA ALAWI..muka depannya menunjukkan gambar seorang bayi yang dipangku oleh beliau dan seorang kanak-kanak lelaki mencium pipinya..aku terus mengambil untuk dipinjam tanpa membuka langsung isi dalamnya..yang pasti aku memang ingin mengetahui kisah hidupnya..apa yang ditulis dan apa yang ingin diceritakan.

selalu juga aku mengikuti kisah NORLINA ALAWI di kaca televisyen dan di dada-dada akhbar..seorang wanita yang sukarela menjaga kanak-kanak menghidap HIV/AIDS..pernah suatu ketika dulu TV1 menerbitkan kisah benar yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut..tapi aku tidak dapat mengikuti sepenuhnya episod tersebut kerana ditayangkan pada waktu bekerja..memang betul-betul menyentuh hati..

Membaca kisah Norlina Alawi menyebabkan mata aku berkaca-kaca dan fikiran ligat berfikir..YA ALLAH..masih ada lagi insan berhati mulia di dunia..siapa yang boleh melakukan pengorbanan sepertinya.bukan sahaja wang ringgit,masa,tenga dan segala-galanyaa...perjalanan getir Yang Dipertua PERNIM melimpahkan kasih sayang anak-anak yang kurang bernasib baik bermula dari sejarah hidupnya sewaktu kecil hinggalah beliau berjaya mengasaskan PERNIM (Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia)..semangat yang dimilikinya sangat luar biasa...telah memiliki anak-anak kandung seramai 7 orang tapi masih bersusah payah untuk membantu kanak-kanak lain..malah beliau sanggup menyusukan bayi yang disahkan menghidap HIV..mampukah kita melakukan sedemikian?

p/s : Adakala masyarakat kita hanya tahu menghina,mencerca,mengutuk tetapi kenapa kita tidak membantu anak-anak HIV/AIDS ini ..mereka juga seorang insan yang tidak dipinta untuk dilahirkan sedemikian..apa salah mereka????

24 May 2010

kenangan BTN..

Tarikh kejadian:19 hingga 23 mei 2010
Lokasi kejadian: Pusat Latihan Naka, Pekan Naka, Alor Setar

Hari aku patut melapor diri pukul 2.30-4.30 petang..aku masih berada di penang untuk nasyid jabtan..ahhh masa tue hati aku dok berdebar2 gak..aku pon mesej la kt ketua fc mintak ampun sbb mungkin tk dapat attend taklimat pukul 5 ptg tue..dalam ayah dok rushing sbb nk smpi awal akhirnya tibalah jugak pukul 7.20 malam..jalan nak masuk ke sana mmg menggerunkan jugak..mana taknya kri kanan hutan..rumah org pon tk bape nak ada..signboard pon tk ada gak..

setibanya di sna dh nmpk baper2 org fc dok tuggu..tambah cuak lagik da nmpk smua org dah pakai baju hitam putih kt dewan makan..ketua fc mintak aku lapor diri kt ketua jurulatih..mai aih gerun gak tgk 3 org jurulatih tue pki uniform(time tue tk tau lgi nma depa dipanggil dgn gelaran pak din,pak mail dan pak yunus)..tergagap gak nk menjawab soalan ditnya bertubi2..da macam sesi soal siasat kat balai plis..selesai tue aku p amik cadar,selimut,sarung bantal ke asrama 3..kwn2 bilik aku msa tue smua da nak siap2 solat jemaah maghrib..

utk ahli asrama 3..kak jun,ummu,kak ina,kak yana,kak mariah dan nina korang mmg best gilerrr..otak pon adakala ting tong gak..hehehehe('',)

perkara yg mengejutkan aku sebahagian dri team nie smua warden penjara dri penjara seluruh malaysia dan ada yg masih dalam training di pulapen..mak aih memag tabik tgk stamina diorg..yg kami nie bukan dri jbtn lain terpaksa kedek2 skit bila time kawad ngan ujian stamina..

aku ditmptkan di kump 2 bersma2 kak mariah,kak k,kak noni,shamil,suhairil,zaid,halim,rashidah,heirun,kak ct..ketua kump kami halim dri pulapen dan assistant kak k dri pejabt tanah spt dibwh bimbingan tn hj abd rahman..byk kenangan manis dikongsi bersama..mana taknya smua sentiasa bersama..kawad bersama..makan bersama..kerja kumpulan bersama

hurmm..tk disangka plak aku digelar kak joget..aishhh..nie gara2 kelas konduktor muzik tak diktiraf la..malu..malu..apa2 pon smua nie mendidik diri nie lebih berkeyakinan diri..