10 June 2010

PERGOLAKAN DAN PEPERANGAN EMOSI WANITA

Pergolakan dan peperangan antara emosi dan rasional di dalam hati wanita (dan semua yang bernama manusia) inilah yang kebiasaanya menguji pergaulan seharian terutama di dalam persahabatan. Di dalam majalah Anis Februari 2010 ada menyebut emosi wanita umpawa air yang amat lemah sifatnya yang mudah berubah bentuk mengikut bekas atau acuan yang apabila dibezakan dengan kekuatan hati lelaki seumpama seketul batu yang amat teguh walau diletakkan di bekas manapun. Sifat ‘lembik’ dan ‘lembut’ emosi ini jualah yang menjadi punca mengapa kaum hawa lebih mudah untuk berasa hati atau terhentak hati dengan sekecil-kecil isu sekalipun. Terasa itu, terasa ini, sakit hati begini, sakit hati begitu, sedih kerana ini, sedih kerana itu dan dek kerana inilah agaknya memang hati wanita tidak ‘sekuat’ lelaki apabila menghadapi sikap-sikap dan tindak-tanduk insan-insan di sekelilling walau siapa saja ; suami, anak-anak, ahli keluarga, ipar-duai, kawan sepejabat, bos, jiran, orang lalu lalang dan sebagainya, dan inilah ujian yang selalu ditimpa oleh sahabat-sahabat sejati. Iaitu untuk menjadi sahabat ketika diri sendiri dibuai perasaan, untuk menjadi sahabat ketika sahabat terbuai perasaan dan ‘memangsakan’ kita pula...



No comments:

Post a Comment