02 January 2013

Ujian HSG

Assalamualaikum semua..

sebelum melangkah berakhirnya 2013...
akhir 2012 mendepani cabaran yang sedikit mengetarkan hati jiwa..
alhamdulillah berjaya melaluinya..
berkat sokongan incik suami, mak dan ayah
moga pembuka 2013 ada rezeki untuk kami sekeluarga
amin..

kita mulakan dengan story Ujian HSG...
siapa pernah dengar ujian ini.???
ada yg pernah dengar, ada yg tak pernah dgr lgsg kan..
nama panjang Histerosalpingografi..
bagi rkn2 yg sedang berusaha dapat baby dalam tempoh yang lama, doktor akan cadangkan menjalani
ujian ini  untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan

kalau yang dah berpengalaman menjalani ujian ni
ramai yg surrender awal2..
ada yg kata biarlah sekali seumur hidup
ada yg kata tak sanggup nak ingat rasa kesakitan
dan..
ada juga yg kata rasa sakit sikit sahaja

me????????
kalau kena buat kali kedua pun masih sanggup
dan boleh melaluinya..
sebab apa???

1...first..rasa sakitnya macam period pain(setiap bln me mmg ada pengalaman di serang sengugut)
2.....second....doktor yang membuatnya sangat profesional dan berlemah lembut..

thanks dr fatimah yg vogue dari KPJ Tawakal
sebelum buat treatment ni..
me dah guna incik google untuk dapatkan maklumat awal sebagai persediaan
mental...
bila baca...
huhu...
gerunnya...
paling banyak komen di forum ratu..
pengalaman dan costing buat HSG semua dikongsikan kat situ...
diikutkan KPJ Tawakal paling murah RM 180 dibandingkan KPJ Damansara/Kajang RM200++
Klinik Daya pun ada jugak..tak silap RM 190..
paling menenangkan hati sedikit bila baca post Sakit Tak Buat HSG oleh
http://axanixa.blogspot.com/2012_07_01_archive.html
so positif
sampaikan me suruh incik suami baca untuk pengetahuaanya dan sokongan emosi untuk me..
walaupun ditnya knapa cyg>>>>>>>ermmmm....baca je ye incik suami..

apa pengalaman yang dikongsikan dalam blog Pages of My Life
sama 100% dengan apa yg me lalui..
bezanya Puan Axanixa menjalani untuk kali-2
dan me adalah pengalaman pertama...alhamdulillah berjaya melaluinya..
walaupun masa tiub cecair tu masuk
dan sikit demi sikit kesakitannya dirasai
dalam hati sambil berzikir
Ya ALLAH cepatlah proses ini selesai
bila selesai rasa hilang segala kesakitan tu
sampaikan incik suami tengok
nampak muka cam tak sakit jer...
hihihihi..

segala teknik tapping semua dah amal..AKU PASRAH AKU REDHA YA ALLAH
syukur selesai langkah pertama ini

menanti langkah kedua,,
moga urusan ini dipermudahkan YA ALLAH...



25 December 2012

Generasi keempat keluarga Hj Musa>>>

Syukur alhamdulillah penantian lebih 2 minggu adik ipar saya tah & akmal di jepun lahirlah baby sizuka yg sangat cute....

ikutkan date 12.12.2012...memang dah ngam kan date..
dan date tue jgklah kalau ada rezeki kami(tk mo ckp cite sedey  lagi cuma teringat je)..
tapi baby sangat seronok duduk dalam perut umi nya..

hinggalah...

25 Disember 2012..
jam 4.41 petang waktu jepun..
dengan berat 3.25kg


semua ahli keluarga tumpang gembira..especially umi sbb itulah cucu sulung dalam keluarga kami..


tahniah tah & akmal..
moga puteri ini menjadi puteri solehah
puteri penenang dan penyejuk jiwa..
amin..
moga selepas ini ada rezeki utk kami jua (^.^)
insya allah bakal menyusul adik ipar saya yang kedua pula(skrg tgh pregnant).....

dalam 3 minggu lagi kami akan fly ke fukui utk jumpa baby sizuka..tk sbrnya...haik..haik..haik

Berkongsi Ilmu !

Jom kita berkongsi ilmu…isi ilmu adalah dari ceramah Tuan Hj Nazmi, Pegawai Psikologi dari Kementerian Pelajaran Malaysia..


Sangat humble walaupun knowledge nya sangat tinggi

Apa yang diceramahkan membuka diri..meresap ke jiwa

Ada yang bergenang air mata…

Inilah yang kita perlukan..sesekali teguran yang menyentap jiwa..

Manusia ni kena hantar service supaya minda,jiwa,tingkah laku di polish ke arah positif..

Macam kereta jugak..tak hantar servis mulalah buat hal dan perangai…

Pointnya adalah

Doakan untuk semua. Jangan kedekut doa.

Jaga emosi. Emosi stabil. Organ akan sihat. Contoh penyakit breast cancer. Hakikatnya kanser yang berlaku adalah di dalam minda.Bukan di breast masing-masing.

Keluarkan segala emosi negative, barulah badan akan ringan.Apa yang berat adalah bebanan emosi…Kesejahteraan emosi amat penting..Jangan berdengki,Jangan Marah,Jangan Khianat

Ilmu the Law of Attraction-buatlah kebaikan walaupun sedikit…Kita selalu solek muka tapi jarang sekali solek hati..

Strukur Tubuh Manusia:pastikan kandungan air dalam badan cukup..badan perlukan alkali yang sangat tinggi…boleh google kajian professor dari jepun tentang kuasa air..Masaro Imoto..

Air sama seperti mana kita letak bila nak baca yasin..air ada kuasa ion positif jika diucapkan perkataan-perkataan yang positif..untuk keharmonian suami isteri..Tuan Hj minta letak bekas air dalam bilik tidur..bacalah istighfar(3x), alfatihah(1x),3 qul(3x),selawat shifa..bila terjaga dari tidur suami dan isteri minumlah air tersebut sebelum mandi.

Untuk mendapatkan kandungan oksigen dalam tubuh yang paling segar dan tidak tercemar dengan udara lain…pukul 4 pagi kalau terjaga bukalah tingkap dan hiruplah udara dengan kiraan nafas 8..tahan…dan lepas….itulah udara yang segar dan nyaman..mampu menguatkan dan membersihkan paru2 kita..kata tn hj..sebab tu la air embun turun pada waktu tu kan..

iNilah sikit sebabnya point ceramah dari tuan hj yg kita boleh amalkan dan kongsi dengan rakan-rakan lain…=)



26 November 2012

stress!!

stress!!
semua orang pernah stress kan..ada yg tak stress...
nak tahu siapa?
orang yg tak waras je..
hidupnya simple..pagi cari makan kat tong sampah
lepas tu kutip baju kat mana-mana tempat orang buang..
kalau lapar singgah mana2 mintak makan
naik bas free
leh jalan2 macam pelancong
boleh tidur kat mana-mana tempat yang suka..
macam tuelah kan pusingan kehidupan org tak waras
sesekali kita kena melihat
dimensi sisi kehidupan manusia yang lain
sama ada yang waras atau tidak
kerana mereka,kita dan orang lain adalah hak milik ALLAH S.W.T
kita yg waras ni
kena bersyukur kan
sebab kita ada stress
stress mendorong kita
mengawal kita
mendesak kita
untuk apa?
supaya kita mengubah sesuatu keadaan
HIDUP TAK SEMESTINYA AKAN MANIS MACAM ASKRIM
KITA AKAN MENANGGUNG BEBAN..TAPI ENDINGNYA
TETAP AKAN MANIS..
teringat kata2 seorang kaunselor yang sangat dihormati pegangan dan ilmunya
STRES ADA DUA DISEBABKAN
::KITA BOLEH MELUPAKAN TETAPI TIDAK BOLEH MEMAAFKAN
::KITA BOLEH MEMAAFKAN TETAPI TIDAK BOLEH MELUPAKAN
jom muhasabah diri (^.^)


09 August 2012

pengisian di bulan Ramadhan..

alhamdulillah kita dah sampai 10 akhir bulan Ramadhan..

syukur Ramadhan kali ini saya dapat kesempatan join tadarus Al-Quran..tanpa segan silu inilah pertama kali saya dapat peluang menyertainya di organisasi tempat mencari rezeki..sebelum ni tiada peluang tapi kali ini dah diberikan peluang..
dan tanpa diduga saya telah dilantik menjadi ketua kumpulan..tanggungjawab yang dirasakan berat..
masa dapat email tu tengok nama di ranking ketua kumpulan..rasa macam alamak kenapa nama aku ada kat situ plak..rasa tak yakin diri mula melanda diri ini..huhu
tapi istiqamah balik cakap dengan diri inilah tanggungjawab yang diberikan supaya diri sendiri dapat memperbaiki diri ke tahap yang lebih baik..
saya rasa kekurangan diri mungkin tak sehebat rakan-rakan lain yang baik dari segi taranum,tajwid dan tafsiran..disebabkan rasa kekurangan itulah mendorong saya untuk memahami tafsiran ayat al-quran dengan lebih baik..
group saya diberi nama Kumpulan Hafsah oleh Jawatankuasa Surau..kumpulan kami diberikan surah As-Syua'ara hinggalah ke Surah Al-Ahzab(mengandungi 8 juzuk surah)..
kumpulan saya terdiri daripada 5 orang ahli yg on dan off..biasalah orang perempuan kan..
tapi alhamdulillah hari ini kami dah menghabiskan kesemua surah yg diberikan..
dan saya mencari inisiatif sendiri berkongsi dengan ahli kump kelebihan surah yang dibaca..paling terkesan di hati saya adalah sural al-Naml  dan al-Luqman..

Surah AL-NAML
bermaksud semut..di dalam Al-Quran tertulis bagaimana kelebihan Nabi Sulaiman boleh bercakap dan memahami bahasa haiwan..dikisahkan bagaimana kerjasama,komitmen,kegigihan,keazaman, semangat, strategi menghadapi kecemasan yang ditunjukkan sifatnya oleh semut-semut ini boleh diserap ke dalam jiwa kita..semut hanyalah binatang kecil..yg kita manusia ni naik rimas bila dia hurung makanan..especially yg manis-manis kan..tapi kecilnya semut itu memiliki jiwa yang sangat besar..contohnya mudah je..kalau ada seekor semut mesti akan ada geng dia lagi kan..semangat kerjasamanya untuk mengangkut makanan2 manis tu..rezeki yg ada dikongsikan bersama..kita??kalau ada rezeki lebih berkongsikah kita dengan yang lain?? Adakah kita menghargai setiap nikmat yang kita dapat itu?? Tinggikah komitmen kita pada ibadah, kerjaya dan keluarga?? Sejauh mana keazaman dan kegigihan itu tertanam di dalam diri kita?? wallahualam...sama-samalah kita muhasabah diri kita masing-masing....

Surah AL-LUQMAN
mengisahkan sabahat Rasulullah S.A.W menyampaikan wasiat kepada anaknya..sangaterkesan di hati saya...selagi ibu ayah di muka bumi ini saya cuba untuk menjadi anak solehah utk mereka..moga Allah berikan petunjuk dan kekuatan kepada saya..saya bersyukur menjadi anak Puan Aminah dan Encik Ismail..=)
kawan-kawan boleh baca di link ini..sama2 lah kita aplikasikan pada anak-anak kita sejak di dalam kandungan lagi....
http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/wasiatluqman.htm

Hari Isnin minggu depan diadakan Majlis Khatam Al-Quran..Moga program sebegini diberkati oleh-Nya..jom kita tambah pengisian lagi sempena Ramadhan Terakhir ini

27 July 2012

blog dibiarkan bersawang...~~~grrr apa nak jadi!!!

hurmmm....banyak story yang berlaku..
tak tahu mana satu nak tulis..kalau dah boleh menulis rasa semua nak menulis..
hohoho tamaknya...
dah lama tak menulis di blog ini
dibiarkan bersawang dan menyepi tanpa berita..

sejak berpindah ni..kehidupan semakin busy...hohoh
komitmen semakin tinggi kan..
selamat berpuasa buat seluruh umat Islam..
sekarang dah masuk seminggu kita berpuasa kan..
dalam tempoh menjalani ibadah puasa..
mashi dah menyambut hari lahir yang ke 27 tahun..
rasa macam tak caya je kan...hihihih
semua cakap masih riang dan ceria..
alhamdulillah dikurnikan rezeki dan kesihatan yang baik..
actually utk besday saya tahun ini di tempat baru dan bersama suami tercayang..
saya tak sangka yang saya punya rakan2 baik disini
biarpun keceriaan saya dah kurang sedikit di tempat ni disebabkan faktor2 luarang yang perlu di teeeettttttttttt..
saya terima ucapan hari lahir dan kad besday dari email dan fb,.n something amazing saya dapat coklet ferrero rocher dari kak razi..thanks kak bagi coklat n kad comel...sungguh tak sangka..hihih...suka seketika..terhau sangat-sangat.....
saya tak kisah semua itu..
yg penting menginjak usia ini..saya ingin melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik
tutup kisah HARI LAHIR SAYA pada 24 Julai...

25 Julai.
pembuka bakat terendam di zaman sekolah.hihihi..ingatkan bakat ni ditelan masa zaman sekolah je..tup2..tup2...saya terima deringan telefon dari pustakwan bertanyakan mashi boleh bersajak tak???ermmm...dalam hati nak cuba ke tak..
.dah lama tak bersajak ni..
.saja nak test bakat..dah terpendam atau terendam..sengaja sahut cabaran saya terima untuk bersajak sempena kempen kibarkan jalur gemilang di kem saya..
inilah masanya saya cuba something yang baru selain dari bekerja..
respon yg positif dari pndgr yg suka dengar sajak..sampaikan ada seorang puan tu bagi tau saya..arghhh rasa nak menangis dengar sajak awk..(dalam hati saya,ohh tak sangkanya tahap tu sekali..alhamdulillah)
thumbs up utk en rafien n kak raihan..our big bos dan orang kuat di library yg bantu persiapkan saya pada hari tersebut dengan kalungan jalur gemilang
utk hari tersebut saya adalah maskot kemerdekaan
sehingga diberikan pujian dari ksu n tksu..waaah semangatnya awak..(dlm hati lagi..ohh first time saya dapat cakap dgn org kuat kem..hihiihih)
dlm masa yg sama sempat lagi register nama utk koir (wlpn suara mmg hancus) sengaja mencari nahas..nak cabar diri lagi!!
incik suami sentiasa bagi sokongan dan dorongan utk saya mencuba sesuatu yang baru..
saya suka cabaran baru supaya saya menjadi orang yg tak tepu...hohho..
joom zooming pic yang ada..
yang pasti saya memang sangat sihat walafiat..
haaaaaa saya dah gemokkk...
amik feel...hhihih
sajak saya bertajuk "Inikah Kemerdekaan"
barisan menteri,ksu dan tksu.

sebahagian warga kementerian..



26 May 2012

Shopping Time....

Hujung minggu sabtu..
penuh dengan aktiviti masing2 dan bersama..
pagi-pagi lagi incik suami dah bangun awal ke larian hari belia..
incik suami tak lah lari..
pergi jenguk2 anak2 didiknya berlari..
me di rumah??
tugas seorang iaterilah..
membasuh baju,sapu sampah dan melipat baju..acara tetap puan2 isteri
habis je larian incik suami balik..
me dah standby dgn unifrom jalan nak keluar..
oh yaaa
SHOPPING TIME ....
motif banyak yer : -
me nak cari barang2 program untuk bengkel hari isnin..
harga alat tulis di kajang mmg jauh beza dgn serdang sebabnya..
kedai kat situ besar..
ada diskaun lagi...hihihi
lepas shopping situ..jalan2 masuk palaza metro kajang..
incik suami nak cari kasut kerja..kesian kasut kerjanya dah patah dua..
round2 tak banyak pilihan......ada yang berkenan saiz pula dah habis..selalu cam gitu kan..
then me ajak ke alamanda..(wlpn org putrajaya selalu bebel bosan gi situ...me akan ke sana bila betul2 ada sale jer okeh)......
MMG ADA SALE DI PARKSON..
70% utk kemeja dan lain2..
so grab kemeja untuk incik suami pakai kerja (isteri solehah belanja suaminya)....hohoho
incik suami grab kasut kerjanya..so nice..
me plak??tak shopping utk diri sendiri....simpan duit untuk motif travel lagi jauh selepas ni...ke mana?
tunguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...
me niat cari hadiah kawin utk piqah sepupu incik suami..
pusing pergi balik (org perempuan kan, incik suami bosan dia melepak tempat toy acara tetap)...hahahah
sebut HADIAH KAHWIN..
mesti lah org yg malas nak pikir beli apa? kebanyakan bagi pinggan mangkuk
trend hadiah kahwin...pinggan mangkuk n brg elektrik..betul tak...
kadang2 sampai dapat berlebih2 plak brg elektriknya..hihih
macam me dapat 3 iron..periuk nasi 2.. pinggan manggkuk berkotak2....opsss tercerita psl diri sendiri pulak...
utk piqah me cari yg sangat sweet...mcm diri sendiri idam2kan..tiada siapa nak bagi.,,
piqah dah letak dlm fb teringin nak candle wangi2..
so me beli kt parkson candle mcm2 warna n wangian utk piqah..
malas nak balut just letak dalam kotak ada reben..
bila tgk nampak so nice...
saya kan suka puji diri sendiri..
harap piqah n siddiq suka hadiah kami..

so apa yg kami dapat hari ini untuk shopping time
= hadiah kawin piqah (candle yg sweet dan wangi) di parkson
= buku cerita malaysia tidak ke piala dunia (hak milik incik suami) dan buku dare to be a cham (hak milik saya untuk assignment personaliti dan milikan bersama incik suami) di MPH
= kasut kerja incik suami di Parkson
= barang2 program krayon, magic colour n bla2 di Kajang

malam ni keluar lagi untuk pergi pasar malam bangi..
menu tetap bihup sup n ayam goreng crispy poton2 kecil
dan
dan
ingat nak cari blouse yg murah kat pasar malam tu..
hua
hua
shopping lagik...

Esok kami time off di rumah jerk
sebab acara besar menanti ISNIN ni..