11 August 2011

11 ramadhan..

assalamualaikum..

di petang yang syahdu..tiba2 jer ada kerajinan menaip..selama seminggu berkampung di rumah sendiri dengan buku2 bagi peperiksaan akhir mood nak menulis agak kureng sikit..komitmen pada diri sendiri dan keluarga..hihihih..esok paper terakhir..doakan utk saya yer..subjek perception and emotion..then MERDEKA..ohh jgn gembira sangat..

sedar tak sedar dah lepas fasa pertama kita berpuasa..cepat jer kan masa berlalu..alhamdulillah tahun nie saya diberikan perluang menyambut puasa sebagai seorang insan,anak,isteri dan menantu..minggu lepas incik suami balik dapatlah masak juadah berbuka dan bersahur untuknya..sedar tak sedar kerajinan utk explore resipi2 baru dah semakin rajin pada diri saya..ewah2...minggu nie nak try buat apam polkadot pulak..harap-harap semangat nak buat tidak hilang yeeee..incik suami balik lagi minggu nie..alhamdulillah..

hari ini saya nak kongsi kisah norma dan talib yang kebetulan di kongsikan di fb..kisah mereka berdua ada tersiar dalam MHI..first time tgk video tue di fb kak su..air mata saya terus mengalir..Ya Allah betapa hebat ujian yang dibagi..tak semua insan boleh melaluinya tapi saya yakin setiap yang berlaku itu ada banyak hikmahnya..kesetiaan dan pengorbanan seorang suami menjaga isterinya yang sakit..dalam hatinya tak pernah ada rungutan..dan pasti sebagai seorag wanita kita akan bertanya sanggupkah dan ada lagikah suami yang boleh berkorban sedemikian rupa..bagi saya..saya senantiasa berdoa agar Allah terus berikan ikatan kasih sayang antara saya dan incik suami untuk terus melayari bahtera ini hingga penghujung usia kami berdua..biarpun diberikan ujian dan musibah dari-Nya..ketika ini saya sangat bersyukur pada ALLAH kerana incik safwan sangat mengambil berat dan menjaga saya dengan baik walaupun kami berjauhan..ayat yang tidak akan lengkang setiap hari dari sms dan tel adalah sayang ok ke???hihii..kdg2 saya pulak tanya incik suami tak bosan ke tanya ayat tue..incik suami bagi tahu tak boleh wajib kena tanya dan ambil tahu..itulah masa yang diberikan Allah nie baik ketika sihat dan sakit kita hargailah sebaik-baiknya..nikmat ini kita takkan dapat bila Allah mengambil semula nyawa yang dipinjamkan..wallahualam




No comments:

Post a Comment