15 July 2011

minggu rasa seperti kartun..

Minggu rasa seperti kartun ke hulu ke hilir..meja yg tak terurus..huhuh..fikiran yg stuck..dush..dush....kartun pe mcm tue..tpi masih normal lagik..hahah..spongebob kot..

Bulan nie rasa seperti tidak boleh menarik nafas lega..program jabatan menanti dua lagi..kes yang memerlukan tindakan segera..merindui suasana di Sabah..jauh dari deringan sms, telefon dan gangguan..hahaha..refleks diri semula..Cintailah pekerjaanmu, kerana pekerjaan adalah saranan pemuliaan kehidupanmu " tiba-tiba jer teringat kata-kata ni dari seorang cikgu semasa program di sekolahnya…

Bekerja dengan tulus untuk keluarga akan memotivasi kita semua dalam menjalani kehidupan seperti biasa. badan letih dan lesu akan bangkit kembali bila kita mengingat untuk siapa kita bekerja.(siapa tk letih bekerja kan….) Dengan ketulusan hati untuk kesejahteraan keluara me yakin segala sesuatu yang menghadang akan hilang dengan ketabahan kita. Satu lagi ungkapan hati yang ingin me kongsikan
" Jika engkau mencintai keluargamu, engkau akan bekerja dengan tulus "
sebuah ungkapan kata mutiara yang me ambil dari buku motivasi masa sibuk mencari bahan untuk ceramah..

Suka sharing ayat ini dengan staf kt opis

Bila Anda tidak mencintai pekerjaan anda, maka cintailah orang-orang yang bekerja di sana. Rasakan kegembiraan dari kerjasama itu. Dan pekerjaan kita akan menjadi menggembirakan.

Bila Anda tidak mencintai rakan-rakan kerja anda, maka cintailah suasana perkerjaan itu. Ini mendorong kita untuk melakukan tugas-tugas kerjaya kita dengan lebih baik lagi.

Bila kita masih tidak boleh melakukannya lagi, cintailah setiap pengalaman kita pulang dan pergi dari dan ke tempat kerja. Jika perjalanan kita menyenangkan pastilah menjadikan tujuan dan matlamat kita menyenangkan pula..
apa yg penting tanamkan niat dalam bekerja..kadang2 rasa kepentan itu pasti diluahkan tak kiralah pada sesiapa baik kawan, ibu bapa, suami, isteri dan lain2..yg pasti jika niat itu ikhlas insya allah pasti ada ganjarannya.

teringat en.poji yg dah lama kerja dalam membantu masyarakat berkongsi cerita betapa kalau kita ikhlas dalam membantu org lain..bila kita sendiri susah insya allah Allah pasti akan hntrkan sesuatu utk membantu kita..en.poji asalnya org kelate..dalam taun lepas dia kerap ulang alik ke grik balik melawat ibu mertuanya yg sakit tenat..nk dipendekkan cerita ketanya rosak kt grik dlm perjalanan balik dri kelate ke penang..thu jelah jalan grik mcm mana..sapa yg berani nk berhenti tolong kt situ..kena fikir 2 3 kali dulu sblm nk tolong org lain..yerlah pelakon2 penyamaran ramai kt Malaysia nie..time keta dia rosak plak nak dekat malam..lagilah gerun…ditakdirkan seorang hamba Allah nie memandu kereta perdana hitam berhenti nk tolong..dlm masa yg sama en.poji dah minta bantuan mekanik utk datang..tawaran hamba Allah nie bukan nk hntr balik tapi bagi guna keta dia utk en.poji balik..aha???kalau kita mcm mana???sanggup ke…mesti time tue kita dah fikir mcm2..tiba2 je nk bgi keta suh pakai balik umah..pendekkan cite en.poji gunakan keta dia..masa en.poji tnya percaya ke nak bagi saya bawak balik keta ni???hamba Allah Cuma bagi tahu saya yakin utk membantu encik..wahhh betapa hebatnya Allah nak menggerakkan hati manusia kan..lepas dua hari en.poji hntr semula keta hamba Allah ke rumahnya dan soalan yg dintanya..kenapa hantar awal sgt???guna dulu sampai kereta siap???wahhhhhhh..ada lagi rupanya insane mulia kt penang nie..hihihih..actually hamba Allah tue orang kodiang…dan disebalik hikmah kjadian tue..mereka sekrang dah membina silaturahim antara satu sma lain..sling mengenali keluarga masing2..rasa tersentuh sesangat bila dengar cite en.poji itu..sbb tue Allah dah mengatakan kerja itu sebagai sebagai satu ibadah..tpi tepuk dada tnya balik selera..sejauh mana keikhlasan kita berkerja????


memori semasa bertugas..moga Allah terus berikan kekuatan..amin

p/s :Pekerjaan itu indah kawan :)





No comments:

Post a Comment