02 May 2011

Pertembungan Dua Budaya Kelate vs Penang..Penang vs Kelate

2 mei 2011..esok dah masuk bulan mei di hari pertama bekerja..
"SELAMAT HARI PEKERJA KEPADA SEMUA PEKERJA-PEKERJA"..
moga kerja-kerja yang dipikul dilaksanakan dengan penuh amanah dan dedikasi..remind utk diri sendiri jugak tue sbb kadang kala kita tidak dapat memberikan yang terbaik juga pada kerja-kerja kita..ada masa rasa sangat semangat di atas dan ada ketika rasa semangat jatuh terhempap di bawah itu..perkara itu akan dilalui oleh setiap orang cuma bagaimana cara untuk mengatasinya pabila semangat itu hanyut dibawa arus..

3 hari yang dilalui sangat-sangat indah bersama incik hubby yg telah pulang ke penang menemui isterinya yg tersayang..tima kasih cayang atas pengorbananmu yang tiada rungutan walaupun me amat merasakan kepenatan pabila melihat wajah mu..thanks a lot..
52 hari telah kami lalui untuk mengenali secara lebih mendalam antara satu sama lain..masih belajar utk memahami memandagkan kami hadir dari budaya dan latar belakang yang berbeza..
syukur alhamdulillah YA ALLAH yg tidak terhingga kerana dikurniakan suami mohd safwan safarini yang terbaik untukku..

cabaran bahasa
bagi me sekarang nie kena improve kan diri untuk memahami dan belajar bahasa kelate..terutamanya pabila nak kecek dgn umi,tok ayah,mek n famili yg lain..time speaking dgn tok ayah kdg2 me rasa tk boleh nak tangkap langsung sbb balaghah tok ayah tinggi sangat(time tue incik suami akan jadi translator) pabila melihat me senyum sorang2 dan angkat kening tanda pening2 lalat...hihihih..dgn incik suami no problem sbb incik suami dah mmg guna bahasa baku..
masakan
umi me (ibu mertuaku) sangat handal bab masak memasak nie so me mmg kena belajar memasak dgn umi terutamanya masakan kelate nie(walaupun incik suami jenis kaki makan dan jenis tk memilih makan)..kehebatan umi nie sangat terserlah bila masa bertandang dulu umi ada masak sendiri beberapa jenis lauk..cara umi masak pon mmg profesional sbb main campak2 jer(kdg2 gerun jugak me tgk)..mcm biasa bila tiba bab makan nie gula mesti tak tinggal kan..setakat nie umi masak tak dalah manis sgt..me lom lum try hbis lagi kueh2 kelate..tpi mcm diketahu ramai org pantai timur mmg suka manis2..
penyesuaian diri dgn ahli kelurga baru
keluarga incik suami sebelah umi ngan arwah abah mmg ada ramai saudara-saudara..me rasa seronok sbb semua sangat sporting dan ramah tamah..mlah tak kekok dgn adik-adik iparnya jugak..tpi masih juga dalam proses penyesuaian utk banyak perkara lagi sbb me belum pernah tinggal lama dgn umi dan adik beradik ipar yg lain..kdg2 ada juga perasaan takut dan nervous kalau ada perkara yg tidak kena..mcm incik suami kata me kena melalui semua proses itu kerana itu adalah proses pembelajaran utk me..yeah betul2..

insya-allah moga segala2nya akan berjalan dengan baik dan lancar..pasti ada cabaran dan dugaannnya..yg penting kena ingatkan diri sendiri..bagaimana cara utk mengatasinya..incik suami sentiasa membantu dan berada disisi..tk lama lagi akan pulang ke kelate..=)..sgt suke..


No comments:

Post a Comment