tetapi bila membaca email bertajuk sebelum ku melangkah pergi dari kak yus..hati kembali sayu dan pilu..tpi itulah kehidupan..adat pertemuan ada perpisahannya..moga kak yus lebih bahagia di tempat baru
kenangan bersama kak yus pasti tidak dapat dilupakan kerana dia ibarat seorang kakak yang sentiasa memberi nasihat..dan kami 2 pun sama status gelaran anak tunggal..bezanya kak yus dah membina masjid dan telah memiliki seorang cahaya mata..dan me?????sedang mengusahakan ke arah itu..heheh..
kak yus izin copy yer utk tatapan abadi kita bersama
Bila sekali kita gagal
teruskan usaha untuk kemenangan
jangan diucap selamat tinggal
kerana ia satu keperitan
Hati sayu merenung malam
Cengkerik dan unggas meneman diri
bertemu perpisah lumrah alam
pasti jadi satu memori
teresak-esak menahan kesakitan
ambil panadol untuk menghilangkan
walau perpisahan satu keperitan
mudah2an dapat mematangkan
bertemu berpisah lumrah alam
menjadi memori kenangan silam
janganlah diri merasa kelam
kerana perpisahan hidupmu suram
menangis hiba di dalam kesayuan
mengenang nasib terbuang di perantauan
andai ditakdirkan berakhirnya pertemuan
andai ditakdirkan berakhirnya pertemuan
redhalah menerima kerana itulah suratan
jalan berlenggang sigadis sunti
berbaju kebaya cantik dan seksi
patah tumbuh hilang berganti
.......pengganti diri di panjangkan umur kita berjumpa lgi
kenangan semasa hari bersama pelanggan di tesco 24 julai 2010(my belated besday)..kak yus (ke kpt putrajaya)..me and cik sumathy(telah ke pkmd klang) |
No comments:
Post a Comment