16 March 2014

nota perkongsian keibubapaan

Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama dibiarkan kosong tanpa sebarang perkongsian..

Terlalu banyak yang ingin ditinta.,

Tapi biarlah perkongsian yang bermakna..

Saya  menulis nota yang sempat dirakamkan ketika saya menjadi urusetia Kursus Pembangunan Keluarga Sejahtera...mungkin tidak banyak tapi yang sedikit ini boleh dijadikan tips dan panduan buat kita semua...


v  Gaya keibubapaan kita yg mana satu dalam didikan keluarga adakah mengabai (neglecting),memanjakan, tidak bertolak anusr (authoritarian), berwibawa (autoritatif).


v  Cth kes mengabai, tinggal anak dalam kereta.itu adalah kes cuai ibu bapa skrg ni.kalau dulu pengabaian tak bagi makan minum,sekolah dll.tapi sekarang mak bapak pengabaian kepada anak atas2 kecuaian sendiri.kecuaian adalah akibat stress dalam diri yg kita tak sedar.

v  Anak-anak bawah umur 6 tahun tukar punishment (hukuman) kepada perkara berikut:cubit kepada sentuhan/ketuk kepada gosok. Jangan Tanya kenapa?buatlah sebegitu secara konsisten dan tengok hasilnya.

v  Utk anak-anak dah baligh/umur 10 tahun dah boleh guna kaedah hukuman tetapi pukullah anak dari ringan2 dahulu sebelum berat
 
v  Tension anak buat perangai. Tukar peranan dan topi kita.Di pejabat kita penjawat awam, dalam perjalanan balik, kita seorang isteri dah sampai rumah kita seorang ibu.Peranan yg kita mainkan takkan sama antara penjawat awam,ibu dan isteri.


v  Kita especially ibu selalu beranggapan bila sampai rumah je,rumah mesti bersih,kemas, wangi dll. Hakikatnya adalah sebaliknya. Cuba bayangkan dalam otak kita, rumah kita bersepah sangat2 sampaikan periuk belanga dok ke atas syiling, tandas berbau busuk tk boleh nak masuk langsung.mainan bersepah-sepah. Tapi bila kita sampai kat rumah tgk rumah bersepah tapi periuk belanga takde atas syiling rumah, dalam sinki cuma ada 2,3 pinggan tak berbasuh, mainan tk banyak mcm kita bygkan, tandas masih mampu masuk. Realitinya itu shj tak seteruk yg kita bayangkan. Sebab tu bila kita balik rumah asyik nak jadi tarzan/dinosour sebab kita bygkan yg indah2 di rumah kita. RUMAH KITA TEMPAT UNTUK ANAK2 MELALUI PROSES PERKEMBANGAN BUKAN TEMPAT SEORANG TUKANG CUCI MEMBESAR DAN SEMPURNA.

 

v  Kita perlu bagi hak pada anak kita yg sama rata. Sekiranya mereka boleh bersuara seperti orang dewasa, mereka akan menuntut hak mereka sebab terpaksa berkongsi kasih sayang dengan orang lain. Anak tidak pernah menuntut hak sedemikian. Mereka dihantar ke nursery,ke rumah pengasuh,mereka perlu berkongsi dgn kwn2 mrk..mereka hanya menurut perintah sahaja.

 

v  Jadilah pendengar yang baik wahai ibubapa!  Dengarlah isi, Dengarlah pengalaman dan dengarlah perasaan yang baik pada anak2 biarpun dia baru 1 tahun tk berapa nk boleh cakap…kita dengar sahaja  sampailah dia ke dewasa. Dengar sahaja apa yg anak2 nak ceritakan sama ada pengalaman di sekolah, pengalaman dengan kawan baru, pengalaman dapat duit raya dll..Jangan sesekali kata pada anak DIAM!TOLONG DIAM SEKEJAP BLH TAK!perkataan itu akan terus mematikan percakapan anak.ingat!!anak akan merakam apa yg kita buat pada mereka..dalam peringkat pembesaran juga.,mereka ada perasaan nak tahu..semua nak Tanya..jawablah kita dan jangan buat tidak peduli…..pengalaman tu kita takkan dapat bila mereka dah remaja dan dewasa…

v  Bila bercakap..tengoklah muka suami..muka isteri,,bila marah tengoklah muka anak..jgn membebel kt dapur, suami dok dengar kat depan tv..mesej tak sampai..buat habis air liur masuk dalam makan je..

v  Bila marah anak-anak sebutlah nama penuh mereka..contohnya Mashithoh binti Ismail,ibu tak suka ………..kita selalu marah anak-anak sebut panggilan adik,abang,kakak..Bagi anak-anak ibu hanya marah pada gelaran yg dipanggil adik,abang dan kakak sahaja..Anak2 akan memberi perhatian kepada nama penuh yang telah diberikan ibubapa mereka sendiri…


v  Kanak2 merakam/merekod apa yg kita buat. Mak yang ajar anak. Adik pukul abang. Sbb adik nmpk mak pukul abang bila abang usik adik,..bila adik suka dok menangis je..anak cepat sangat copy paste..Kita jarang bagi sentuhan pada anak2 yg dah besar.Selalu kita akan peluk anak2 yg kecil..yg besar sangat jarang dan mereka memerhatikan tingkah laku kita.Kita akan kata pda org lain yg kita terpaksa peluk anak yg sulung sbb mrk buat perangai.Hakikatnya,anak2 patut mendapat hak pelukan sama rata tak kira berapa umur anak..

 
v  Sebelum nak berubah pendekatan mendidik buatlah sebelum anak2 bwh umur 14 tahun sbb selepas itu tempoh kerapatan semakin jauh bila kita nak ubah.
 

v  Contoh kes sebenar..anak sanggup ikat mak ayah sebab tk bagi duit rm5 nak beli rokok. Anak umur 17 thun baru nak larang tk bagi rokok hakikatnya kita dh nmpk dia rokok sjk umur awal tapi larang mcm tu jee..kalau kita kata tak bagi..sampai ke mati kita kata tak bagi

 

v  Anak bawah umur 10 thn sangat suka bila mak ayah puji. Mesej utk anak”Kakak cantik kan ..kakak pandai kan..boleh ke kalau ibu minta tolong pada kakak yg cantik ambil botol susu.Arahan lain boleh bagi…siapa kat sini anak ibu yg pandai dan bijak??siapa yg cepat ambil barang ibu minta,anak ibu tu sangat pandai,sangat bijak….

v  Selalu kita kata suami lupa..dalam hidup kita berapa kali dah dia lupa?terimalah kelemahan suami kita begitu…
 
v  Skrip yg selalu berlaku pada anak bila bilik anak tak kemas, mak yg naik tension,mak yg selalu kena kemas. Hakikatnya, anak tak rasa apa2 pon bilik dia bersepah/selerak sbb bagi dia,dia tk de masalah bilik bersepah pon.Gunalah ayat ..kesian kan..kan kat ibu..ibu yg kena kemas..ibu yg sakit kepala bila bilik yg bersepah..ibu yg rasa tak selesa….ibu ayah banyakklah guna perkataan saya..saya…utk menunjukkan ibu ayah..kita selalu membebel pasal anak je,.mesej tk sampai!

 
v  Tukarlah ayat yg kita selalu guna pada anak2.Kita biasa guna ayat bergini..adik,baca buku kalau tak cikgu marah!adik,belajarlah kalau tak gagal! adik,jangan berlari,kalau tak jatuh! Tukarlah ayat yg positif pada anak2…adik,bacalah buku nnti jadi senang nak jawab! adik,belajarlah nnti akan Berjaya!adik, berlarilah tetapi berhati2!

v  Kes sebenar..bila kita mengandungkan anak kedua,kita akan minta anak sulung sayang pada adiknya, cium dan usap perut ibu. Bila adik dah lahir keluar,anak sulung nak cium,nak pegang,nak sentuh..kita akan kata jauh sikit,jangan terkena adik,jangan buat mcam tu..Automatik anak rasa tersisih.Kenapa masa adik belum lahir saya kena cyg,bila adik dh keluar tk boleh cyg.Orang dewasa kena faham, yg anak2 kita takkan faham konsep kasih syg kena belaian dgn lembut,cium dgn perlahan.Kanak-kanak tak faham semua tu.Bagi dia picit, peluk itulah kasih syg.Ibubapa kena ingat tahap pemikiran kita dengan anak2 sangat berbeza!

 

v  Bila marah anak,gunalah perkataan yg mereka lebih faham.Contoh kes, Nana,kamu cubalah bertanggungjawab sikit!Arahan sangat kabur. Dia tak faham kat mana nak kena bertanggungjawabnya.Tukar ayat kepada Nana, mesti solat dulu sebelum keluar rumah,keluar main. Lagi ayat yg kabur..”kamu dah besar jangan jadik budak kecil lagi”. Ayat yg jelas adalah “Ibu mahu Arif buat apa yg ibu minta tadi bukan dgn menjerit dan menghenatak kaki”

 

v  Bila  anak jatuh atau nak jatuh..janganlah kita nak agah2 anak..tulah ibu dah kata tadi,jgn panjat..gunalah ayat kakak kuat,kakak hebat

 

v  Elakkan komunikasi yang menghalang/negative…ayat yg kita selalu guna…Jangan tinggikan suara bila mak bercakap! Hah, kamu kena buat macam ni! Teruknya tulisan kakak, macam…..!Eh, takkan nak mogok lagi kakak ni! Manalah kerja nak siap, kamu ni asyik nak bermain sahaja!Hentikan perkataan jangan,tak boleh,hentikan perkataan yg mengguris hati anak2.Kalau bos marah kita mcam tu,apa perasaaan?Begitu juga dengan anak2 bila ibu bapa sebut perkataan begitu…

 

v  Berbual dengan anak2…gunakan soalan terbuka..apa…dimana…bila…bagaimana..soalan terbuka beri peluang dan galakan kpd mrk untuk bercakap…soalan tertutp macam adakah,mengapa dan kenapa menyekat kebebasan untuk anak2 meluahkan perasaaan

 

v  Anak2 perempuan yg kurang kerapatan dengan bapa, akan mudah tertarik dengan rakan-rakan lelaki disebabkan kasih saying dan perhatian tidak diberikan sepenuhnya oleh bapa ..ini adalah berdasarkan pengalaman dri peg psikologi jkm..

 

v  Ramai ibubapa kecewa bila anak2 tak pandai sains dan matematik. Jangan marah sebab mungkin anak kita lebih dominan kepada salah satu otak,sama ada otak kanan atau otak kiri.Pendidikan di sekolah kita sekarang ini lebih menekankan kepada otak kiri bila kena menghafal,kena analisis,kena simpan fakta.Setiap anak2 tidak akan boleh menerima arahan yg sama. Kalau anak jenis kinestatik..kita kena bawa,buat,tunjuk dan bagi dia buat bersama2 dengan kita…berbanding anak jenis visual..dia hanya tgk dan boleh faham terus..nak kenalpasti anak begini..kita tgklah tingkah laku mrk dari segi minat, pilihan warna..

 

v  Muzik baraque boleh dipasangkan secara perlahan ketika anak belajar, Muzik ini membantu kepada memudahkan proses pembelajaran anak2 yg merangsang brain nerves mrk. Telah ada kajian yang dibuat menggunakan muzik ini.Eksperimen yg dibuat adalah dua pokok digunakan muzik yg berlainan.Pokok pertama guna muzik baraque.Pokok kedua guna muzik rock. Hasil yg didapati pokok muzik baroque keluarkan akar yg cantik berbentuk lukisan manakala akar pokok muzik rock sangat serabut dan serabai. Otak kita lebih mengarah kepada pergerakan muzik.

 

v  Elakkan guna buaian sebab kita akan menjarakkan lagi hubungan dengan anak berbandi kita mendukung sendiri sebab kerapatan akan jadi lebih dekat. Contoh pengalaman beliau di Hospital New Zealand.Ada satu wad untuk bayi yang ibubapa tk nak anak mrk.Tugas psychologist officer disitu hanya mendukung bayi2 di situ bagi membina rasa kerapatan/sentuhan kasih sayang pada bayi2 disitu.

 

v  Bayi yang banyak air liur meleleh bukanlah sbb maknya mengidam masa mengandung.Kajian yang dibuat ada menyatakan..tak ingat bahasa sains dr raja sebut,,,tapi ada dinyatakan lebih kurang kerongkong dia besar berbanding bayi lain. Bayi yg begini dan suka main air liur buat buih mempunyai alunan suara yg panjang dan sedap,Boleh training anak2 nak jadi ustaz/ustazah,.Suara sedap…

v  Bayi yg ada bola anak mata membesar,bila membesar akan menjadi seorang yg eksrovert/peramah/mesr

v  Nak latih otak anak kiri dan kanan..tgk you tube tajuk brain gym.Anak2 mmg suka buat aktiviti macam tu..

v  Cabaran keibubapaan masa kini amat hebat…janganlah kita sekdar copy paste pendidikan ibu bapa kita pada kita sahaja..tetapi keluarlah ibu bapa ke majlis ilmu, baca buku, baca blog,tanya pada yg pakar agar kita sentiasa perbaiki hubungan dalam keluarga kita..perbaiki hubungan yg rosak dengan ambil inisiatif,ambil tanggungjawab dan cari kemaafan..jgn rasa membazir beli buku, sbb kita kena tahu peringkat perkembangan anak2..apa yg membuatkan mereka jadi begitu.

v  Jadilah Pembina impian dan bukan perosak impian..muhasabah diri semula,apakah matlamat keluarga kita yg sebenarnya?nak bawa sampai kemana…..jadikan rumah sebagai magnet dengan perasaan balik rumah adalah satu pengalaman yg menyeronokkan/…….