23 March 2013

setem kami (^.^)

Assalamualaikum..
salam hujung minggu....


Pon..Pon...Pon..
Incik suami bawa balik
plastik merah pos malaysia..
yang bila dibuka...
yakkkkkkk jeritan dari isterinya (macam cerita korea:secret garden yang kami berdua tengah gila sangat2..hihihi)
setem yang ada gambar chomel kami berdua
masa pertama kali menyambut aidilfitri as a husband and as a wife
tahun 2008 di mache kelate
masa tu semua still seimbang ye
maksudnya lemak2 di badan
huhuhu tahun ini harus buang lemak
yang tersimpan kukuh di badan
ayuh..ayuh diet
dah terkeluar topik plak
setem ini  incik suami buat di opisnya
bila pos malaysia datang promosi setem bergambar
so tahun ini insya allah
ada insan-insan kesayangan kami
akan menerima buah tangan aidilfitri 2013
kami..
nantikan,,,
peace no war (^.^)





21 March 2013

Part 7:Masa untuk pulang....hu..hu

Hari terakhir disini
jam 7.00 pagi dah keluar dari rumah
pergi padang mainan kat belakang rumah
semata-mata nak main yuki(salji)
akhirnya turun juga yuki di bumi fukui..
waaa first time tengok salji turun
macam orang jakun lah pulak...hihih
makin lama makin lebat
macam hujan butir-butir salji tu
boleh kepal-kepal macam batu
sejuknya macam dok dalam peti ais..
menggelatar bibir..pipi pon ala2 busher..
gelagat kanak-kanak riang macam tue lah yerkk

incik suami siap semangat pakai kain pelekat kat sana
konon nak ambil gambar simpan sebagai kenangan...hihi
yeah..malaysia boleh!!
pagi tu hanya kami berdua jer meraikan keseronokan salji disitu..hihi
paling best bila jalan
berpuluh-puluh peninggalan tapak kaki kami...
pukul 9.00 pagi dah kena gerak ke osaka
flight kami pukul 3.30 petang...
disitulah kejadian aksi hampir tertinggal kapal terbang bermula...

ikut perancangan awal..kami akan balik naik keretapi
tapi kawan adik ipar nak singgah osaka
jadi diorang akan tumpangkan kami dan dua orang pakcik ke airport
so takda lah rushing mana sangat kan..
tapi tiba di pertengahan highway salji makin lebat
dan highway telah ditutup..
sib baik adik ipar pakat jalan kampung kat situ..
nampaklah akmal tel sana sini dalam bahsa jepun..
kereta pon dah sesak..
utk elakkan risiko jalan lain ditutup..
akmal cdgkan kami naik train yg ada dihentian disitu
nasib baik baki duit jepun tak guna habis lagi
so belilah tiket utk kami..termasuk pakcik berdua yg ikut kami
masa tengah tunggu train dapat pengumuman yang keretapi lewat sampai 15 minit
sebab ribut salji
lepas je ambil gambar
tup...tup akmal tanya soalan:pasport semua ada kan..
arghhh....pasport pakcik dua tu tertinggal dalam kereta
call balik k'on yg dah otw balik..nasib baik ada kat kawasan situ
tapi kami dah kena naik train dulu sbb akmal risau kami akan terlepas train di shin osaka
utk ke airport,,
so bergeraklah kami 4 orang ke shin osaka
dalam hati rasa jantung nak gugur je kalau terlepas flight
rasa keretapi tu bergerak lambat sangat
kami pon tak tahu macam mana perkembangan akmal..

sampai di shin osaka..
keretapi yg sepatutnya ke kansai airport dah terlepas,,
kami pon berlari cari public telefon utk call akmal
dia bagi tahu keretapi dia dah nak sampai shin osaka
dan harap kami boleh sama2 naik train ke airport
time tu rasa memang dah tak sempat..sebab jam dah pukul 3.00 petang..
gate akan tutup 4.00 petang..
barang kami pun belum masuk luggage..hu..hu..
saya dengan incik suami berdua diam je...
tak tahu nak merespon apa2...dok terpikir jugak kalau nak kena beli tiket lain
harga akan jadi dua kali ganda sebab rate nya akan ikut harga yen
oooo boleh pengsan kat situ
hanya berdoa je masa tu moga dipermudahkan urusannya..
lepas 20 minit keretapi ke kansai airport sampai..
masa tu akmal dah telefon merata..tak tahu dia cakap
semua bahasa jepun
dia bagi tahu insya allah sempat tapi kita kena lari
sampai je kansai airport aksi berlari pon bermula
nasib baik kami bawa beg galas...klu bawak beg heret alamatnya dah terpelanting la..
berlari dalam cuaca sejuk memang penat..
rasa mau semput jerk,....
dah rasa macam filem aksi tau...mengejar kapal terbang
sampai sorang pakcik yg ikut kami tu terlanggar pintu kaca..
kecian,,,,,,time tu...lepas story kat semua orang dah jadik macam cite kelakar lah pulak...
check in luggange hanya buka untuk kami jerk
lepas tu trus tutup..
time nak check in masuk pulak..
punyalah ramai umat
masa tu dah pukul 4.oo petang pon..dah memang time tu
saya cuba nasib jerk tunjuk boarding pass kat imigresen situ
trus dia buka tali bagi kami masuk dulu..
waaaa..alhamdulillah tak sangkanya..
bila dah selesai kat imigresen jepun tu
terus berlari kejar train ke flight..
sekali lagi lah pakcik tu hampir terkepit kat pintu..
hai keciannya..
tapi rasa lega sangat
dah boleh bernafas seperti sedia kala
bila boleh masuk dalam flight
ingatkan kami orang yang terakhir kat situ
rupa2nya ada lagi..hu..hu..hu
arghhh tak sanggup nak ulang semula pengalaman macam ni
pengajarannya..sampai awal ke airport lebih selamat dari nak tunggu sampai elok2..then kena sentiasa reminder barang2 yang penting..hu..hu
alhamdulillah kami selamat sampai di malaysia jam 10.00 malam..
syukur ya allah
atas semua pengalaman ini....(^.^)










13 March 2013

Part 6:Menikmati hari-hari terakhir...=(

Esok adalah hari terakhir di Fukui
oleh itu..
misi dan visi untuk hari ini
masa untuk membeli belah!!!
yuhuuuuuuuu..

sebelum ni dah survey2 harga
so hari ini adalah masa menyambar segala barangan
yang nak bawa balik ke Malaysia
pagi ini mengayuh basikal ke kedai recycle mart
kat Fukui ini banyak kedai second hand
tapi barang-barangnya semua macam baru lagi
semua barang ada...
aksesori rumah, kosmetik, barangan peribadi, barangan elektrik, barangan dapur
dan lain-lain lagi...pinggan mangkuk pun ada k..kimono pun ada k...(tpi tk belilah)
saya beli barangan yang melambangkan kraftangan Jepun kat kedai second hand
tempat lapik cawan yang diperbuat dari buluh
murah jerk klu duit rm..dalam rm13 macam tu
nak beli jugak pinggan mangkuk tapi rasa cam tak berbaloi pulak
sebab ada barang2 lain lagi nak beli...hihihi
boleh dikatakan kat sini banyak sangat lambakan kedai second hand
barang yang ditawarkan pun berkualiti..
rambang mata dibuatnya...biasalah kaum wanita macam tu

selesai kedai tu...
singgah kedai sukan dekat rumah
OSAKA SPORTS..
saya grab sweater adidas sepasang keluaran baru tahun 2013
incik suami grab NIKE sepasang..
harga???hihihiih...hadiahkan utk diri sendiri..
terapi for us (^.^)
kat Malaysia kata incik suami belum ada keluaran tu lagi
so pejam mata jer lah amik...hihih

selesai situ
lepas jumaat keluar lagi
cari jajan jepun utk bawak balik bagi kawan-kawan dan family
biasa yang famous kat malaysia biskut jepun yg ada jual kat supermarket kan
tapi disini rasanya lain skit
kebanyakan jajan jepun ni buat dari tepung beras
macam2 perisa dan pattern ada
tapi kena tengok juga kandungannya
kami memang untung sebab ada akmal yang memang teror bab baca kandungan makanan
yg pasti biskutnya memang comel2
ada bentuk teddy bear..bentuk bulat..bentuk love
orang jepun ni memang suka yang comel2 dan colourful
saya suka..saya suka..
kemudian kami ke satu shopping mall lagi khas utk cari minyak wangi
sebab adik ipar kata minyak wangi sini memang murah
bayangkan botol yang besar kalau di msia mahunya rm 200-300
tapi kat sini lebih kurang 70 ke 100 jerk depend pada botol dan wangian..
bentuk botol yang comel2 dan wangian yang sangat selesa
saya tak suka yang bau kuat sangat2..pening kepala
dapatlah 3 botol utk saya dan 2 botol besar utk incik suami
umi hadiahkan satu botol utk saya!terima kasih umi..

waaaa banyaknya barang nak angkut balik malaysia
malam utk packing dah tiba
sob..sob...
sedih nak tinggal fukui
sedih nak tinggal khalisya..budak tecik yang comel













Part 5: Hari Keempat Di Sini..Main Yuki Tak Terkira..


Cuaca yang dingin
Masa utk memanaskan badan dah bermula
Jom...kayuh basikal...
Memang best mengayuh basikal dalam cuaca macam ni
Bahagian paling mencabar adalah melawan arus angin
Bahagian paling bahagian adalah apabila menurun bukit
uuuuuuuuu bestnya.....
rasa macam pengembaraan cerita winter sonata
boleh pula macam gitu
hihiihihihih.....
kayuh basikal adalah salah satu pengangkutan utama disini
baik warga emas pun ada stamina yang tinggi tau..
tapi saya pun stamina rendah sebab bila nak balik rumah tu
asyik berhenti jerk....hahahha
lenguh kaki...

petang tu ...
adalah masa utk ke sky jam
kawasan pergunungan salji
tempat orang bermain ski dan naik kereta kabel
kereta kebal yang open air
perjalanan ke sana hampir satu jam dari Fukui
sepanjang perjalanan kiri kanan jalan diliputi salji tebal
berdekatan kawasan tu juga ada muzium dinosour
tapi kami tak sempat singgah sebab hujan rintik2 masa tu...
tapi boleh tengok betapa kami di awang-awangan di sky jam
melompat lebih tinggi seperti lagu sheila on7..
berguling2 macam cite kuch kuch hota hai....
hik...hik....hik
pengalaman yang mengayatkan saya bila naik kereta kabel yang terbuka luas tu
hu...hu...hu tak sanggup pandang bawah....
mau rasa macam nak terhumban jerk
incik suami jerk yang paling cool...
syukur Ya ALLAH bila tengok keadaan sekeliling
penuh dillitupi salji...
sejuk yang amat...
tak boleh nak bayangkan situasi orang kat gunung everest..
sini pun dah tak tahan sejuk...grrrrrr
hampir 3 jam kami kt sana...
puas ambil gambar
masa untuk balik ke rumah
dan beradu...hihihih
excited bercerita dengan tah and akmal...kikikiki....








09 March 2013

Part 4: Hari Ketiga di Fukui


Macam biasa bangun pagi yang liat dgn cuaca yg sejuk ke tulang..

Salji masih belum turun lagi di Fukui..hu..hu..bilalah boleh main salji

Aktiviti pagi ni..
berjalan kaki pusing2 ke pekan Fukui
ikutkan kami nak naik basikal tapi basikal lagi satu kuncinya kena pinjam dengan kawan adik ipar
so jawapannya esok la kita mengayuh basikal..
berjalan kaki dalam cuaca sejuk
best.. sebab tak keluar peluh..
tak puas ambil gambar...hihihih...


cukup 3 jam pusing sana sini
terus balik rumah sbb adik ipar and kawan2nya akan bawak kami ke kampung samurai
misi di sana adalah utk pakai baju samurai dan yukita..
sepanjang perjalanan ke sana..
Maha Suci Allah..
cantik sangat pemandangannya yang dikelililingi gunung ganang
boleh nampak gunung-gunungnya diliputi salji tebal..
ada rumah kecil-kecil..sejibik sama macam lukisan rumah doraemon..
kawasan tanah lapang yang dah kering..
klu musim panas, kawasan tu adalah kawasan sawah padi
tapi klu musim sejuk ..kita akan nmpk macam ladang gandum


masa umi datang sini dengan adik ipar yang sorang lagi..betul2 musim salji
time kami datang ni salji dah habis turun
tinggal gumpalan sisa2 tepi jalan je..hihi
kawasan kampungnya sangat luas..
dah tak da orang samurai dok sini dalam tempat yg kami melawat ni
tapi masih ada lagi generasi samurai yang tinggal berdekatan
apa yg ada disini adalah rumahnya..kedai makan
toilet tradisional..dapur...tempat simpan kayu api
pakaian tradisional samurai..
sesi bergambar ala2 post wedding lagi..over gitu..hak..hak



balik dari kampung samurai kami singgah tempat kincir air
tak jauh dari perkampungan situ
tempatnya open,tiada bayaran dikenakan...




perjalanan pulang balik rumah utk mandi2 dan solat
siap sedia makan sushi
kata adik ipar saya..kalau datang jepun tak makan sushi
mmg rugi oooooo
dan inilah sejarah incik suami makan sushi utk kali pertama
memang tak mual dan marvellous sangat2..
tak rasa hanyir atau berbau pun sushi ni
keistimewaan kedai sushi sangat canggih k
ada keretapi laju yg akan hantar sushi yang kita nak order
nak order pon cuma guna ipad k
lepas tu utk bayar bil plak, pelayannya akan scan semua pinggan yang bertingkat2 tu
hebat kan..


kenyang yg amat kat sini...alhamdulillah....
balik zzzzzz.....