16 February 2013

Part 3: Hari Kedua di Fukui

Cuaca yang sejuk hingga ke tulang menyebabkan rasa nak berselimut je...hu..hu
boleh macam tu..
datang sekadar nak tidur je..hihihiih
okeh nak cerita pasal rumah adik ipar saya yang comel..
betul2 macam cerita doraemon
almari dan pintu bilik tarik tolak macam cerita doremon tu...
makan pun style jepun..

memandangkan cuaca sejuk disini
maka waktu sejuk adalah cepat
subuh disini lebih kurang jam 5.00 pagi..
jarak zohor dan asar..dekat2 je..
zohor lebih kurang jam 12 lebih..

hari kedua disini bermula
dengan kami explore sendiri kawasan berdekatan rumah adik ipar
memandangkan beliau sedang tempoh berpantang
dan suaminya ada kelas dari pagi sampai malam
bab nak explore ni...saya dan incik suami memang suka..
belakang tu adalah rumah adik ipar saya...


so langkah pertama selesai sarapan jam 9.00 pagi kami bergerak
langkah pertama ke Ozaki Sports..
tempat menjual peralatan dan pakaian sukan..
dekat jer dengan rumah adik ipar
waaaaa memang gilalah kat sini
penjualnya yang mesra dengan berbahasa jepun
tak boleh speaking langsung
design2 baju,kasut kat sini semua tak da kat Malaysia
jenama adidas,nike,puma,asics,rebox,...dll lagilah...
incik suami memang dah gila kat sini...
saya pon syiok jugak..teruja gila tengok design sweater..
kata incik suami:glove keeper...harga lebih kurang di Malaysia
tapi kalau yg sale memang boleh belilah
niat kami kat sini untuk survey dan akan beli hari terakhir sebelum balik
harus beli untuk hadiah diri sendiri kan...
dah ada target nak beli apa
nak jugak bergambar...=)
gambar curi yang disnap dalam kedai osaki sports yang serba luas tu..ni tecik jer...

incik suami sangat suka disini..sukan adalah dunianya...hu...hu
 

lepas dah puas membelek pakaian di Osaki Sports,
kami ke kedai roti yang paling famous kat sini
memang ramai orang
kami take 5 sini dulu
adik ipar bagi tahu kat sini boleh beli kopi,air buah and beberapa roti je
bahagian menarik disini
kalau kita beli makanan disini hingga 500 yen
kita akan dapat kopi free percuma dengan satu tiub panjang gula
gula jepun sangatlah halus sampai kita tak boleh nak beza dengan garam
orang jepun kurang minum manis
dan rakyat Malaysia penggemar manis sampaikan kami minta 4 tiub gula
menggunakan bahasa isyarat..hahahaha =)
memang best sejuk2 macam ni hirup kopi panazzzzzzz
nak tahu sejuk macam mana?
bila bernafas keluar asap macam citer Korea tu..hu..hu..
kita minum dulu!!!!


habis dah refresh makan roti dan minum kopi
kami ke food market..

klu kat tempat kita mcam pasar mini yang jual ikan dan sayur
kat sana semua sayur2 besar dan segar sgt2..mcm sayur cameron
hu..hu tk boleh snap gmbar dalam food market ni
kami pergi sampai 2 tempat..
tak rasa penat jalan kaki..sebabnya sejuk
tk sedar sampai petang..yeahhhhh
sambil berjalan tengok keadaan sekeliling
ermmm kagum lagi
bila tengok tanah yg sedepa tak mana..diorang tanam sayur2..
bunga kobis,timun, salad dll lah...dalam pasu pun diorang sanggup
betapa orang Jepun ni memanfaatkan sepenuhnya tanah
dan setiap penjuru kedai baik kedai bengkel kereta, taman permainan perumahan, kedai recyle,dll
mesti ada peti mesin air atau makanan segera..
confirm korang takkan mati kehausan..haha
tengok air macam2 ada..
tapi kena tgk jgklah utk kita orang Islam kan
pesan adik ipar..air teh and buah boleh beli..harga air dalam peti mesin dalam 120 yen..
sukenya boleh amik gambar sebelah mesint tin..kat malaysia ada ke yang suka ambil gmbar macam ni..hahahhaha


pukul 5.00 petang kami gerak balik rumah..
sampai rumah melantak lagi nasi..
time sejuk perut mmg lapar..
malam tu kami ke kedai Daiso..tempat kita pon dah ada
banyak di Jusco..klu disni RM5.OO kan
sana cuma 100 yen..maknanya dalam RM 3 lebih je..murah2
tapi sayangnya tak banyak souvenir Jepun pon..
nak tahu kami beli apa??
hi...hih...hih
beli dulang jepun...pengikat kepala macam cite ninja yg ada bendera jepun(incik suami nak bagi kat kawan2 dia),chopstick jepun...itu jer brg2 yg melambangkan negara jepun
yg lain semuanya utk keperluan rumah..ermm
fridge magnet tk de..t-shir pon tkde...so sad =(

esok ada misi lagi besar utk jalan2...tungguuuuuu





15 February 2013

Part 2: Hari Pertama Berlepas ke Fukui

Hari yang penuh mendebarkan...nak jalan jauh katakan...hihihi

Sampaikan malam nak tido awal pun saya ngan incik suami tak boleh nak tido...excited sangat kot..hu..hu

Pukul 5.00 pagi dah bangun...siapkan breakfast sendiri...jimat sikit...breakfast handmade..

Flight kami pukul 8.00 pagi.....Sebelum nak bertolak korang kena pastikan pasport,tiket dan barang-barang perjalanan dah nak siap semua...kami tutup suis elektrik dan paip air..risau jugak jauh2 ni..lebih selamat dan terjamin..insya allah..

Kami bertolak awal dari rumah sebab minta kawan incik suami hantarkan..Tahulah je parking LCCT sekali masuk berapa kena bayar kan...so parking free kat rumah kawan incik suami...Ada dua pasangan suami isteri yg boleh panggil makcik ngan pakcik ikut sekali dengan kami..diorang ni nak ke rumah anak diorang(Jiran pada adik ipar di Fukui)...

Sampai LCCT, macam biasa memang ramai macam Pudu walaupun hari tu adalah Hari Isnin ye...kebanyakan flight pagi adalah penerbangan antarabangsa..Kami dah check in awal so terus masukkan luggage di kaunter Air Asia untuk elakkan kesesakan barisan..

Selesai semua, pergi solat Subuh dulu dan terus makan sarapan bekal yang dibawa..bila gate dah buka boleh masuk..fisrt time dalam hidup nak ke luar negara..apa yang dapat diperhatikan...Imigresen Malaysia sangat peramah sampai cakap bahasa Jepun ...Irasshaimase - selamat datang..dan paling tak sangka ramai sungguh orang Jepun naik flight dengan kami..rugi tak snap gambar diorang sebab macam2 fesyen rambut ada especially lelaki...hihihi

kami dapat tepi tingkap dan agak ke belakang sekali...seat untuk dua orang..hihih..lega sikit..
penerbangan ni ambil masa 7 jam...huh..bangun tido je kejenya...


selalunya time pergi ni kita akan rasa sekejap je..tul kan
dalam masa penerbangan, steward @ stewardess Air Asia akan edarkan borang custom declaration yang kita harus isi dan bagi masa ketibaan di airport nanti..
tak susah mana nak isi..kalau nak tengok contohnya boleh guna mr google taip custom declaration japan..


alhamdulillah kami dah selamat tiba di Kansai Airport.

dengan suhu yang sejuk..masa tu suhu adalah 17 darjah celcius
dibandingkan dengan Fukui lagi ke paras rendah
ketibaan kami disambut K'ON sahabat adik ipar kami memandangkan beliau ada kelas
K'ON ni orang Kedah dan sangat peramah
memandangkan kami ada luggage yang terlalu banyak iaitu makanan dari Malaysia, beliau minta buat pengeposan dulu di kaunter bawah..
time tu saya ngan incik suami rasa macam nak bawa je sebab tak lah berat mana kotak makanan kami..
tapi tak sangka pulak dari Kansai Airport ke Fukui jauh dan meletihkan walaupun naik keretapi
nasib baik buat keputusan nak pos
sebelum naik keretapi nak ke Fukui
kami singgah solat dulu di Kansai Airport
alhamdulillah ada disediakan ruangan untuk solat


pengalaman pertama guna tandas disini mmg kelakar
tandasnya semua elektronik...kena tekan button yg korang rasa akan keluar air..hihihi
jangan harap ada paip air ye,pastikan tisu sentiasa ada dalam handbeg korang
masa nak ambil wuduk tu, ingatkan paip air ditekan2 macam kita kat sini
rupa-rupanya just letak tangan bawah paip tu
ada sensor akan detect tangan kita dan keluarkan air
itupun lepas ditegur wanita jepun tu selepas tengok perlakuan pelik saya yang asyik menekan2 kepala paip air tu...hahahahahhahaha
walaupun tak faham apa dia cakap, dari bahasa isyarat yang ditunjukkan memang sampai maksudnya...

selesai solat K'ON bagi kami tiket keretapi
jangan tak tahu,tiket sini memang mahal kalau kita convert duit RM
utk ke Fukui je tiket keretapi duit RM 300 utk saya dan incik suami
itu pun guna kad pelajar adik ipar kalau tak harganya adalah RM 600
tetapi bagi penduduk Jepun itu perkara biasa
sebab gaji mereka sangat tinggi setaraf dengan kos yang sangat tinggi
keretapi yang kami naik ni bukan keretapi laju yang biasa jer cam KTM kita..


kami kena tukar dua keretapi di Shin Osaka..

semakin ke Fukui
kesejukan semakin menekan tulang...hu..hu
orang Jepun yang sedang menunggu keretapi...masih sempat utk membaca lagi..


paling Mengujakan..
saya tabik hormat sesangat pada konduktor keretapi ni (^.^)

setiap orang yang diambil tiket beliau akan tunduk hormat
dan baki atau duit yang diambil akan dikira di depan penumpang
amazing tak...berapa ramai penumpang dalam keretapi tu?
ucapan arigato ozaimas (terima kasih) sentiasa tak lekang dari mulutnya
jurutol kita pun tak macam tu kan..
kita yg teruja ucap terima kasih kat diorang tu...
dengan perut yang lapar dan mata yang mengantuk
kami tiba di Fukui jam 4.30 petang....macam pukul 10.00 malam dah... dalam suasana hujan rintik-rintik
masa tu salji baru habis..
boleh nampak sisa-sisa salji yang berbaki di tepi-tepi jalan..rasa terujanya..
first time tgh salji kan...

sampai je rumah....
umi,tah,akmal dan baby khalisya dah menunggu dengan hidangan malaysia...huhuhu
nyum2...nyum..
pas makan,mandi air panas...zzzzzz tido dengan baju dan berstokin tebal..
sebelum tu nak bagi tahu..tandas rumah diorang pun elektronik jugak siap dengan air panaz..hohoho

bersambung lagi.....utk perjalanan hari kedua..




03 February 2013

Part 1:Persiapan Sebelum Ke Fukui (Jepun)

Assalamualaikum..
 
Alhamdulillah syukur ada rezeki dan peluang sampai ke Negara Matahari Terbit..boleh letak dalam list 2013..impian tercapai ke tempat kartun DORAEMON & ATASINCHI yg minat sangat tengok kt tv..kikikiki
 
ada semangat nak kumpul duit nak pergi lagi..memang best sangat kat sana..
saya dengan incik suami rasa menyesal sebab pergi trip seminggu jer...padahal boleh buat trip dalam 2 minggu...so maknanya akan kembali lagi,,tak sabarnya...
insya allah kalau dipermudahkan rezeki buat kami..amin..amin...amin
 
okeh malas nak bercerita panjang..hihihih...kali ini saya akan share semua pengelaman dan pengetahuan sepanjang perjalanan ke Fukui..
 
mana tahu ada rakan-rakan yang nak pergi..boleh buat rujukan sikit2 di sini kan..kan
tak pun lepas baca jer sharing ni, cepat2 pujuk incik suami buat meeting tergempar untuk pergi ke Jepun..hihihi

Persediaan ke Jepun memakan masa hampir 1 tahun..
sebabnya:-
>>> haruslah mengumpul duit secukupnya untuk perbelanjaan disana dan membeli tiket flight kan
>>>menanti promosi gila2(tak gila mana pun) dari tagline "Semua Pon Boleh Terbang"..hu..hu..
AIR ASIA lah..
>>>masa nak beli tiket korang check sama bulan nak pergi tu musim apa?
klu panas,sakura tak da masalah sangat,klu sejuk dan salji kena siap sedia apa yg patut...

actually tiket yang dibeli time promosi oleh kami lebih kurang seorang RM 349+..
harus tahu ada 2 airport di Jepun ni iaitu Tokyo dan Kansai..
kami nak ke FUKUI jadi harus turun di Kansai Airport..
seperti biasa tiket flight pergi akan murah dan balik akan up dari harga sedia ada kan..
so plus dengan add on MEAL bagi pergi Menu Malaysia dan balik dengan Menu Western bagi perjalanan pasangan suami isteri ini adalah RM1700..dan...dan...dan
anda jangan terkezut ye dengan syarikat penerbangan ini tentang Seat..
sbb kami dah terkena..
walaupun kita beli sekali, tiket kita mungkin tidak akan dapat duduk bersebelahan
perkara ini terjadi masa kami nak check in tengok time balik seat jauh so terpaksalah incik suami tukar seat..
semua tu menambahkan lagi $$$...
nak tukar seat harus bayar RM35 hu..hu..
nasib baik time pergi dapat dok sekali tapi nun dibelakang sekali
kalau tak memang buat dosa kering nak mengutuk2..
 
PERHATIAN!!
paling penting nak ke Negara Jepun ini haruslah ada visa seperti ini
 
visa ini kalau nak selamat buat sebulan sebelum perjalanan
dan paling lewat dalam tempoh dua minggu
jgn buat saat2 akhir takut ada dokumen tak lengkap
yang kena reject..
kedutaan jepun ada dua tempat
bagi utara dan pantai timur boleh buat di Penang
dan selebihnya buat di Kuala Lumpur
nak tahu alamat kedutaan jepun boleh jenguk sini
lengkap dengan tatacara borang2 yang diperlukan untuk melawat Jepun
dan..dan
nak ke Jepun ni mereka perlukan account statement kita
ada kata paling kurang mahu dalam RM 10 000 untuk tahap selamat kelulusan
tapi hari tu incik suami cuma ada RM 8000
dan saya dalam statement ada RM 5000 (tapi dia tak tengok pun)
lepas jugak..so nak elak daripada reject lebih kurang average dalam
akaun kita ada dalam RM 8000 lebih la cam tu..
klu tak cukup pinjam duit kawan2 ke,mak ayah ke, sepupu sepapat ke
untuk letak dalam acc..
lepas tu korang bayar balik leerr..
jgn pepandai plak nak guna duit tu yg dipinjamkan utk print statement jer...(^.^)
nak dapat visa ni sekejap je dalam tempoh 3 hari waktu bekerja
 
PENJAWAT AWAM!!
nak selamat mohon cuti rehat dan kelulusan ke luar negara sebulan awal
kalau rasa pejabat korang jenis pesen lambat proses itu ini
buatlah dua bulan awal ke..lebih selamat
then kena minta bahagian sumber manusia buat surat pengesahan yang korang bekerja disitu
untuk dihantar sekali masa nak proses visa
minta diorang buat dalam bahasa inggeris ye
sebab pejabat visa tu orang jepun,dia tak paham pon bahasa kebangsaan kita
(dah terjadi kat kami,surat kena reject sebab dalam bahasa melayu)
 
VISA DAH SIAP!
bila visa dah siap..
korang boleh la berlapang dada
menghitung hari seperti saya dan incik suami ke Jepun
time kitaorang nak pergi ni musim winter
so adik ipar minta kami bawa baju tangan panjang banyak2..
ingat nak beli baju sejuk tapi rasa tak berbaloi pulak
sebab adik ipar pun dah ada baju winter banyak kat sana
kami pon bukanlah ahli perniagaan nak travelling tiap2 tahun kan...hihihi
tunggu saya atau incik suami sambung belajar kat overseas la,,wawawa boleh gitu kan...
klu kepingin sangat nak beli baju winter...hihiih
just survey2 baju winter harganya dala RM 200 ke atas
tapi kalau time ada sale macam kat SOGO disember hari tu
dah boleh dapat dalam RM 99 n 100 lebih jgk..
depend bajet korang la..
klu bajet banyak blh je beli
kitaorang mmg budget2 je..
so beli mana yg penting je..
 
nantikan sambungan PART 2: HARI PERTAMA BERLEPAS KE JEPUN