19 February 2012

hobi dah takda =)


hobi..hobi..

dulu boleh la fikir masa lapang nak buat pe..sekarang masa lapang dah bersama laptop,buku, kemas rumah dan masa bersama incik suami..no more lagi nak baca buku novel ke..buat handmade barang hadiah utk kawan2,bercucuk tanam..hua..hua..yeah belajar dan kerja tuntut pengorbanan yang sangat tinggi..kena pandai bahagi masa..tapi saya cukup salute spring pada mereka yang bergelar isteri,ibu dan pekerja..lagi banyak pengorbanan yang harus dibuat..
kelas saya dulu pernah kakak tu terpaksa bawak anak dia umur 5 tahun sebab pengasuh ada hal kecemasan..
belajarlah si anak dengan kami semua subjek philosophy psychology..
nasib baik dapat tutor yang memahami..
kalau tak, tak pasal2 tak boleh masuk kelas..=)
weee melalut la pulak..

tiba2 jer teringat hobi bila nampak mak siram pokok =)

saya cakap dengan mak balkoni depan rumah tue ingat nak buat landskap yang tenang..best sikit bila buka sliding door walapun sekangkang kera tak sampai..
dulu masa kami tinggal di sungai petani..saya ingat lagi time tue saya sekolah menengah..saya berusaha gigih dengan mak usahakan tanah sekangakang kera depan dan belakang rumah..

hasilnya...alhamdulillah
~~ pokok kacang
~~ kangkung
~~ salad
~~~ tomato
~~~ daun pandan
~~~ serai
~~~ pokok limau
~~~ pokok cabai
~~ pokok pelam
hasilnya kami boleh sedekah kat jiran2 lain
tu lah kalau rumah ada laman depan belakang..

sekarang!!!!
lamannya semen jer la..
tapi alhamdulillah ada ruang lagi..
mak saya masih teruskan usaha menanam
hasilnya..
~~~ pokok tomato dalam pasu
~~~ pokok lidah bauya dalam pasu
~~ pokok bunga kertas dalam pasu
~~ pokok daun kari dalam pasu
~~~ pokok kunyit dalam pasu
~~ pokok daun pandan dalam pasu
~~ pokok kaktus dalam pasu
~~ pokok palma dalam pasu
semua tanaman dalam pasu jerk...
mak dan ayah saya yang rajin jaga dan siram pokok2 tue semua
saya????
apa2 pon tak boleh..ayat alasan..tak dan..hua..hua
keinginan nak menanam ada..cuma..hihihihih

bila saya terGOOGLE cara nak hiaskan laman balkoni sempit
WOOOOOOW....AMAZINGNYA...
tak mustahil saya boleh buat..
tapi bila eh..hihihihi







ermmm...cantiknya..best kan..
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih (''<)

p/s :kalau kita kreatif ruang yang sempit macam mana pun kita boleh manfaatkannya..


17 February 2012

I LOVE DESSERT

Saya suka sangat buat dessert..dan saya rasa kehebatan saya sendiri (chewahhhhhh) bermula dengan puding karamel..percubaan pertama terus menjadi...waaaa riak eh~~~sebab berani amik tempahan..suka sangat buat benda2 yang perlukan hiasan KREATIVITI macam ini..

lepas tue saya try buat agar2 n kuih..

seiingat saya..

agar2 yang pernah saya buat
:: agar2 cendol (dah pernah post disini resipinya, tak ingat tahun bila)
:: agar2 laici (first try masa bulan posa)pic ada dalam fb sya...~~
:: agar2 buah naga (first try sebab tok ayah nak makan manis)..tk sempat snap da licin...
:: agar2 koktail buah (first try masa raya tahun lepas, lepas tu makcik2 selalu request bila nak datang umah)
:: agar2 puding laici pelangi paddle pop (bawa utk opis, first try juga tue)..tak berapa nak menjadi..saya nak buat lapisan satu persatu yang terletak..habis berterabur warna...2 jam buat benda..haissshhhhh menguji kesabaran tau!!!
yg tue jelah yg saya ingat...

kuih plak (yang lain dan special sikit)
:: apam polkadot (fisrt try dengan incik suami sebab fikir nak cari aktiviti bersama, kali kedua plak nak bawa balik utk umi)..susah skit sebab saya pakai manual..guna kudrat tangan 2 kerat..
:: popia special campur (popia nie memang lain dari popia sedia ada..bahan2 saya adalah sayur campur,ayam dan telur)..orang kelate sangat2 suka tambah2 adik ing yang bongsu..bolah satu tupperware kat dia..

targert sekarang nak ada microwave dan mixer...huaaaaaaaaaa bila boleh dapat..rasa menyesal plak time masa kawin dulu semua tanya nak request hadiah apa???konon malu tak kisah la apa nak bagi..sekarang merungut pulak..hihiih..kena beli hasil titik peluh barulah rasa nikmat yer mashi...

joom zooming pic yang ada dalam kenangan abadi..=)

agar2 pelangi laici (mcm asikrim paddle pop jerk)

apam polka dot kembang layu..
agar2 bunga warna warni...

puding karamel..


02 February 2012

Isi khutbah terakhir Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum dan selamat petang semua..(time lunch curik masa menaip..hihihhi)

Isi khutbah terakhir Rasulullah S.AW. untuk semua muslimin muslimat semua..

tak sempat nak sharing dengan kawan-kawan lain..sebab habis jer bacaan yassin terus mesyuarat..mesyuarat plak panjang sebab ada isu-isu tertentu..ermm termasuk isu saya..hahahaha...saya dilantik jadi setiausaha tabung staf lagiiii..tiada bantahan plak tue (amik sebagai amanah yer...selagi boleh berbakti)insya allah..susah nak puaskan hati semua pihak..moga dipermudahkan segala urusan..

Khutbah terkahir Nabi Muhammad S.A.W ini disampaikan pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah..Di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah S.A.W

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini"

"Wahai manusia seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa & harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang."

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjagalah-jagalah supya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil".

"Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembut terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina"

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlha zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali Taqwa dan beramal soleh."

"Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku"

"Wahai manusia tiadak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku"

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawsanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hambamu"

p/s : Moga kita dapat merasakan perasaan cinta buat Rasulullah S.A.W dan akan lebih memahami khutbah terakhir Rasulullah serta keajaiban yang ada di dalamnya..............


01 February 2012

sesi perkongsian bagi esok..Jumaat(Penghulu segala Hari)

Esok Jumaat Penghulu Segala Hari..

Ramai yang tak sabar nak tunggu esok kan..betul tak...alalalalalala..tahu sangat...ramai yang dah tak sabar tunggu cuti weekend..rehat yang lama esok..masa kerja yang singkat pula..

kalau saya pula, menanti jumaat minggu ni adalah setia menunggu kepulangan incik suamiku...hihihih...tapi jumaat sekarang ni di pejabat, saya dah mula lead untuk tetapkan bacaan yasin, sesi perkongsian dari unit saya dan juga pot luck dari kakitangan..saya cuba untuk pastikan semua ni berjalan pada setiap minggu jumaat..saya secara sukarela mengambil tugas dan tanggungjawab ini bila saya tengok keadaan di pejabat. Kalau tiada orang uruskan maka tak berjalanlah semua itu...alhamdulillah minggu lepas dah berjalan lancar dan mendapat komitmen dan pandangan yang positif  dari kakitangan. Percubaan pertama bila saya minta kawan-kawan bawa makanan dan kita kongsi ramai-ramai. Saya sanggup bangun awal pukul 5 pagi masak spageti dengan puding koktail. Incik suami pun bantu sama. So terharunya....incik suami yang memanr rajin...tankiuuu cayang!!!!!
Alhamdulillah semua puji sedap dan licin pagi tu juga. Malah ada minta resipi...Boleh bawa balik tupperware yang licin.Esok saya nak bawak puding roti karamel. Percubaan pertama malam ni. Minta-mintalah jadi..selalu buat puding karamel je...pernah la dapat tempahan (nak juga mention..hahahahaha).Moga komitmen dan semangat saya juga berterusan untuk pejabat saya..amin..Moga semangat dan kerajinan ni saya boleh sebarkan aura positif untuk orang lain juga..chaiyoooo mashi ('',)

Minggu lepas saya berkongsi tentang keikhlasan bekerja dengan kawan-kawan..artikel tu saya dapat dalam sebuah forum(saya dah post kan artikel tersebut)..moga perkongsian tersebut muhasabah semula diri saya dan kawan-kawan yang lain..

Esok saya akan berkongsi pula dengan kawan-kawan khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W sempena sambutan Maulidur Rasul minggu depan..nanti saya kongsikan isi dari khutbah terakhir Rasululullah itu..saya pun ada surprise untuk kawan-kawan yang akan sambut hari lahir esok dan januari..jeng..jeng..jeng

 pstttttt...perut dah lapar..jom lunch (entry ini ditulis sambil menanti makcik deliver hntr makanan..lalallalalalalal)

baucer buku 1 malaysia..

kisah hujung minggu lepas..
alhamdulillah..saya antara golongan pelajar yang bertuah mendapat baucer buku 1 malaysia RM 200..rasa banyak tue...puas memikir nak beli buku apa..macam-macam buku nak beli..saya dapat kaut banyak buku-buku kat bawah ni...jumlah belian adalah lebih daripada baucer buku..tapi tak salah melabur utk ilmu..incik suami pun dapat jugak cari buku kegemaraanya..(dah faham sangat minat buku dia..darah politik kot)..percaya atau tak nak cari kesemua buku tue jauh saya memusing di penang tue...3 Kedai buku saya dapat terjah..setiap kedai buku saya terjah ada pengalaman tersendiri sama ada dengan cashier,penjaga buku atau manusia yang ada kat sana..joom kita zooming pengalaman saya dan incik suami di sana..

1.POPULAR (Gurnery Plaza)
Kedai ni saya dapat kaut buku ni Statistical Analysis with Excel for Dummies (buku paling mahal guna boucher,biasa la buku luar kan),bimbingan & kaunseling kanak-kanak juga perkhidmatan bimbingan & kaunseling..saya punya memori yang sangat sakit hati kat sini..baucer buku cuma boleh pakai RM100 jer yang lain budak perempuan cashier reject..dia kata cop ipts saya tak jelas..tak jelas kot mana pon tak faham...masih terpampang cop bulat dan nama ipts saya..dia kata kat saya..adik kena pi balik kt tempat belajar dan minta depa cop bagi terang..kami tak boleh terima sebab nanti kami yg kena pi balik sana minta dekat ipts..ermm..saya malas nak pertikai banyak la..saya pon faham dia menurut pertintah bos dia jugak...so baki yg tak cukup incik suami tolong top up kan..tima kasih cayang~~~

2.MPH (Gurney Plaza)
Sesaja cuba nasib di sini...di terima ke tak baucer buku lagi RM100 tue..sebelum nak pilih buku saya pi tanya dulu..kot-kot kena reject lagi..cashier tue kata tiada masalah..adik boleh pakai baucer tue..lega hati saya..apa lagi masa bertenggek di sini pula..hihihi..saya dapat buku kaedah penyelidikan(wlpn subjek tu dah lepas mana tau nak sambung master nanti ada juga nota yg boleh dirujuk)..buku lain tiada pilihan..saya pakai cuma RM50 je baucer..baki ada dalam RM5 lagi..buku apa yg ada dalam RM5 erk..tiba-tiba jer terpukau tgk buku resipi..so amik satu bagi cukup baki tue..tambah2 skang nie memang saya suka cuba resipi baru..lalalala

3.HASANI (Carrefour)
Baucer buku ada 50 lagi...Buku asas keusahawan ni just ada di popular je..so harap adalah di hasani..alhamdulillah ada..nak top up baki lagi saya dapat beli buku From Cat Stevens to Yusuf Islam ditulis oleh Hermawan Aksa,incik suami pula dapat buku politiknya sebuah...menariknya di sini. ramai betul anak-anak dan mak ayah asyik pilih buku..baguslah macam tu kan!!!!!!saya dah nampak yang sekarang ni budaya membaca di kalangan bangsa kita semakin tersemai..ramai mak ayah dah bekerjaya dan memhami betapa pentingya ilmu itu dipupuk dari anak-anak kecil lagi..tapi ada juga saya dengar rungutan dari budak2 ipt yang dok cakap sesama kawan diorang,,weiiiiiiiiiiii aku tak tahu nak pilih buku apa..nak je saya cakap kat adik-adik tue..adik-adik ilimu tue luas banyak ada kat sini..pilih dan bacalah buku yang boleh bagi panduan pada diri adik-adik,,buku agama ke,,buku motivasi ke,,..ermm tapi tak tercakap macam tue pun..cuma cakap dalam hati jer..harap-harap dapatlah adik-adik saya itu beli buku yg bermanfaat kan..

P/S: Setiap kedai ada macam ragam kan..so kena laluinya jer..life can be tragedy or comedy..it all depends on how you look at it..=)..nikmat dan rezeki yang kita dapat jangan disia-siakan begitu sahaja..hargainya sebaik mungkin..kepada yang dapat baucer buku 1 malaysia tue..gunakanlah sebaik-baiknya..bukan menjaja nak menjual di dalam facebook..=(